29 Nov 2009

Tukar Royalti Kepada Wang Ehsan : Kerajaan Pusat Cabuli Perjanjian. SISIPAN: Peringatan Utk PAS.

Mantan Pengerusi Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Kerajaan Persekutuan tidak campurtangan dengan tugas syarikat minyak negara, Petronas daripada memberi royalti 5 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Tokoh veteran Umno itu menyatakan keengganan pentadbiran Najib untuk membayar royalti ke Kelantan telah menimbulkan keraguan yang serius samada Putrajaya "menghormati perjanjian-perjanjian dan kedaulatan undang-undang" dan ia memberikan implikasi merentasi negeri berkenaan.

"Tak perlu untuk kita bercakap mengenai penarikan FDI dan meningkatkan pelaburan domestik untuk membawa ekonomi negara kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita tidak menghormati tanggungjawab asas kita," tulis kerabat Kelantan itu di dalam blognya pagi ini.

Komponen Pakatan Rakyat, PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990, dan telah meminta Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk mengetuai kaukus bagi mendapatkan hak royalti minyak dari Kerajaan Pusat. Tengku Razaleigh masih menimbangkan namun pemimpin partinya telah meminta beliau untuk memikirkan semasak-masaknya hal tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan Putrajaya akan hanya memberikan "wang ehsan" melalui jabatan persekutuan kerana katanya Kelantan tidak berhak untuk mendapatkan royalti minyak kerana minyak itu digali melebihi had 3 batu nautika. Ia telah menukarkan royalti minyak sama seperti dengan bayaran ehsan kepada Terengganu apabila negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum 1999 yang lalu.

Namun, Sabah dan Sarawak akan mendapat royalti minyak sepertimana dijamin di bawah Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang mana Tengku Razaleigh sendiri rangkakan.

"Saya yang membantu merangka dan merundingkan Akta Pembangunan Petroleum. Sebagai Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian yang serupa dan berasingan terhadap bayaran-bayaran ini bersama dengan setiap menteri besar negeri-negeri berkenaan.

"Saya mesti tegaskan bahawa Petronas terikat dengannya dan kerajaan persekutuan tidak boleh campurtangan di dalam perlaksaan (perjanjian tersebut)," kata ahli politik yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Beliau melihat bahawa tindakan kerajaan "mencabuli perjanjian tersebut dan maksud kandungan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum yang ditulis dengan bahasa mudah dimana kanak-kanak sekolah pun boleh faham.

"Hak perlembagaan rakyat Kelantan telah dinafikan. Namun implikasinya merentasi jauh dari Kelantan," katanya.

Diantara implikasinya, Tengku Razaleigh menyatakan tindakan Putrajaya itu menyangkal perjanjian di antara Kerajaan Kelantan dan Petronas dan "dari implikasinya, ia turut menyangkal perjanjian yang serupa yang ditandatangani oleh dengan negeri-negeri lain dan ia menafikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan ".

"Keengganan kerajaan untuk mengiktiraf tanggungjawab kontrak yang jelas bagi pihak Ptronas telah meletakkan tanda soal terhadap status pembayaran royalti ke negeri-negeri pengeluar minyak yang lain," tambahnya.

Beliau menambah kedegilan Petronas untuk melakukan bayaran di bawah undang-undang akan menyebabkan negeri-negeri terutama Sabah dan Sarawak "kini tertanya-tanya jika samada perjanjian dimana termaktub segala hak mereka terhadap pengeluaran minyak itu masih berkuat-kuasa" ekoran langkah kerajaan meggantikan royalti minyak seperti yang termaktub di dalam Akta Pembangunan Petroleum dengan "wang ehsan" dari Putrajaya.

Minyak dan gas telah di keluarkan dari perairan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Penemuan fosil minyak di Semenanjung Malaysia pada 1970an telah membantu usaha pembangunan negara tetapi para pengkritik telah menyatakan kerajaan telah menukarkan ia menjadi petro-ringgit.

Kempat-empat negeri tersebut pula merupakan di anatar negeri yang termiskin di dalam negara namun Petronas telah menggunakan timbunan wangnya untuk membina Menara Berkembar Petronas dan pusat pentadbiran Putrajaya selain dari memperuntukkan lebih kurang 40 peratus untuk perbelanjaan pengurusan tahunan yang dibentangkan di dalam Belanjawan.


