18 Nov 2016

[BONGKAR] Skandal Lombong Bijih Mangan, Presiden PAS Terima RM10 Juta?

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.


"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.


Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.


"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan,
rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

ULASAN GB

Ya, GB bersetuju dengan ayat-ayat di tiga perenggan terakhir itu.

Jika benar laporan yang diviralkan itu, PAS nampaknya sudah mula menggantikan perangai UMNO. Makan duit rakyat Kelantan tanpa rakyat Kelantan mengetahuinya!



FEATURED ADS



32 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Lebai2 PAS ni..macam musang berjangkut....lebai manganese!!

Tanpa Nama berkata...

Alamakkkkk....tuan guru HH klu x betul saman tau....tapi jgn lama sangat nk saman tu...yg aritu kami tgu lama sgt....x saman2 pun huhu

Unknown berkata...

ketua jebon ni makin lama,makin kena telanjang..
kalau betoi la,minta Tuhan laknat dia

Tanpa Nama berkata...

Ada yg kata benda ni fitnah bukan dr jwpn rasmi pas.kita tunggu apa jwpn rasmi dr pihak pas..

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang berani kata tidak pada Presiden yang ada kuasa veto.

50 bulan dapat 10 juta .. Itu yang solat hajat, mudah-mudahan hasil galian lebih dari yang di anggarkan.

Lagi pun orang solat tak kan menipu kan ?

Tanpa Nama berkata...

biasalah di pehak sana akan mengatakan PAN,fitnah dan sakit hati pada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Sah PAS dah sedap makan dedak.

Siapa yang nak laporkan pada SPRM?

Harap UMNO.. ? Kalau dulu UMNO dah berpiket kat lombong tersebut. Kena jaga hati kawan jugak.

Kalau PKR pun sama jugak sebab masih ujud kerjasama dengan PAS. Ini lah masalah nya dengan PKR!

Kalau AMANAH ..memburukkan keadaan lagi. DAP.., nanti kata fitnah dan DAP kan kafir.. mana boleh masuk campur hal-hal Islam. Apa DAP tahu pasal solat hajat ?

Hanya maruah dan keyakinan pada Allah sahaja yang jika ada untuk Hj Hadi menafikan penglibatan dia.


Tolong jangan sebut nama TGNA sebab nanti nama pemimpin lain yang telah telah tidak ada lagi pun di kaitkan.


Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

PH perlu MEMASTIKAN kesahihan berita ini dan sumbangan bernilai RM 90 Juta yg dilaporkan oleh SR. Sekiranya ianya sahih dan benar ( bukan fitnah )adalah lebih baik semua pihak dalam PH tidak perlu lagi berusaha utk memujuk PAS untuk bersama dlm PH. Kehadiran PAS dlm kemelut begini akan menjadi bebanan kepada PH pulak. Kalau benar berita ini PAS akan menjadi spt ikan buruk yang tidak laku dijual

Tanpa Nama berkata...

Reti ke tenguk plan?
Hahaha. Punya baik berlakun.
Ini mesti surat dah keluar baru pergi tenguk plan. Dah nampak RM 10 juta semua jadi clear. Hahaha.

Ini sistem UMNO. Satu untuk kau, dua untuk aku. Ini yang tuan penasihat ikut, 5 untuk Kelantan, 10 untuk aku.

Hukum, dosa, pahala, semua tolak tepi, duit punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Itu yang pelik. Fitnah tapi di biar kan lama-lama. Dah ada jawapan tapi yang bukan sepatut jawab yang bagi jawapan.

Jika fitnah.. mengapa kena fitnah sampai macam ini? Pasal tak dapat projek kena ugut dengan fitnah. Hebat sungguh syarikat ini.

Bagi jawapan tapi tak buat lapuran polis ..? So, ada kemungkinan maklumat tidak betul dan di sengaja kan.

Malaysiabaru berkata...

Ini baru di Kelantan...

DI SELANGOR DIN AYAM BERLELUASA LEMBUKAN AZMIN

PKR SELANGIR DI LEMBUKAN OLEH ANAK AYAM

DI SELANGOR PASIR SAPA CONTROL? KELAPA SAWIT? TENDWR CAT BANGUNAN?

DIN AYAM !!!!

P.S RN4.39 DAH 1US DOLLAR SEMUA ORG CINA DAH BELI US DOLLAR STANDBY TAKUT MALAYSIA BANKRAP RINGGIT TAK LAKU !!!

JGN MENYESAL BILA RINGGIT CECAH RM5.10 !!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan cepat percaya saudara2, tu semua fitnah dari geng anwarinas. insyaAllah TGHH akan saman mereka pada hari SELASA!

#bawahjubahadajutajuta

Tanpa Nama berkata...

Reti ke tenguk plan?
Hahaha. Punya baik berlakun.
Ini mesti surat dah keluar baru pergi tenguk plan. Dah nampak RM 10 juta semua jadi clear. Hahaha.

Ini sistem UMNO. Satu untuk kau, dua untuk aku. Ini yang tuan penasihat ikut, 5 untuk Kelantan, 10 untuk aku.

