14 Mei 2009

Tuduhan Mohamad Daud Iraqi Berbahaya dan Merugikan Jemaah

Mohammad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS telah membuat kenyataan yang berbahaya kepada jemaah parti dimana beliau telah membuat TUDUHAN bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini.

Tuduhan itu dibuat secara terbuka tanpa bukti dan telah dieksploitasikan oleh musuh yang menyamakan PAS sebagai parti-parti politik lain.

Pucuk pimpinan PAS telah diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Daud Iraqi tersebut.

Anggota Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi agar tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

"Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau," katanya kepada Bernama.

Abdul Fatah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi "hadiah" kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.

Abdul Fatah berkata kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.

Selain dari perkara di atas banyak lain kenyataan serta ada kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pemimpin PAS kepada golongan yang lain, malah diantaranya dengan sanggup pergi lebih jauh dengan menuduh mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dengan panggilan-panggilan kurang baik malah melakukan serangan secara terbuka di blog-blog.

Kita melihat satu golongan di dalam jemaah PAS yang begitu keterlaluan dengan mengeluarkan istilah-istilah mee celup, menganggap orang lain sesat, menyindir pemimpin lain supaya bertanding ke jawatan yang lebih tinggi dan kini lemparan tuduhan rasuah di dalam jemaah. Ini amat menyedihkan. -tiung merah

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dan bagaimana jika tuduhan-tuduhan itu benar, adakah PAS mengharap ahlinya berdiam diri, 'sabar' dan 'redha' sahaja? Memang PAS tidak sama dengan parti lain di Malaysia dari segi dasar dan perjuangan. Ini tidak boleh dipertikaikan. Tetapi kita tidak boleh menjamin yang semua ahli (termasuk di kalangan yang mempunyai jawatan tinggi) tidak terlibat dengan perbuatan seperti yang dituduh. Mungkin kita persoal mengapa tidak dibuat lapuran rasmi sahaja. Tetapi kemungkinan, usaha-usaha ahli untuk melapurkan perbuatan jahat 'geng perosak dari dalam'ini kepada pimpinan menemui jalan buntu selama ini. Sebagai pihak yang telah 'jenuh' difitnah dan di'kambinghitamkan' oleh geng ini, saya merasakan yang pimpinan memang tidak menangani masalah ini dengan berkesan. Disebabkan takut 'pecah-belah', takut 'dieksploitasi musuh' dsbgnya, pimpinan biasanya mengambil langkah 'pondan' sahaja pada mereka ini. Akhirnya si mangsa diperbuat sebagai pesalah dan si pesalah diperbuat sebagai mangsa (maklumlah pandai berlakun, siap dengan air mata buaya sekali). Dan geng perosak semakin angkuh dan bermaharajalela. Saya tidak hairan jika ada ahli yang mengambil tindakan drastik. Cukup-cukuplah dengan alasan 'eksploitasi musuh di luar' itu. Apa nak dihairankan dengan musuh di luar sedangkan musuh sudah pun berada dalam selimut dan sedang berusaha untuk menelanjangkan kita sama sekali!

Tanpa Nama berkata...

musuh dalam selimut ialah kumpulan nak muqabalah dengan umno tu... presiden sendiri kepalanya.

IbnAbdHalim berkata...

Tak payahlah nak dedahkan melalui media. Kalau benar ada berlaku seperti yang didakwa bawa saja ke dalam mesyuarat kepimpinan. Kesalahan tetap kesalahan. Don't wash your linen in public. Jaga tata tertib. Jangan jadi seperti parti lawan.

Tanpa Nama berkata...

entah lah saya naik jemu melihat ulamak yang bersikap jumud... mereka lebih membawa jemaah PAS menjadi parti yang mundur dari menjadikan sebuah organisasi yang berwiwaba.

Mereka terdiri dari kumpulan yg banyak bercakap tapi tak tahu buat kerja -maaf dengan pemerhatian ini.

Tanpa Nama berkata...

Hairan, ya? Baru-baru ini kita gempar dengan tulisan Ustaz Nik Abduh dan kini dengan tuduhan Ustaz Daud. Tetapi reaksi yang ada ialah marah dan bimbang terhadap tindakan pengadu tetapi tiada reaksi sedemikian terhadap apa yang diadu. Kita sibuk mahu menghukum pengadu dan asyik risau dengan tanggapan luar terhadap jemaah. Tapi belum dengar lagi reaksi bimbang/marah terhadap perbuatan membeli undi, mengadu domba jika ia benar-benar wujud. Adakah ahli PAS sekarang lebih bimbang tentang tanggapan manusia tetapi tidak bimbang tentang perbuatan dosa yang dilakukan oleh ahli parti?
Apa yang saya lihat, penyakit gila dunia telah menular dalam parti tetapi tiada usaha bersungguh-sungguh untuk menanganinya. Sebaliknya, usaha untuk membisukan teguran dan menjatuhkan kredibiliti ulama' yang sungguh-sungguh dilakukan. Mungkin dengan 'bisunya' ulama' maka ahli-ahli 'gila dunia' ini boleh lebih bebas dengan perangai 'ala UMNO' mereka.
Dalam pengalaman saya, golongan yang anti ulama' dalam parti pun amat rajin bercakap dan tak pandai buat kerja pun. Cuma lagak saja yang lebih! Maaf dengan pemerhatian ini....