Ulasan GB

GB melihat isu ini sebagai satu isu tertangguh yang sepatutnya PAS telah perjuangkan secara tegas dan konsisten.

Namun barisan pimpinan pusat PAS yang ada nampaknya belum mampu untuk memperjuangkan isu royalti minyak ini sehinggakan Kerajaan Pusat boleh melakukan sewenang-wenangnya untuk tidak mematuhi perjanjian yang telah di tandatangani dengan kerajaan-kerajaan negeri.

PAS Pusat tidak memberikan perhatian berat mengenainya. Tiada task-force yang dibentuk sekalipun pencabulan undang-undang adalah jelas.

Kerajaan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab memulakan pencabulan undang-undang Petronas itu, Tun Dr Mahathir, yang kemudian di teruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib perlu didakwa sekalipun ke Mahkamah Antarabangsa. PAS Pusat dah buat belum kerja mendakwa tu? Belum! Sebab?

Apa yang dilihat kini ialah Kerajaan Kelantan di biarkan terkapai-kapai melawan sendiri untuk mendapatkan hak mereka sedangkan kita tak tahu apa yang pemimpin PAS Pusat lakukan sekarang selain semalam berdepan dengan kamera menumbangkan enam ekor lembu korban dan melawat mangsa banjir, acara superficial untuk paparan media sebijik stail Pak Lah yang suka publisiti tapi malas nak bekerja.

Alahai.... mudah sangat UMNO BN menipu dan lembek sangat PAS Pusat menangani apa-apa isu.

tidurlah labu..

Maaf ler mulai saat ini GB akan dan terpaksa sensitif dengan perlakuan mana-mana pimpinan PAS Pusat. GB akan suruh mana-mana pemimpin PAS Pusat yang tak perform dan KPI rendah supaya letak jawatan. Kalau tidak Allah sahaja yang akan memberikan jawapannya. Jangan nanti IJN penuh dengan pemimpin PAS pula walaupun tak sakit apa-apa.

Yang cakapnya banyak tapi tak banyak tindakannya pun kita akan dedahkan, yang mulut celupar rasa dia paling hebat kita akan suruh dia berkempen sendiri. Yang mana rasa hebat untuk menentang blogger, kita nak baca juga fikirannya dari blog dia, kalau ada. Kalau takder, baik diam dari berkata-kata. Kena akui bahawa blogger dah mainkan peranannya dalam 3 musim pilihanraya dan peranan blogger diakui kawan dan lawan sebagai "kuasa baru" di dalam menentukan pemerintahan negara. Mana-mana tukang komen pula yang menyokong pemimpin lembek dan masih menyokong gagasan karut UG akan kita pancung supaya tidak menjadi penyokong yang membawa rebah.

Sekarang masa bekerja. Sekarang masa untuk tunjuk kualiti diri dan kualiti kepimpinan dan kualiti kerja. Musuh dah buat KPI untuk nilai prestasi mereka bekerja, PAS masih berceramah dan pungut derma. PAS gostan ke belakang nak tiru pula stail Pak Lah bekerja. Putrajaya pun tak suka orang sebegini masuk walau ke perkarangannya. Kalau serupa Pak lah, alamat hancurlah negara. Saidina Ali dah kata, kebatilan dapat mengalahkan kebenaran sebab mereka di dalam keadaan bersedia dan tersusun.

Ini tidak, bila ditegur masyarakat terpelajar yang nak bantu PAS, ada juga yang masih primitif macam ABC. Pas Terengganu, PAS Selangor dan sebarisan dengannya. Kalau nak ke Putrajaya, biar molek sikit perangai tuh sebelum diperhambat orang duduk dalam gua. Atau nanti disumbatkan orang katak-katak ini ke dalam tempurungnya semula.

Biar apa pun lemparan kata nista terhadap GB, GB macam itu juga. Biar orang kata "keras kepala" yang GB tahu GB nak menangkan PAS dan PR dan hantar ke Putrajaya, dan batu penghalang akan kita hancurkan semuanya. Kita dah tak der masa.