Hukum, dosa, pahala, semua tolak tepi, duit punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Salahkan UMNO pulak dah.
Dah menuduh PKR yang punya kerja.
Apa hal?

Masa di lombong itu, siapa yang ada dan gambar siapa yang ambil ?


Ini lah petanda-petanda Hj Hadi di minta berundur.

Memudahkan mereka yang sayangkan PAS untuk berkerjasama dengan PH-BERSATU.

Tanpa Nama berkata...

Ini pula jwpn drp geng pas.xtau sejauh mana kebenaran.mana yg betul mana yg salah.tp sama2 kita lihat nt.spt kata tuan gb.kebenaran akan nampak juga.


"Pejabat Presiden PAS Terima Komisen Lombong? Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.

Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan sekiranya mereka tidak mampu jawab;

1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?

Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.

2. Perjanjian ataupun 'surat aku janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?

TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.

Keduanya, siapakah Zuraidin Abdullah? Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS? Tahún bila dia masuk bertugas? Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?

Ketiganya, andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ? Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?

3. Projek ini luluskah?

Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.

4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.

5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?

Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?"

Tanpa Nama berkata...

sebagai rakyat kelantan....jika perkara ini benar...aku tidak halalkan walau satu sen pun....pandai laaa tuang presideng jawab di akhirat nanti...

homestayklcc berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Patutlah kelantan miskin. Hasil negeri masuk kantung parti jual agama rupanya. Lebai2 Pas pun dah pandai buat meeting mengaminkan doa di krabi. Guna duit rakyat gak tu. Pas memalukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Itu kena tanya azmin anak ali... dia yg masih menagih kasih dgn pas mcm laila majnun...

Tanpa Nama berkata...

Baguslah ringgit jatuh

Maju pelancongan dlm Negara

Lagi ramai boleh datang malaysia

Tanpa Nama berkata...

Siapakah Zuraidin Abdullah

Barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009/2011

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah


SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
SESI 2011 - 2013

68. Zuraidin Abdullah

Bekas TMB Kelantan terlantar di hospital
Menantunya, Zuraidin Abdullah berkata, bapa mertuanya dikesan menghidapi masalah tersebut akibat terjatuh selepas menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur tahun lepas.

Tanpa Nama berkata...

Itulah dah cakap kalau solat tanda nya orang itu tak menipu. Itu sebab di tanya kenapa tak dedahkan HH sedang solat?

Yang penting Nombor Akaun. Pejabat kat mana tak penting. Dah terlalu ghairah.. Mana PAS pernah buat kerja macam ini.. Itu yang alamat salah pun tak perasan.

Ini masalah di janjikan RM 10 juta. Lulus tak lulus, janji Presiden sudi menjenguk tanah lombong. Yang lain-lain, faham-faham lah. Dia pun berkawan jugak dengan Najib.

Permohonan di tolak atau hajat Presiden yang di tolak ? Ini projek besar, duit minum kopi pun bukan sikit. Pemohon pulak percaya yang sangat melampau pasal berurusan dengan ulamak.

Pemohon punya kerja. Pemohon kena ugut. Semua bukti dan kesalahan dah ada. Tolong lah buat lapuran Polis dan kalau benar, saman je.

Nak tanya pulak mana transaksi duit. Kan kata tak lulus. Ini hal perjanjian untuk RM 10 juta. Kalau duit tak masuk pun tapi dalam perjanjian ada kata bagi RM 10 pada HH dan RM 5 untuk negeri Kelantan, dah kira kotor, tak betul.

Ada 4 tanda-tangan bermakna cukup 4 saksi. Apa guna saksi ?

Isaac berkata...

Semoga ianya fitnah semuanya...

Isaac berkata...

Selasa bila...selasa ada 52 kali setahun....

Tanpa Nama berkata...

Siapa orang jawa yang bercakap bahasa jawa.

HH sudah 'mangan' RM 10 juta.

Betul ke ?

zulkurnain berkata...

Akk pun serupa,tak halalkan

Zamri berkata...

'Urung' (belum)

Sbb projek x lulus.. Klu projek lulus bermakna pejabat presiden masih/sedang 'mangan' komisen RM200,000 sebulan

Tapi mengikut maklumat disini, projek ini TIDAK diluluskan oleh MMK Kelantan

PERSOALAN

Mengapakah wujud perjanjian antara pejabat presiden dan Vigorous Global untuk hasil yg dilombong di Kelantan? Dan kenapa komisen pejabat presiden (yg tiada kena mengena dgn negeri kelantan) 2 kali ganda melebihi komisen kerajaan Kelantan sendiri?

Kita bukan nk tuduh atau fitnah tuang presideng dah mangan 10 juta.. Kita nk tau kenapa boleh wujud perjanjian sebegitu?

Tanpa Nama berkata...

Hari selasa yang sama dengan hari selasa yang di tentukan oleh Najib.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang dapat selepas permohonan di tolak ?

