3 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Penahanan Sivarasa Satu Komplot

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta hari ini selepas ditahan reman terlibat dalam perhimpunan membantah anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun perlu melaporkan diri semula di Mahkamah yang sama pada 17 Ogos depan.

Sivarasa yang ditemui wartawan selepas itu, melahirkan rasa kecewa dengan layanan pihak polis terhadapnya serta tahanan lain ketika dalam tahanan.

“Saya dilayan sama dengan tahanan lain, dipaksa tidur di atas kerusi kayu tanpa bantal makanan juga teruk dan tanda yang disediakan juga adalah tandas terbuka.

“Saya berpendapat, rakyat Malaysia yang ditahan perlu diberi layanan yang baik, bukan di seksa sehingga satu lokap 80 tahanan disumbat sekaligus. Ini adalah tindakan seperti menindas.

Beliau berkata penahanan ke atas beliau mungkin ada kaitan dengan komplot politik memandangkan beliau adalah salah seorang peguam kes sodomi 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemui oleh TV Antara di lobi Mahkamah Sesyen, Jalan Duta berkata beliau yang sepatutnya telah dibebaskan telah ditahan semula atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Tindakan macam ini seperti cuba seksa saya kerana tahu saya adalah salah seorang peguam Datuk Seri. Sebelum ini peguam YB Muzahib ditangkap tapi sudah dibebaskan begitu juga dengan saya. Tapi apakan daya, selepas itu saya ditangkap semula atas arahan khusus dari Bukit Aman. jelas menunjukkan bahawa ini keputusan politik.

“Saya lihat memang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Saya ditahan atas alasan tidak berguna dari segi undang-undang iaitu belum siasat lagi.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula pada 2 September depan. Antara peguam yang mewakili Anwar dalam kes berkenaan adalah Amir Hamzah Arshad, Sankara Nair dan Latefa Koya.

Beliau ditemani oleh PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan peguamnya Puravalen.

Sementara itu, 29 tahanan termasuk 13 tahanan bawah umur ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan yang sama Sabtu lalu,turut didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.

Enam belas daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala tiga belas yang lain didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. -TVA




1 ulasan:

org memali berkata...

awak tak ada salah ka .jgn2 pihak berkuasa salah baca nama awak . mungkin mereka tak bersekolah,awak satu org juga sekolah . lain kali kalau kena tahan ,minta ditahan dihotel paling baik 6 bintang di sg besi tu . bolih claim alaun dgn kerajaan atas dasar members parliment . sepatutnya bila dilantik sebagai yg berhormat ,jgn la jerumuskan diri sebagai yg terhina . awak bukan pejuang kemerdekaan tapi cuma pejuang jalanan shj. tiada kerugian sekiranya awak tiada .