7 Okt 2011

[Dedah] Senarai Nama YB PR Yang Tidak Hadir Di Parlimen Untuk Undi Belah Bagi RUU Kg Bharu

Ekoran daripada kekalahan Pakatan Rakyat menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian, GB telah diminta untuk menyenaraikan ahli parlimen PR yang tidak hadir.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

YB-YB Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:

PAS :

Mahfuz Omar
Salahuddin Ayub
Mohd Firdaus bin Jaafar
Mohd Hayati Othman
Che Uda Che Nik
Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mohd Hatta Ramli
Khalid samad
Siti Zailah bt Mohd Yusuf
Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Muhammad Husin
Che Rosli Che Mat
Mohd Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua
Zuraida Kamaruddin
Yusmadi Yusof
Azmin Ali
Loh Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan Ismail

DAP :

M Kulasegaran
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
M Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun

Kepada YB-YB diatas, terima kasih, tahniah dan syabas kerana telah menunaikan tanggungjawab anda untuk rakyat. Semuga tuan-tuan diberikan lagi peluang dan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat di dalam pilihanraya akan datang.

SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:

Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

Di dalam ulasan GB tadi GB sudah menyatakan bahawa:

GB tertanya-tanya kemana perginya ahli-ahli parlimen PR yang lain yang kesemuanya berjumlah 75 orang?

Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.

Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu. Bukankah tahap binatang apabila kamu menang tapi kini tiba-tiba kamu khianat? Sama tahapnya kamu dengan wakil rakyat katak yang melompat itu. Sesen tak guna.

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang. GB bagi amaran: jangan main-main dengan dengan rakyat!


Firman Allah s.w.t.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27

TAMBAHAN

Hadith Nabi bermaksud:

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Bagi YB yang tidak ada alasan kukoh dan tidak ada uzur syari'e maka ke atas kamu hukuman yang berupa laknat Allah nanti kerana telah mengkhianati amanah yang telah diletakkan ke atas kamu oleh rakyat.

Berikut ialah komen pengunjung pengunjung yang rata-ratanya meluahkan rasa marah mereka dengan sikap dan perangai YB-YB Pakatan Rakyat tersebut:


ahmad said...

Senaraikan nama MP MP tersebut sebagai panduan rakyat semua. Mereka ini memang tidak lagi perlu diletakkan di Parlimen semasa PRU 13 nanti.
October 6, 2011 3:54 PM
------------------------------

Anonymous said...

kita marah ibrahim ali tidur di parlimen, tapi bila masa undi belah bagi beliau terjaga dan boleh mengundi

sedangkan mp pakatan tidur kat rumah. apa nak mengundinya? gentel karipap tak sudah2.... khinzir betol!

October 6, 2011 4:05 PM
------------------------------

Tokan said...

Saya turut kecewa...
October 6, 2011 4:06 PM
------------------------------

nina said...

setuju dengan ahmad ...nama lagi wakil rakyat bukan wakil diri sendiri .. kerjalah untuk rakyat
October 6, 2011 4:07 PM

------------------------------

Anonymous said...

blacklist semua yang suka ponteng tu .... tak amanah ....
October 6, 2011 4:09 PM
------------------------------

Anonymous said...

yang ponteng tanpa alasan kukuh patut disingkirkan dam PRU13. MP kena ambil berat dalam perbahasan.

October 6, 2011 4:26 PM
------------------------------

Anonymous said...

setuju ulasan gb.

Walaupun pedas, x patut yb PR hampakan rakyat yg memilih mereka.

Allah akan balas perbuatn mrk yg tiada alasan. Mati atas katil atau mati suul-khatimah sbb khianat.

October 6, 2011 4:28 PM
------------------------------

Anonymous said...

belum memerintah lagi, dah tiru perangai Bn. mampos rakyat macam ni. bn salah, pr pun sama.

pakatan rakyat perlu ada badan disiplin pantau kehadiran yb-yb di parlimen.


geram betul dgn mereka ni.
October 6, 2011 4:44 PM
------------------------------

dimble said...

melihat kepada senarai MP yg hadir, nampak sangat hanya PAS sahaja yg berminat memperjuangkan nasib orang Melayu.. bukan Kampung Baru saja, banyak kes lain dah.. mintak sangat lah pimpinan PAS jangan terlalu berlembut dengan DAP dan PKR..
October 6, 2011 4:55 PM
------------------------------

Anonymous said...

malang....amat malang sekali...kalaulah mentalliti ahli parlimen pakatan rakyat macam ni macammna nak tawan PUTRAJAYA...silap haribulan tangga PUTRAJAYA pun tak sempat pijak....tunggu belanjawan yg akan dibentangkan nanti....tak betul cara rakyat boleh turnning over memihak pada BN...
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------

Amuraria said...