11 ulasan:

marvick berkata...

way to go GB!

Awanama berkata...

Apa yang dilihat hanya Hussam Musa sahaja yang lantang memperjuangkannya..itupun dalam proses ditendang keluar..Proksi dari mana mereka ini...

Awanama berkata...

tahniah GB kami di belakang anda.menangkan PR.

Awanama berkata...

Saya amat kenal akhi GB. Sama-sama berguru dengan TGAW.

Seorang mantan PJ PAS pernah menyifatkan GB "harimau Allah" yang akan membaham musuh Allah di dalam dan diluar parti.

Akhukum filllah
Luqman

Awanama berkata...

sekarang yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu royalty minyak kelantan adalah Tok Guru & Husam namun kita dapat lihat sekarang ada konspirasi untuk menjatuhkan mereka berdua. setiap hari media & blogger mengerang Nik Aziz & Husam. kononnnya Husam nak jatuhkan nik aziz lah, husamlah mengebab kemelut kelantan lah, husam itu, husam ini.

nak sekarang Husam terpaksa berdiam dan nik aziz pula tidak boleh focus dalam meguruskan pentadbiran kerana serangan-serangan jahat ini.

yang peliknya, dimana pas pusat dalam hal ini?? senyap sunyi je!!!

hussin berkata...

gb, teruskan usaha murni sdr. sdr tidak sendirian. kita lebih ramai dari mereka, cuma kita tidak tersusun dan dalam keadaan bersedia.

apa yang boleh diharapkan kepada pas ganu yang sedang berpusat di jalan raja laut tu? bukankah tindakan menggantikan muktamar khas dengan mesyuarat khas merupakan usaha pas mahu menyelamatkan kedudukan serta agenda clique tertentu dari menyelamatkan parti?

Awanama berkata...

yes gb.... ni baru pengikut yang sayang parti...

macam kes mpkb... ada orang marah kat topeng perak... padahal itu dah tanggungjawab orang bawah nak betulkan pas... topeng perak cuma tolong luahkan rasa kesal orang bawahan... terus dituduh jadik cacai amnu...

perangai orang pas yang wala' buta... ni akan buat pemimpin makin besar kepala.. mula lupa pada tanggungjawab... lepas tu, bila datang sitamak yang akan berlegar sekeliling pemimpin-pemimpin ni... mulalah timbul berbagai jenis kes...

apa yang jadi sekarang ni kerana sikap pengikut yang wala' babi buta, tak berani nak tegur...

Awanama berkata...

terfikir pula, bagaimana agaknya jika idea UG datang dari DSAI, MUNGKIN sokongan tidak berbelah bagi kot? Saya bukan pro UG mahupun anti UG.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Unknown berkata...

Perkara salah tetap salah En Mohd. tidak kira siapa yang memabawanya. Jadi tak perlu anda membuat persangkaan "MUNGKIN sokongan tidak berbelah bagi kot?"

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." (Yunus :36)

Benarkah anda bukan pro UG atau anti-UG sedangkan komen-komen anda sebelum ini dilihat tidak gemar orang mengkritik UG?

Awanama berkata...

Salam,

Saya tak pasti kenyataan artikal di atas dibuat di atas kesedaran fakta atau prasangka...Namun telah ternyata PAS Pusat juga memainkan peranan dalam mengembalikan hak Kerajaan Negeri Kelantan, termasuklah di Terengganu...Tidak percaya??? Buka balik video-video atau archives youtube tentang ucapan TG Presiden, Timb. Pres, Naib Presiden, JK PAS Pusat di Parlimen, yang mana kerajaan Najib dihentam dan dikecam hebat di atas isu wang ehsan ini...Minta buat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kesimpulan yang melulu.

PAS tidak mahu dilihat ianya bersifat satu agenda politik yang mana ia akan dimanipulasikan sebagai 'agenda kepartian'. Task Force boleh datang dari pelbagai bentuk dan sudut. Dan yang pasti PAS Pusat menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah itu.

Sekian.

Senapang patah - tanpa prejudis!

Awanama berkata...

sekadar itu sahaja yg mampu PAS lakukan? hentam di parlimen lepas tu masing2 balik rumah tido?