30 Nov 2009

BTN : Kerajaan Akui Ia Alat Propaganda Perkauman.

Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kabinet telah bersetuju untuk merombak semula Biro Tata Negara (BTN) ekoran tekanan yang meningkat supaya program itu dihentikan, yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai alat untuk menyebarkan propaganda perkauman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah diarahkan untuk melakukan perubahan BTN.

Nazri, yang bercakap di lobi Parlimen hari ini, menyatakan mesyuarat kabinet yang baru lalu mengesahkan untuk menghapuskan ko-kurikulum BTN yang menurut beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Perdana Menteri sendiri, melihat ia sebagai destruktif dan bersifat perkauman.

“Kita bersrtuju untuk merombak semula BTN kerana ko-kurikulunnya bertentangan dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak,” tambahnya.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

Ulasan GB

Akhirnya tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tepat. Tahniah MB Selangor dan KM Pulaua Pinang. Dan kita hairan dengan sikap penulis-penulis pengampu dari akhbar media massa arus perdana yang begitu giat mempertahankan BTN.

Begitu juga dengan bebrapa orang kuat UMNO yang begitu mempertahankan BTN diantaranya termasuklah Timbalan perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Ketiga-tiga pemimpin UMNO totok dari Johor itu amat dikenali sebagai pemimpin ultra-Melayu yang terlalu rasis. Dan ketiga-tiga itu tidak diperlukan dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Saya sokong pengharaman mengikuti program BTN ne. Memang haram hukumnya!
Mana tidak nya...
2. Dlm kursus tu, dimainkan api perkauman. mengutuk kaum cina, sedangkan ada peserta yg terdiri kaum cina.
3. Dm program tu jugak, mengutuk PAS, PASTI dan wira2 pejuang kemerdekaan negara seperti Tok Janggut.
4. Buktinya ada dalam buku teks BTN tu.... Buku tu tidak boleh bawak balik. Kalau tak, boleh guna sebagai bukti.
5. BTN haram. BN lagi 10X haram. So, faham jelah....

Tanpa Nama berkata...

So PR kena keluarkan module yg setaraf dgn BTN tapi lebih kepada keharmonian dan toleransi kaum. Jgn lupa perkukuhkan nilai2 Islam dalam module tu bagi muslim dan jgn kerana desakan 'pihak2 berkepentingan' module Islamic dipinggirkan.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt