30 Nov 2009

Ahli Qariah Shah Alam Serah Memo Bantah JAIS Batal Tauliah Khalid Samad

Satu memorandum mengandungi 1013 tandatangan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantah penarikan semula tauliah semetara Ahli PAtlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Memorandum berkenaan yang diserahkan oleh Ahli-ahli Qariah Masjid dan Surau Shah Alam turut menggesa JAIS mempertimbangkan semula tindakan berkenaan.

Wakilnya, Ismahali Ismail berkata, tindakan bantahan berkenaan dibuat berikutan Khalid Samad merupakan seorang yang berkaliber dalam menyampaikan khutbah mahupun ceramah.

"Jadi tujuan memorandum ini kami membantah apa yang telah dikatakan oleh JAIS dan kami minta pada pihak Datuk Khusrin dan jugak JAIS untuk melihat semula, mempertimbangkan semula berkenaan tauliah yang berhormat," katanya

"Dan kami mengharapkan semoga mungkin ada kesilapan teknikal di mana-mana dapat diperbetulkan dan beliau mendapat semula pertauliahan dan biarlah pertauliahan itu pertauliahan tetap, insyallah."

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ahmad Zaki Arshad.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi sebarang komen berhubung penyerahan memorandum berkenaan.

Terdahulu, JAIS telah menarik balik tauliah Khalid Samad dengan alasan ceramah yang disampaikan beliau tidak mantap walhal umum mengetahui kredibiliti tokoh penceramah itu. –Hadri Yaziz (TVS)



2 ulasan:

Awanama berkata...

agaknya nak cari penceramah yg mantap macam penceramah umno bn kot... pandai putar belit hukum dlm Al Quran. INGATLAH WAHAI AHMAD ZAKI bahawa kamu akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Apakah org2 umno boleh menolong kamu kelak?
fikir2lah sendiri.....

Awanama berkata...

Hassan Ali dan kump UG Selangor pulak bekerjasama dengan UMNO buat memo sokong tarik tauliah Khalid Samad. alahai...