2 Sep 2009

Era Najib ALtantuya : Nasib Badrul Ditentukan Lepas Raya

Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat akan diketahui selepas hari raya nanti, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Beliau berkata Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai Adun dengan berkesan.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan menjawab ketika ditanya sama ada Badrul Hisham akan dikenakan tindakan disiplin atau kerusi yang disandangnya itu akan dikosongkan.

"Keputusan akan dibuat selepas mengambil kira perbincangan yang diadakan dengan Badrul sendiri dan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat esco kerajaan negeri di sini , Rabu.

Abdul Khalid berkata Badrul Hisham kini dalam keadaan uzur dan tidak dapat bersama-sama beliau dalam program Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat di sebuah masjid di Pandamaran minggu lepas.

"Badrul masih lagi menerima elaun dan gajinya walaupun tugas beliau sebagai wakil rakyat dibantu oleh rakan-rakan Adun lain," katanya.

1 ulasan:

mack berkata...

harap beliau insaf dibulan yang mulia ini dengan melatakan jawatan sebagai ADUN kerana dengan itu beliau telah melepaskan satu bebanan yang ditanggung. dengan kekosongan kerusi tersebut maka bolehlah pihak SPR mengistiharkan PRK untuk DUN pelabuhan kelang maka BN bolehlah menguji samada suara mereka diterima atau tidak diselangor. fikirkanlah saudara YB BADRUL HISHAM. WSLM