31 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Nakhaei Dikecam Kerana Salahkan PR Selangor

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat hari ini mengecam kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad yang cuba mempamirkan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan jumlah pembinaan rumah ibadat dengan penduduk.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dikatakan telah menjalankan kajian berkaitan jumlah pembinaan rumah ibadat yang didapati melebihi jumlah penduduk dan keperluan bukan Islam berbanding masjid dan surau.

Nakhaie berkata, berdasarkan kajian itu jumlah pembinaan kuil bagi masyarakat beragama Hindu tidak seimbang jumlah penganutnya di Malaysia.

Menurutnya, masyarakat negara ini masih mampu bertoleransi dengan mereka, walaupun ternyata pembinaan masjid dan surau masih tidak seimbang dengan jumlah penduduk Islam yang ramai.

"Sebelum ini orang Melayu sudah banyak bertoleransi dan mendiamkan diri dengan masyarakat lain.

“Ini adalah satu cara mereka memprotes kepada Kerajaan Negeri apabila kawasan mereka diceroboh,” katanya.

"Mungkin Nakhaei terlupa bahawa Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor pada Mac tahun lalu. Jika ada berlaku ketidak seimbangan rumah ibadat dengan jumplah penduduk ia harus di tanya kepada kerajaan UMNO BN yang memerintah Selangor sebelum ini," ujar seorang pemimpin PKR yang enggan mendedahkan identitinya.

"Beliau cuba untuk meletakkan kesalahan ke bahu kerajaan PR Selangor terhadap masalah yang dibawa oleh UMNO sebelum ini," tambahnya lagi.

Jumaat lalu, segelintir penduduk Seksyen 23, Shah Alam, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan penempatan mereka.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nakhaie Ahmad ini dulu ahli PAS kalau tak salah, tapi keluar PAS sebab parti ini tak boleh buat duit kaya macam UBN. sekarang sibuk bantai pakatan rakyat. macam2 perangai manusia ini, makin berumur makin melalut!