29 Nov 2009

Maklumat Akta Rahsia Rasmi (OSA) Disekat, Timbul Kemusykilan Penduduk

Usaha Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat Akta Rahsia Rasmi berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa mendapat respon amat positif dari penduduk.

Selepas setahun kehilangan punca, para penduduk yang terkesan akhirnya menemui ruang untuk mencari keadilan.

TV Selangor bagaimanapun mendapati penduduk kesal dengan tindakan kerajaan Pusat menyekat pendedahan dokumen itu.

Manakala ada yang berpendapat tindakan kerajaan pusat benar-benar mencurigakan.

“Kita berpendapat bahawa kegagalan untuk clarify dokumen dokumen tersebut hanya menunjukkan kelemahan di peringkat kerajaan pusat itu sendiri,di samping itu mereka bermain politik untuk mencari kesalahan Tan Sri Khalid”,kata wakil penduduk Dr Rafick Khan Abdul Rahman.

Megat Arif Ahmad Kamil pula berpendapat,“Itu yang kerajaan harus siasat sebelum didedahkan kepada rakyat, kerana perkara ni ada berbaur politik sedikit kerana setelah sekian lama kenapa baru sekarang nak dedah".

Seorang lagi wakil penduduk,Haji Muhd Syuib Lebar pula berkata beliau akan tetap menunggu sehingga punca kejadian yang telah meragut nyawa dan kemusnahan harta-benda didedahkan.

“Saya sabar menunggu, memang penting yang pertama nak tahu apa sebab tanah runtuh ,mungkin boleh berhati hati dan berjaya cari penyelesaian.dan lebih berhati hati di masa depan”, katanya. -TVS


1 ulasan:

Awanama berkata...

sekian lama memerintah, rakyat sudah tahu putar belit yang dilakukan oleh umno. rakyat juga sudah semakin bijak menilai. dlm BN juga mereka seolah2 nak jadi hero, kononnya umno shj yg boleh menyelesaikan masalah yang berlaku dalam MCA dan MIC. ITU SEMUA ADALAH WAYANG YANG DILAKONKAN OLEH PELAKON2 YG LAYAK MENERIMA ANUGERAH PELAKON TERBAIK DLM UMNO. oleh itu wahai kawan2 seangkatan... jgn mudah terpedaya dgn tipu daya umno....