13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Semakin Terdesak, Ugut Pecat Ahli Yang Sabotaj

UMNO dilihat semakin terdesak menjelang pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir Pulau Pinang apabila Bernama melaporkan pemimpin atau anggota parti yang terbukti mensabotaj jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan dipecat keanggotaannya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi amaran itu bagi memastikan semua pihak memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya itu, 25 Ogos ini.

"Saya ingin tegaskan, mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua peti undi BN untuk pilihan raya kecil itu, di sini Rabu.

Katanya beliau tidak akan berkompromi dalam soal kesetiaan kepada parti.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan memantau sendiri perjalanan jentera BN sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu diadakan.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, sewajarnya pada ketika ini semua pihak mengetepikan sebarang persengketaan yang bersifat peribadi bagi memastikan kemantapan gerak kerja jentera pilihan raya itu di samping mengukuhkan perpaduan dalaman parti.

"Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos ialah hari pengundian.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan, yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal mulai 1999, mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan memperoleh majoriti 5,433 undi.

Antara beberapa pemimpin Umno yang disebut-sebut bakal menjadi calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, Naib Ketua bahagian itu, Abdul Rahim Man, Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Said dan bekas Timbalan Ketua Bahagian itu, Datuk Ahmad Saad.

Sementara itu, PAS pula antara nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan peguam muda, Rosidi Husin selain nama bekas Pegawai Khas Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman Saudara Shamsul Kamal Shafiee.

Namun apa pun kena tunggu keputusan terakhir yang akan menentukan siapakah calon yang dimaksudkan untuk merentap di Dun berkenaan pada 25 Ogos itu nanti.

Walaupun hari penamaan calon tinggal empat hari lagi iaitu pada 17 Ogos namun ramai kepimpinan kelihatan datang mencari tempat tinggal sekaligus membantu calon masing-masing.



Tiada ulasan: