30 Nov 2009

Selangor Anjurkan Forum Awam Pertahan Keputusan Haramkan BTN

Selangor akan menganjurkan forum khas mengenai Biro Tata Negara (BTN) supaya masyarakat umum menilai kewajaran langkah kerajaan negeri melarang penyertaan dalam program anjuran biro itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau mengambil langkah itu susulan kritikan daripada menteri Barisan Nasional yang masih mempertahankan kursus BTN.

Forum ini dijangka melibatkan bekas-bekas pegawai dan pensyarah BTN, serta saksi-saksi yang pernah terbabit dalam kursus BTN.

“Bekas peserta, pensyarah dan pihak lain (yang berkaitan) akan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka,” katanya.

Ia akan membedah-siasat modul tarbiyah BTN, dan mengapa kerajaan negeri mengambil langkah drastik melarang penyertaan penjawat awam negeri dan penuntut universiti kerajaan negeri ke program itu.

“Apa yang kami pertikaikan ialah kandungan serta penyampaian program BTN ini, dan sejak akhir-akhir ini kandungannya dikatakan mulai berat sebelah, di samping tidak mencapai objektif untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat menyedari ketidaksempuraan program BTN dan potensi keganasan yang lahir dari kursus seperti ini.

"Langkah itu diambil selepas kerajaan negeri melihat kursus berkenaan sebagai satu proses doktrinisasi oleh kerajaan Barisan Nasional bagi mewujudkan rasa benci terhadap pembangkang,"katanya lagi.

"Saya tidak pernah membantah sebarang program yang bertujuan menyemai semangat nasionalis dan patriotik di kalangan rakyat,namun sebaliknya pula yang terjadi.jelasnya.

Walaubagaimanapun, beliau melahirkan sukacita kerana tindakan kerajaan negeri mengharamkan program tersebut adalah tepat dan disambut baik oleh rakyat Selangor.

"Saya juga berpuas hati kerana ketika ini rata-rata kalangan orang ramai mulai membincangkan mengenai kualiti dan nilai kursus-kursus BTN,"ujarnya. -TVS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keputusan mengharamkan BTN telah dibuat, teruskan.. jgn berpatah balik. PR rakyat harus tegas dalam perkara ini. Biar apa sekalipun pindaan yang bakal dibuat oleh umno bn, lantak dia oranglah... biar org umno shj yg menyertai program itu