3 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ahli UMNO Bertumbuk Dalam Mesyuarat UMNO Pdg Serai

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.

Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.

Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.

Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Jubai, Mohd Zohari Abu Seman mendakwa abangnya, Ridzhuan Abu Seman telah diganggu oleh seorang individu dalam UMNO bahagian itu yang Ridzhuan meletak salah satu jawatan yang dipegang.

“Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kampung Jubai, Saudara Ridzuan Ramli. Kami datang bukan nak bergaduh, cuma mahu menyampaikan memorandum bantahan kami terhadap individu berkenaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Masalahnya, apabila kami sampai, kami telah disekat oleh orangnya yang mengakibatkan berlaku kekecohan. Saya ingin mempersoalkan, dalam bidang kuasa apa, dia berkuasa mengarahkan abang saya memilih salah satu jawatan yang dia sandang sekarang ini.

Abang saya merupakan kakitangan Tekun Nasional dan merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Serai. Dia mendesak abang saya dan menyatakan kalau mahu terus bergiat dalam Belia 4B, letak jawatan sebagai pegawai Tekun. Apa hak dia untuk melucutkan jawatan orang. Keputusan itu yang saya pertikaikan dan laporan polis telah dibuat terhadapnya,” katanya.


3 ulasan:

Pak Oncu berkata...

hahahahhahaha itu tak lah pelik sangat bro,,,, semalam ahad ada majlis doa selamat, selesai aje doa selamat dah nak poie makan,maka berlakulah adigan bertumbuk antara bilal masjid kg batu rembau negeri sembilan dgn seorg penyokong umno juga lahhh,, bilal tu pun memamng KARAT JIDDAN umno nya.....

Anak Perelih berkata...

Pak Oncu... diaorg bertumbuk berebut makanan kut... kesian....

ManInBlues berkata...

bilal tu dh lama x mkn smbl kira gigi kot...huhu