Bapa Mertua dia dah tak ada pengaruh, bekas TMB, sakit pulak tu.

Baik bagi pada menantu yang masih berkuasa dalam parti.


Unknown berkata...

Negeri lain lagi banyak la income bulanan..tp negeri to dok miskin jugak macam mana?xboleh la bezakan mcm to.kawan aku aku semdiri org kelamtan bagi taw.org kelantan duit banyak.tetapi mereka xnak tunjukkan kemewahan.jd faham2 jala.

Tanpa Nama berkata...

Politik matang = politik makan. Kahkahkah..

RBDKKTN2023 berkata...

Apa Yang Boleh Di Pertikai Tentang Isu Permohonan Merlombongan Magnese Ore Di Gua Musang, Kelantan Yang Heboh Di Perkatakan.

1. Jika di lihat dari butiran surat tersebut, ada beberapa fakta yang boleh di ragui. Pertamanya wakil Pejabat Presiden PAS itu sendiri kerana tidak wujud nama wakil tersebut sebagai kakitangan Pejabat Presiden PAS. Keduanya Pejabat Presiden PAS sendiri tidak pernah mewakilkan sesiapa dalam sebarang urusan yang membabitkan urusan Pejabat Presiden PAS. Ketiganya ialah alamat Pejabat Presiden PAS yang sememangnya salah dan tidak beralamat di Taman Melewar.

2. Jika di lihat tarikh pada surat tersebut, ianya bertarikh 10.10.2013, sudah 3 tahun 1 bulan dan 6 hari dari tarikh yang di sebut “ Perjanjian Akujanji “ tersebut. Mengapa sudah sekian lama baru sekarang di dedahkan surat ini jika benar terdapat salah laku ?

3. Apa yang boleh di lihat di dalam surat tersebut, Syarikat Vigorous Global Sdn.Bhd. masih dalam proses permohonan melombong magnese ore di Gua Musang. Adakah surat dan janji yang terdapat di dalam surat itu bertujuan untuk mendapatkan hak melombong, bukankah itu cubaan merasuah untuk mendapatkan hak melombong dari Kerajaan Negeri Kelantan ?

4. Dengan semua fakta di atas, jelas menunjukkan banyak perkara di ragui di dalam surat tersebut, dengan kata lain edaran surat tersebut berniat jahat, bermotif manipulatif dan fitnah yang jijik.

5. Adakah syarikat ini berpengalaman dalam menjalankan perlombongan Magnese Ore Mining dan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan tidak meluluskan permohonan perlombongan tersebut?

6. Bagaimanakah syarikat tersebut dapat mengenal pasti jumlah pengeluaran magnese ore setiap tahun berdasarkan jadual pada surat terbabit, adakah di lakukan kajian, analisis, ujian mineral atau penggerudian awal untuk mengetahui anggaran kandungan magnese ore di kawasan tersebut atau hanya berpandukan andaian serta maklumat dari sumber yang lain tanpa melakukan ujian sendiri ?

7. Jika berdasarkan gambar Presiden PAS yang di sebarkan, hanya ada 2 gambar. Satu sedang melihat pelan dan kedua bersedia untuk solat. Adakah logik dengan gambar itu di katakan Presiden PAS terbabit ?

8. Yang jelas Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan untuk melombong magnese ore kepada syarikat terbabit. Maka selebihnya apa yang terkandung di dalam surat tersebut seperti habuan wang tunai RM 1 juta ringgit, kawasan balak dan lain-lainnya adalah fitnah kerana Kerajaan Negeri tidak meluluskan permohonan melombong tersebut.

9. Bekas Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar sendiri mengakui bahawa sepanjang beliau berada di dalam PAS tidak pernah beliau tahu ada perkara sebegini sudah cukup membuktikan ianya fitnah.

10. Cuma sepatutnya sebelum Dato Mahfuz bertanya kepada Presiden PAS, sepatutnya Dato bertanya kepada pemilik syarikat beberapa soalan seperti :

1. Mengapa setelah lebih 3 tahun baru bersuara, adakah apa-apa yang tidak kena dengan anda & syarikat anda?
2. Mengapa syarikat anda tidak di luluskan kebenaran melombong?
3. Adakah syarikat anda berkemampuan melombong?
4. Kenapa anda tergamak berbuat demikan untuk mendapat hak melombong?
5. Anda memalukan PAS dan seluruh ahlinya dengan perlakuan sebegini untuk mendapatkan hak melombong.

11. Soalan saya untuk Dato Mahfuz, sepatutnya Dato lebih bijak sebagai bekas Naib Presiden dan Ahli Parlimen untuk menilai, sayang ketika ini Dato agak perlahan & lemah dalam menilai.

Sejujurnya saya bersyukur kerana Kerajaan Negeri Kelantan tidak melayan serta meluluskan permohonan dari syarikat sebegini, ianya hanya memburukkan imej Kerajaan Negeri. Cuma sudah menjadi kelaziman apabila tidak di luluskan maka pelbagai fitnah di lemparkan.

Sekian.

Rakyat Biasa.