29 Nov 2009

Mohd Sabu Digugurkan Sebagai Tim Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Tempat bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Pulau Pinang akan digantikan dengan seorang pemimpin lain yang telah dikenal pasti, demikian lapor Sinar Harian.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man berkata, Mohd Sabu bagaimanapun tetap akan berada dalam jawatankuasa Dewan Harian Pas Pulau Pinang selain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas negeri.

“Kita sudah mengenal pasti calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Mat (Mohamad) Sabu. Diharapkan rombakan kecil ini akan tambah memantapkan lagi Pas Pulau Pinang di samping memperkukuhkan kerajasama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk kita tawan kerusi yang masih dipegang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis korban di Masjid Kubang Semang, di sini, kelmarin.

Mohd Salleh bagaimanapun enggan menyatakan siapa pemimpin yang dilantik menggantikan Mat Sabu walaupun ditanya berulang kali.

Ulasan GB

GB belum dapat menentukan kesahihan berita di atas, begitu juga sebab musabab Mohd Sabu digugurkan dari jawatan PJ II.

Namun GB yakin ia adalah satu proses petukaran biasa yang tidak melibatkan apa-apa kegiatan tidak sihat di dalam parti.

2 ulasan:

Awanama berkata...

saya ada dengan beliau semalam dan turut memberitahu laporan sinar harian tersebut kepada beliau, beliau bukannya digugurkan, beliau dari awal-awal perlantikan lagi telah menolak perlantikan tersebut, antara sebabnya adalah kesukaran beliau utk menghadiri mesyuarat perhubungan negeri..

Kapten Zero berkata...

Otak Abang Mat tu bagus ; yang bidoh nak buang abang mat tu pasal apa?. Saya rasa abang mat terkilan krna presiden tak lantiknya sebagai Psj pp. Di pusat sekat dan di negeri pun nak sekat tinggal yang bodoh nak pangkat kerja tak tau buat. seperti nasib si Husam. akan tinggal otak macam umno dalam pas kelantan. Presiden harus insaf dan sedar.