CONTOH YANG DITIRU DARI BARUA BARUA BARISAN ! KINI PR PULAK NAK JADI MACAM BARUA BARUA PARTI PANDI KUTTY ,SETUJU GB NAMAKAN WAKIL YANG TIDAK HADIR DAN KITA MAKI SIANG MALAM SELAMA 40 HARI ! MUNGKIN AKAN JADI BAIK DARI AL KATAKI YANG WALAU TIDO BANGUN JUGA UNTUK UNDI PARTI PANDI KUTTY !
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------

Anonymous said...

suruh dia org pulang balik gaji dan elaun kpd rakyat. Haram makan gaji buta.
October 6, 2011 5:07 PM
------------------------------

Anonymous said...

Dewan rakyat bersidang bukan setaip hari...Dah memang kamu wakil rakyat...Datanglah ke dewan...Haramjadah punya YB..Cakap berdegar degar..Amanat rakyat buat main2 saja...Ko jawap la sendiri dengan Allah nanti...bagi ler alasan yang musabahhhh...
October 6, 2011 5:14 PM
------------------------------

tanda soal said...

saya 100% sokong cadangan ahmad, biar rakyat semua kenal satu persatu MP tersebut....
October 6, 2011 5:27 PM
------------------------------
Anonymous said...

Ramai MP Pakatan Rakyat ni memang pandai cakap aje.Waktu sessi Parlimen ramai yang keluar negeri,tak tau buat apa.Tugas asasi mereka diParlimen diabaikan.Ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat baik ambil tindakan atas MP-MP yang ponteng ni.Cakap berdegar-degar nak kePutrajaya tapi tak ada komitmen yang mantap.
October 6, 2011 5:48 PM
------------------------------

Anonymous said...

bagus pendedahan GB ni sekarang supaya PR berhati-hati menamakan calon-calon nanti.
October 6, 2011 6:03 PM
------------------------------
Anonymous said...

Korang baru tau MP Pakatan Rakyat ni mcmana yaaa...dia org tau cakap je sana sini..buat PC sana sini..duk hentam sana sini..semua tk betul dia tau ckp..tp bila sampai masa mcm ni...lubang hidung tk nampak..

pahni yg mana tk mengundi tu ..akan cakap la..ada urusan sana sini..urusan keluarga sana sini..urusan itu ini..ketua parti masing..tk leh buat apa..tk panggil pun bawa surat tunjuk sebab..

Ntah2 ketua pun sama saja..
.
October 6, 2011 6:25 PM


34 ulasan:

Pak Mat berkata...

mana mana yb pakatan yang tak hadir lepas ni Tak Layak Bercakap pasai kampung Baru.... Mangkok hayun... Cakap bukan main masa mengundi hampa hilang... Poooraaahhhhh.... Pas sama Dap sama PKr pun sama 2x5 juga Tak tepakai macam BN...

C++ berkata...

Bhai GB,

Gua akan terus berkempen supaya depa-depa nih tak dicalonkan untuk PRU13... tak kira la sapa orang itu... Hadi ka.. Anwar ka.. Kit Siang ka... tak kira... sebab setau gua depa takder alasan yang munasabah untuk tidak hadir...

Wakil Rakyat macam nih kiter memang tak mau...

Awanama berkata...

MP2 PAKATAN mau jaga sikit..penyokong2 PR buakn macam penyokong BN..jenis pak turut..kalu MP PAKATAN x wat keja..memang kena hentam teruk..dari penyokong PR sendiri...perasan tak isu ini cuma ada dalam blog PAKATAN saja dan x masuk TV dan paper!!Kepada Anwar, Hadi dan Kit Siang..buckle up!! or shape out!!

Awanama berkata...

ketua PR sendiri tak hahdhir...dsai

Awanama berkata...

