13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Tiong Kata Ong Boleh Saman, Tak Akan Tarik Balik Kenyataannya

Datuk Tiong King Sing, CEO pemaju Zon bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), menyatakan beliau tidak akan menarik kenyataannya yang Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah menerima RM10 juta derma darinya.

Hari ini, Ong telah memberikan Tiong tujuh hari untuk menarik balik kenyataannya dan menuntut pernyataan maaf atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Menteri Pengangkutan itu jua membuat laporan polis terhadap Tiong pagi ini di balai polis Cheras mengenai kenyataan fitnah itu.

Di dalam riaksi spontannya, Tiong menyatakan beliau tetap dengan kenyataan yang diberikan di dalam satu wawancara semalam.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan saya. Mengapa saya perlu tarik balik? Saya alu-alukan (Ong) untuk buat laporan polis. Beliau boleh teruskan dansaman saya," kata Tiong.

Apabila ditanya samada beliau berupaya untuk menunjukkan bukti yang Ong ada menerima derma tersebut, Tiong berkata beliau mempunya saksi untuk menjelaskannya.

"Saya derma wang kepada parti untuk menyatukan para ahli dan dalam masa yang sama berkhidmat untuk rakyat. Saya telah tawarkan cek tetapi Ong meminta wang tunai kerana menurutnya ia lebih cepat. Saya ikhlas dengan tujuan saya," kata Tiong.

Beliau menambah bukan tujuannya untuk menjatuhkan sesiapa dan menyifatkan Ong adalah seorang "rakan".

Tiada ulasan: