29 Nov 2009

Ahli PAS Kenal Daud Iraqi

Selepas Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar meminta supaya dihentikan berbalas kenyataan mengenai pengganti MB Kelantan, muncul pula suara Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan yang menyatakan Dewan Ulamak mengambil pendirian untuk menerima sesiapa saja bakal pengganti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, namun ia harus datang dari individu yang berstatus ulama.

Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz sudah menjadi sebati kepada rakyat Kelantan dan adalah perlu pengganti beliau juga harus memiliki ciri-ciri kepimpinan ulama yang ada padanya.

“Untuk meneruskan apa yang Nik Aziz perjuangkan selama ini, kita menerima sesiapa sahaja yang dipilih, namun ia harus datang dari ulama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang mendedahkan bahawa beliau sudah mempunyai barisan pelapis untuk menerajui kepimpinannya selepas ini.

Nik Aziz sebelum itu mengulas mengenai saranan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu Menteri Besar Kelantan itu menamakan penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri.

Merujuk kepada hierarki kepimpinan Pas Kelantan sekarang, tiga Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yaakob, Datuk Husam Musa dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohamed Daud berkata, adalah langkah yang terbaik sekiranya kepimpinan Pas memilih Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaakob sebagai pengganti Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, Ahmad memiliki ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz selain memegang jawatan Timbalan Ketua Ulama Pas di peringkat pusat.

“Apa yang jelas, beliau adalah pemimpin yang tidak suka kepada kontroversi. Ini menunjukkan beliau memiliki rekod yang bersih, sudah tentu ia menjadi pilihan kepada Dewan Ulama,” katanya.

Ditanya adakah kenyataan itu bermakna Datuk Husam Musa tidak layak memegang jawatan itu, Mohamed Daud berkata: “Jika Pas memilihnya kita tidak ada masalah untuk menerima.”

Ulasan GB

Kita tidak tahu sejak bila Allah dan RasulNya menetapkan kepimpinan sesebuah negeri atau negara mesti seorang ulamak mengikut tafsiran sempit Dewan Ulamak Kelantan.

Tetapi apabila menyusuri semula lembaran silam, maka ketahuilah kita siapa Muhammad Daud Iraqi ini.

Jom jengah:

Kerajaan Perpaduan

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.


"Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

"Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam Pas, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.

Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

"Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

"Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap,” katanya.

Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.

"Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana,” katanya.

Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu’ (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.



sambungan ulasan

GB berkenan untuk menegaskan ayatnya "anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis"

GB di dalam beberapa siri ulasan mengenai Kerajaan perpaduan yang lalu menyatakan bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Tidak ada satu pun dalil yang membolehkan pembentukan Kerajaan Perpaduan dari suudut syarak.

Justeru itu GB mengambil pendirian dari awal mengenai Kerajaan Perpaduan ini untuk TIDAK BERSAMA PEMIMPIN kerana idea itu menyalahi Al-Quran dan hadith.

Bukan sahaja ia bertentangan dengan seerah, ia bertentangan terus dengan fitrah 'alamiah bahawa kebenaran tidak mungkin boleh bersama dengan kebatilan.

Ia hanya satu gagasan pemimpin tertinggi PAS untuk menjadi PM, mengatasi usaha Anwar ketika itu.

Natijahnya, itu sebab pembentukan Kerajaan Perpaduan itu digagalkan oleh Allah. Objektifnya sudah tidak betul dari permulaan lagi. Dan pemimpin yang menimbulkan gagasan itu BELUM memohon maaf dari ahli PAS kerana perpecahan yang ditimbulkan lantarannya.

Kini mereka cuba menghadkan pimpinan hanya kepada kelompok mereka seperti yang diutarakan oleh Ketua Dewan Ulamak Kelantan itu tanpa dalil.

Sama-sama kita tunggu Allah memberikan jawapanNya secara terang dan nyata - MUBIIN.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan Dia.

2 ulasan:

Awanama berkata...

mana boleh buat kerajaan perpaduan, sebab org umno mana nak ikut hukum yg ditetap oleh Allah dlm Al Quran. mereka hanya belajar hukum tajwid shj. hukum Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dia org tak nak belajar. ITU YG TAK TERIMA HUKUM HUDUD TU.. dia org suka kepada kemungkaran aje.. gila glamour, nak jadi mcm artis lagi2 bab pakaian. nak bagi nampak semua...

MANSOR JUNUS berkata...

Hentikan segala bentuk komen tentang MB selepas TGNA. Selagi isu ini dimainkan oleh pimpinan PAS, lagi seronoklah UMNO. Nampaknya, banyak lagi yang berjanggut ini kelihatan sahaja alim, tetapi otak2 mereka macam musang berjanggut saja. 'Kenapa tembak kaki sendiri'
Pelapis yang sesuai akan tiba bila sampai waktunya. Tak payahlah letak syarat. Pemimpin Taliban juga Ulama, tetapi negaranya lingkup.