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan parti baru. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada PAS oleh musuh-musuh luar selama ini tapi, alhamdulillah, kita telah melalui semua itu. Kita tetap teguh, insyaAllah.
Antara tuduhan paling serius, saya rasa, ialah tentang PAS militan dan konon-konon ada pengganas di kalangan kita. Ahli kita, termasuk Ustaz Nik Adli telah diISAkan bertahun-tahun.
Adakah tuduhan-tuduhan itu tercetus dari kesilapan PAS sendiri? Saya kira tidak. Mereka menuduh kita, memberi tekanan pada kita kerana.....mereka musuh kita dan memusuhi Islam yang kita bawa. Mereka menuduh kita kerana MEMANG kerja musuhpun untuk menyusahkan dan melemahkan kita.
Fikir saya, tidak perlulah PAS nak ribut-ribut sangat tentang eksploitasi musuh dari luar itu. Semuanya akan berlalu juga seperti yang sudah-sudah, insyaAllah. Kalau kita tak buat silap pun mereka akan reka cerita untuk menuduh kita juga (seperti contoh militan dan pengganas tadi). TETAPI saya rasa PAS perlu bimbang dan ambil serius jika ahli-ahli terjebak dengan dosa dan kemungkaran. Kemurkaan Allah SWT kepada kita adalah jauh lebih wajar dibimbangkan dari tanggapan manusia. Di sini yang kita perlu bertegas.
Let's get our priorities right.

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang mungkar pun ambil tindakan disiplin ke atas ahlinya yang terlibat dalam politik wang, walaupun yang berjawatan tinggi. Ini PAS, parti ISLAM, langsung tidak menunjukkan 'outrage' tentang amalan ini (jika wujud). Sebaliknya, sibuk nak menghukum pihak yang melapurkan. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am tentang ahli yang pedulikan parti tetapi tidak pedulikan ISLAM. Terserlah bahawa sensitivi terhadap dosa di kalangan ahli PAS amat menurun dan terserlah wujudnya usaha untuk menjatuhkan kewibawaan ulama'. Sebab itulah dengan senang hati boleh biadab dengan Dato' Presiden dan sebab itulah tergesa-gesa sangat nak menghukum ulama' (sama ada yang senior mahupun yang muda) dalam parti. Ulama' seperti manusia lain juga, tidak lari dari kesilapan dan memang boleh ditegur. Kalau khalifah ur rasyidin pun boleh ditegur, apatah lagi ulama' yang ada. Tetapi ini tidak bermakna, kita boleh sewenang-wenang memperlecehkan mereka. Dalam isu-isu terkini dalam parti ini, sekurang-kurangnya Ustaz Daud Iraqi dan Ustaz Nik Abduh berani bercakap terangan-terangan. Bukan seperti golongan yang berkomplot secara sorok-sorok. Inilah penangan pelbagai frakas spesis anai-anai dalam parti! Ahli PAS, jangan hanyut dengan dunia. Ingat kepada Allah dan kembalilah kepada Islam sebelum bala menimpa kita.

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh dan Al Iraqi mungkin cerdik tetapi tidak bijak sebab akan berlaku lebih banyak kemusnahan berbanding menafaatnya kepada parti dan jemaah.

Tanpa Nama berkata...

Yang memecah-belahkan parti ialah mereka yang memang ASALNYA pun terpecah dari parti - fikrah lain, agenda lain tapi masuk PAS untuk melebarluaskan ideologi mereka.

Tanpa Nama berkata...

ini satu pendedahan yang berani, tapi kita minta ust m. daud iraqi berikan bukti2 untuk menyokong tuduhan ini.jika memang wujud perkara sebegini, kami minta pas tanpa mengira $iapa dan statu$ mereka yang terlibat menjatuhkan hukuman paling tinggi darjatnya.pas mesti berani melaporkan kepada sprm dan membersihkan seBERSIHnya parti agar tidak timbul lagi perkara ini.

Jangan jadi seperti kaum Yahudi yang dilaknat Allah diantaranya sebab tidak menjatuhkan hukuman terhadap kroni atau menjalankan hukuman terpilih.

kepada ust daud pula kami ahli pas bawahan menyeru sekeras-kerasnya agar segera mengemukakan bukti-bukti sekukuh mungkin untuk mendakwa, jangan nanti tindakan ini akan merugikan parti sahaja.jika beliau tidak dapat mengemukakan bukti2 kukuh, parti mesti sekeras-kerasnya menghukum beliau kerana tindakan ini tidak boleh lagi ditarik balik dan bukan perkara kecil dalam islam.