Rakyat mahukan perubahan..tapi perubahan hendaklah bermula dari wakil rakyat...
Kalu ini sikap wakil2 rakyat...memang rakyat akan padang serong dan beranggapan Pro pakatan dan Pro kerajaan sama sahaja....
Jika tidak diubah sikap macam nie..macam mane nak mentadbir negara jika diberikan mandat oleh rakyat sedangkan tidak dalam sidang parlimen.....?

kita berkata...

semua ahli nih wajib hantar surat tunjuk sebab! memalukan!

merbok berkata...

semua MP yg tak hadir kena bagi surat tunjuk sebab kepada rakyat.

kalau alasan tak kukuh, aku sokong supaya tak undi lagi mangkuk-mangkuk ni.

wahai MP pakatan, kami rakyat dan kami berkuasa!!

Awanama berkata...

jgn la nak maki hamun x tentu pasal ttg wakil rakyat yg x hadir..contohnya DSAI kena pergi ke makhamah atas tuduhan ke atasnya..YB yang lain ada jugak terpaksa trun ke kg2 nak jmpa pengund..lagi pun dia org x jangka sbb smlm rang undang2 kg baru di tarik balik..tetiba ja ari ni di usul plak.. mmg cekap BN menipu..gerak geri dia org sgt licik..

GB Jr berkata...

anon 12:47

bukan memaki tak tentu pasal, yang GB tulis disitu yang patut ditegur dan dihukum ialah "yang tiada alasan kukoh dan tiada uzur syarie."

yg ada alasan kukoh mungkin DSAI & karpal Singh. 73 yang lain? Anda menyatakan mungkin mereka melawat kawasan pengundi. Melawat kawasan di waktu parlimen bersidang? Gila? Sedangkan parlimen hanya bersidang beberapa minggu dalam setahun. Mana letak prioriti? Masih tak reti-reti nak jadi YB?

Kita marah BN, tetapi perangai dan sikap YB PR sendiri kita pejamkan mata. Itu satu sikap yang ditentang oleh Allah dan RasulNya.

"Berlaku adillah! Karena adil itu lebih dekat kepada takwa." - Al-Maidah: 8

"Dan hendaklah ada di antara kamu seorang penulis yang menulis dengan adil" Al-Baqarah: 282

Katakanlah, "Tuhanku memerintahkan menjalankan al-qisth (keadilan)" Al-A'raf : 29

Jika sudah tahu UMNO BN itu licik, mengapa YB-YB PR begitu bebal untuk tidak dapat membaca pergerakan licik itu? GB sudah mengeluarkan tulisan sebelum ini menyatakan bahawa RUU itu ditarikbalik, bukan dibatalkan atau dihapuskan. Bererti ia boleh dibentangkan bila-bila masa.

Jika anda masih hendak menjadi penyokong YB-YB tersebut, bersama-sama dengan kesalahan dan kebebalan mereka, silakan. Kami TIDAK.

Awanama berkata...

memang macam sial betullah dia orang tu sume. takd guna langsung.ada hati pulak tu nak jadi gomen. Piiiiraahhhhhh.

Awan Network berkata...

orang nak jadi yb dia nak jadi gak..

[Klik Sini] Imej Hantu Berjaya Dirakam ?

AAK berkata...

BN memang licik,spy diorang tau mana wakil rakyat PR berada....bila sampai masa,depa undi.

rileks bhai,siasat dulu jgn jatuh hukum sebelum mereka ni benar2 bersalah.

pengundi PR bising wakil rakyat tak turun padang?

kebetulan diorang serentak turun padang,jumpa pengundi...tup2 undian dibuat bhai.

kalau hari ni cukup,BN undi esok...licik bhai

sejak bila parlimen kita ni bebas dan adil bhai...podah!

Tak perlulah membabi binatangkan orang tanpa diberi peluang membela diri.cukuplah umno dgn kesesatannya,cukuplah bhai!

GB Jr berkata...

AAK pun x de otak sblm bagi komen. Baca komen saya sblm ini di atas. Kita tegur yg x da alasan kukoh & x uzor. Ada faham?

Awanama berkata...

korang ni pakai hentam je..perasan tak tak taktik bn. mrka luluskan RRU pd waktu malam. Masa tu depa tau ramai geng PR ada majlis kempen dan ceramah sana sini.
Sebenarnya depa dah lulus awal lagi krn mlm tu nong cik dah umum yg bn dah pun berbincang dgn 4 GLC ttg cadangan pembangunan
Org kg baru standby jelah dgn pasukan lawyer lawan kat mahkamah.

GB Jr berkata...

anon 1:28 pun main komen dan bela saja yb2 tu.

