29 Nov 2009

Nik Aziz Pertahankan Doanya, Sedia Berdepan Ulamak Yang Menentangnya

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. -BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin, doa dari orang yang dizalimi termasuk kedah dan selangor, wang kerajaan pusat tidak disalur melalui kerajaan negeri....

Tanpa Nama berkata...

mufti harus sana sini nak tempelak tok guru..hahahaa..dah duduk ngan kumpulan yang menentang Islam..tolak hudud..tuduh para syahid memali bughah..tu lagi dasyat!!sendiri mau ingat laaa

Tanpa Nama berkata...

seingat aku... mula-mula kena du'akan agar pemerintah yang zalim itu berubah... kalau tidak berubah... du'a agar dimusnahkan mereka itu, diganti dengan yang lebih baik, yang lebih taat kepada Allah...

rasanya dah penat didu'akan, diperingatkan agar menjadi yang lebih baik.. tapi tak de nampak nak berubah... pastu... apa salahnya lagi???

Tanpa Nama berkata...

doakan juga diganti dengan orang yang lebih beriman dan lebih baik akhlaknya perintah malaysia!!

Tanpa Nama berkata...

najib dah lama bersama UMNO dan menjadi pemimpin, bukan baru, dah semakin terserlah kezalimannya....

Tanpa Nama berkata...

dah 52 tahun BN perintah malaysia dan semakin menzalimi rakyat malaysia, isu minyak, insuran kenderaan dan lain-lain lagi...

Tanpa Nama berkata...

semoga doa tg nik aziz diterima Allah. jgn nanti m'sia pula dilanda bala spt acheh dan padang. ini semua angkara tidak mahu kepada islam.

kembara putih berkata...

Mufti Perak patut diam saja, banyak cakap banyaklah tunjuk bebal. Tak payah nak sibuk2 la wahai Mufti Perak. Bukannya kamu yang makbulkan doa seseorang. Itu kuasa Allah. Kalau kamu yang makbulkan dah lama Najib merasuah kamu dengan jutaan ringgit.