30 Nov 2009

Nik Aziz Tidak Akan Akur Dengan Desakan Musuh

Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.

Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.

Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,”
tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.

Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.

Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.

“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz. -Mohd Zuharman

Ulasan GB

Kebanyakan blogger berdiri teguh di belakang dengan keputusan TG Nik Aziz Nik Mat kecuali blogger UMNO dan mereka yang selama ini dikenalpasti mengagungkan gagasan Kerajaan Perpaduan.

Keputusan TG Nik Aziz menjadikan UMNO Kelantan terkedu. Begitu juga dengan mereka yang ada penyakit di dalam hati yang ada di dalam parti.

Semuga Allah terus mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada TG Nik Aziz untuk mengemudi Kelantan dan terus memimpin parti selaku Mursyidul Am PAS.

4 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

TGNA, kami sentiasa bersama2. Bukan sahaja ahli2 PAS yang menyokong beliau, bahkan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan juga bersama2.

UMNO ini macamlah kerengga dibatang pokok mangga. Orang nak panjat dia sengat, tapi dia ada disitu pun tak boleh buat apa2. Bagi kecut daun bolehlah.

Tanpa Nama berkata...

TGNA tak perlu tunduk dgn desakan letak jawatan. Dia tahu bila masanya akan tiba, TGNA sendiri akan letak jawatan. Teruskan khidmat demi kepentingan rakyat kelantan. Tingkatkan mutu service. Tengok2lah ADUN2 PAS, diorang buat kerja atau tidak. Pengundi2 kat kg dijenguk atau tidak. Laman web pun takde untuk tahu update DUN, contact number lansung takde nak adu masalah. Jangan hanya tahu beri kuliah di balaisaf sahaja, tp hal ehwal rakyat seolah tidak dipeduli. Kepincangan masyarakat tak diatasi. Masalah sosial mudah aja tunding kat umno. Time PRU, mula la nampak muka. Kalau gitu, takde beza la dengan ADUN ubn. Kadang2 ADUN BN jauh lebih baik dalam mendekati rakyat (sesetengah).
-pengundi sah di Kelantan

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

SYABAS TGNA. satu keputusan yang bijak. jgn biarkan orang lain terutama umno bn memperlekehkan TGNA. Kami sentiasa menyokong dan mendoakan agar TGNA diberi oleh Allah kesihatan badan, ketenangan dlm menghadapi tentangan dari musoh2, daya pemikiran yang masih kuat, kerana org2 yg memusohi TGNA juga adalah musoh2 ALLAH.

Martoiriat berkata...

Dalam Islam tidak ada had umor untuk terus jadi
pemimpin,muda atau tua, asalkan amanah dan jujor.
Teruskanlah memimpin K'aan Kelantan. Khidmat Tuan
guru masih diperlukan lagi. Pimpinlah negeri
Kelantan sehingga yg termampu. Buatlah apa yg
terbaik utk K'jaan Kelantan demi orang melayu dan Islam. Jangan hiraukan musuh2 Tuan guru dari
dalam dan luar K'Jaan utk memusnahkan Tuan guru.
Raayat Kelantan tetap bersama2 Tuan guru..