Apa plak ceramah masa ada sesi parlimen? Gila? Tak tahu prioriti kewajipan?

Awanama berkata...

Kerja wajib, buatlah kerja wajib bukan nak melalau masuk kg konon atau apa2, kerja wakil rakyat masih x retikah apa kerja wakil rakyat.Kenalah masuk dewan.Nelah dikatakan mngata dulang paku srph mngata org bn pr yg lebih.Lebih krna korang ada Ilmu Dunia Akhirat mana nak jwab depan Allah swt kelak.Ayam terlepas tgn bau tahi tulah hasil korang, yb2 lalai.Dah tua2 dlm politik pun masih cuai n suka pontng.Buat malu je dgn rakyat...x taulah apa nak jadi korang2 ne..yg ponteng tu tua2 bangka semuanya brperangai macam budak2 sekolah.Duit nak,nama nak,tanggunjwb nak masuk dwn rakyat ponteng pula.Lu orng taubatlah seblm trlmbat...!

AAK berkata...

kau tulis pun main ikut2 je bhai...

itulah masalahnya,kalau dah tau tak cukup korum wakil PR sendiri yang minta undian....alasan kukuh dan uzur syarei?

menderu-deru wakil BN masuk dewan bila perangkap dah kena bhai...

Gua bukan sokong YB-YB PR tapi Gua memang menyampah dengan BN bhai..lu faham ke bhai?

siasat dulu,senaraikanlah YB-YB yang ada alasan kukuh dan uzur syarei tu bhai,barulah nk membabi binatangkan wakil PR...

lantaklah lu bhai,gua tetap lawan Be End.

GB Jr berkata...

lwn bn tapi perangai yb pr sama mcm bn.

"senaraikanlah YB-YB yang ada alasan kukuh dan uzur syarei tu bhai,barulah nk membabi binatangkan wakil PR."

yg binatang tu GB tujukan kpd yg x der alasan kukoh & uzur syarie tulah.

dan termasuk pengkomen yang membela "binatang" itu.

p/s GB bagitahu saya bahawa binatang tu anologi yang bermaksud "tak der otak"!

nurhidayah berkata...

makan gaji butalah nampaknya yb2 ponteng yg x der alasan kukuh.

mat toron berkata...

masa p'lemen tak bersidang.......hangpa pi laa mana nak pi pun.........
ini depa nak ratah kg melayu tengah KL pun....hangpa dok selimut kat rumah.........
masa ceramah bukan main lagi cakap pasai integriti laa.....semua muluk muluk saja.......
bila mai keroja.......hampeh.....
aku akan undi orang yg jaga disiplin saja......
yg lain boleh blah.........

Awanama berkata...

malu malu malu,,,tak terfikirkah,,kenapa banyak keturunan pemegang amanah menjadi rosak fizikal dan mental..kenapa,,mengapa

Awanama berkata...

Tidak ada pilihan lagi, BN hancur, PR tak boleh harap, ayuh YB-YB yang prihatin akan masalah rakyat bersatulah dan bangkitlah membangunkan pilihan ketiga untuk rakyat di PRU ke 13 nanti (selain BN, PR) dengan membangunkan PARTI dari rakyat untuk rakyat. Hanya mereka yang benar-benar ada keikhlasan perlu dinobatkan sebagai YB, bukannya yang banyak berdolak-dalik

Mattamam berkata...

Knp dok bbalah sama kt..pakat2 istighfar saudara2ku..insyallah pru13 kt twn ptrajaya..kita nyahsampahkn undang2 yg menzalimi rakyat..
Masanilah kbajikan rakyat dutamakn..
Kembalikan pnyatuan kita..buangkn benda yg dah keruh,kita jernihkn blk..anggaplah yg tk hadir itu ada uzur syarie..btullah kt stngah komen bhwa ini memang taktik 'bare naik' bntang usul wktu mlm utk di undi..memang taktik jahat mrk..jgn kita plk terikut2 rentak mrk..isu kmpung br ni pun bkn isu kbangsaan yg prlu d makihamunkan wakil2 rakyat pr.. Lainlah kalu isu hudud ke,isu isa ke..

Awanama berkata...

Mattamam

anda sepatutnya suruh semua yb pr yg ponteng semalam itu beristighfar.

Apakah nak anggap kesemua yang 60 orang tak hadir itu mempunyai uzur syarie? gila?

wakil rakyat pr perlu ditegur sekarang, jgn biarkan mereka bertindak sesuka hati apabila mendapat status "wakil rakyat".

jgn nanti sudah tawan putrajaya kita dikalahkan semula akibat perangai wakil rakyat bn yg dibawanya.

yang paling saya kesal ialah mp-mp pas terutama presidennya yang turut tidak hadir. satu contoh teladan yang amat tidak baik.

agaknya itu satu petunjuk mengapa terengganu telah terlepas semula kepada bn....... kepimpinan pas masih mengikut rentak dan satil pentadbiran pak lah....

Awanama berkata...

aku dah fedup lah dgn politik ni. pi mampuslah korang

Awanama berkata...

Memang tak sedar diri

Awanama berkata...

mattamam, nak tawan putrajaya amendenya kalau yb pr tak ubah perangai tu. Mmg binatang bak kata gb pun. Dosa "khianat" x boleh dipandang ringan. Cakap x serupa bikin - itu penyakit mereka. Rasa mcm nak ku lemparkan saja kasut ke muka2 mereka, biar mereka sedar apabila amanah dipermain-mainkan.

Awanama berkata...

dah la bn lahanat kasi gadai kampung baru...yb yb pakatan yang mana rasa dah tak mo kerja leh la resign next PRU

Awanama berkata...

mmg sah yb2 pr yg ponteng tanpa alasan smlm akan terima laknat Allah kerana mengkhianati amanah rakyat. Aku x halalkan duit cukai pendptn aku dimakan oleh mereka yg mkn gaji buta. Kesian arwah Dr Loqloq dikhianati oleh rakan2nya trmasuk presiden & yb pas sendiri. Kg Baru akhirnya trgadai tanpa pembelaan dr pakatan rakyat.

Awanama berkata...

kita mst siasat psaipa depa xleh hadir..jgn trus hukum..kali ni di maafkn (wpon isu besar gak), lps ni xdak dah la..

ibds berkata...

x pyah nk tgak pndpt msing2 la. X dak org yg maksum... gb pn jgn la trkampau sgt dlm buat komen,Padan2 laaa. Setiap mnusia ada kslahan msing2. Klau x puas hti dgn PR, x dk masalah. Kta hnya rntaian yang mnymbung amanah Allah.

waktas berkata...

ibds

semua manusia tak maksum, oleh itu kesalahan mereka tak perlu ditegur? Rasulullah ajar begitukah dalam Islam?

Dulu saya ingat lagi, GB dihentam cukup2 oleh puak UG kerana GB membelasah golongan yg mempromosikan gagasan UG. GB mengkritik pedas Presiden PAS.

Tapi akhirnya kita lihat GB benar, UG yg salah. UG terpaksa dikuburkan, golongan UG ternganga macam beruk. Skrg semua UG jilat balik ludah. Allah paksa mereka menghentam UMNO utk buktikan bahawa mereka masih PAS.

Saya rasa kali ini pon, di dalam isu Kg.Baru, GB berada di pihak yg benar, sama macam kes UG dulu.

Kami bukan tak suka PR, tak tak suka perangai YB PR yg dah mula lupa tanggungjawab dan amanah rakyat. Mereka perlu ditegur dengan keras jika masih mahu jadi wakil rakyat PR.

Kami berdiri teguh di blkg GB. Kamu, ibds, mana blog kamu? bising jer pandai tapi tak mampu untuk hasilkan apa-apa di alam siber utk membantu perjuangan PR....

Awanama berkata...

loh gwo burn yang keje nya tangkap gambar tu pun datang parlimen ...yang paling tak femes dalam senarai MP pun datang parlimen ..tahu tugas dia jadi wakil rakyat ,..bukan pi balik rumah ...kat sekolah kalau ponteng kena public canning ..kalau ponteng parlimen apa denda paling mulia?

Awanama berkata...

Kalau macam ni lah, nampaknya tak ada beza BN dengan Pakatan. Kecewa betul rasanya. Kalau dengarkan cakap...puh.. memang hebat. BN semua tak betul tapi bila dilihat dan kini terbukti, nampaknya mereka ni memang tak boleh diharapkan langsung. Apa komen para ahli Parlimen yang ponteng ni pulak agaknya. Ahli Parlimen BN nampaknya lebih bertanggung jawab. Siapa yang boleh menyakinkan aku untuk terus menyokong Pakatan. Dah mula gayang ni.