4 Ogo 2015

Soalan Untuk SPRM: Bukankah "Derma" Juga Satu Suapan?


Najib lakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 KK, kata Husam

Menjadi kesalahan bagi Datuk Seri Najib Tun Razak menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi beliau sebagai Perdana Menteri mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.



Sehubungan itu, Perdana Menteri wajib mendedahkan siapakah penderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya seperti yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barangsiapa, yang menjadi penjawat awam menerima sesuatu benda yang berharga dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya, melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?” kata bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Katanya, walaupun pengumuman SPRM itu bukan atas nama Pasukan Petugas Khas 1MDB tetapi terlepaskah Perdana Menteri daripada kesalahan jenayah dengan pendedahan hasil siasatan SPRM bahawa wang RM 2.6 billion dalam akaun peribadi beliau adalah wang penderma?

Husam menerusi kenyataan media berkata, pengumuman ini bukan sahaja gagal menutup dakwaan jenayah pecah amanah terhadap Perdana Menteri malah membuka lebih banyak ruang kekeliruan dan pertanyaan.

“Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan Perdana Menteri belum dipanggil memberikan keterangan?

“Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?


“Jika SPRM bersifat telus dalam penyiasatan dan temuannya, SPRM harus mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma dan setiap daripada mereka hendaklah disiasat apa tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan,” katanya.

Husam berkata, Najib mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia najis yang berbau kini tiada kena mengena dengan beliau.

“Apa lagi di waktu penyiasat jenayah pula ditahan dan diburu. Oleh negara atau oleh penjenayah yang diburu?” katanya.

Rafizi: Adakah SPRM langkau pasukan petugas untuk bersihkan PM?

Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma, telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Pertama, beliau berkata pasukan petugas khas yang terdiri daripada pasukan polis, SPRM dan Bank Negara, dengan Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat perundangan, telah sentiasa bertindak sebagai satu unit dalam perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

"Apakah pendirian bersama pasukan petugas, atau adakah ini hanya pendirian SPRM?" tanya beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, SPRM mengulangi beberapa kali bahawa ia tidak terlibat dalam siasatan terhadap 1MDB atau isu RM2.6 bilion kerana fokusnya hanya pada SRC International.

Sementara itu, Rafizi bertanya apakah pandangan Bank Negara memandangkan dana yang terlibat itu secara automatik akan mencetuskan 'bendera merah' berkenaan dengan pengubahan wang haram.

Rafizi berkata adalah mencurigakan bahawa kedudukan SPRM berhubung perkara itu datang sebulan selepas Najib enggan untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menerima dana tersebut.

Perkara itu pertama kali dibangkitkan oleh Wall Street Journal pada 3 Julai. Akhbar itu mendakwa penyiasat Malaysia telah mengesan hampir AS$700 juta disimpan dalam akaun Najib.

Perdana Menteri tidak menafikan ini dan sebaliknya mendakwa bahawa beliau tidak pernah menggunakan dana 1MDB untuk "kepentingan peribadi".


Rafizi berkata Najib sebelum ini mendakwa bahawa WSJ adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Sekarang, katanya, ia telah dikatakan sebagai sumbangan peribadi.

"Jika ia memang merupakan sumbangan peribadi dan Najib mempunyai dokumen untuk membuktikan selama ini, kenapa ia tidak segera tampil apabila dakwaan itu pertama kali dibuat?

"Mengapa beliau tidak segera menyaman WSJ kerana beliau dikatakan mempunyai bukti bahawa laporan mereka tidak tepat?" tegas Rafizi
-mk


The ringgit will suffer for your 'BLATANTLY STUPID' claims: Slain banker's son warns Najib on MACC 'whitewash'

News the Malaysian Anti-Corruption Commission has declared the RM2.6 billion found in Prime Minister Najib Razak's personal accounts at AmBank came from donors, and not diverted from state-owned sovereign fund 1MDB, has been met with skepticism and concern.

Investors warn such developments could only plunge the already weakened ringgit and turn the country into 'pariah' state in the eyes of the world and investing community..

"With this latest statement the rogue Mr. Najib has insulted the intelligence of his own people and all foreign observers and partners," wrote Pascal Najadi, the son of slain Ambank founder Hussain Najadi, in his Facebook page.

"The international financial markets will continue to punish the Ringgit for such blatantly stupid claims and statements. It is hurting now the economy with billions of USD reserve losses.

"Well done Mr. Najib. So much for your statement to put the country and people first. A true lie. Confirmed damaging for Malaysia."

Dead & beyond cure

Pascal believes his father was murdered due to his knowledge of massive corruption in the government.

A staunch critic of the Malaysian PM, Pascal blames the Najib administration for not doing more to carry out a neutral probe into his father's assassination.

Pascal's comments strike a chord with many Malaysians and foreign investors. Indeed, Najib' corruption scandal has taken a heavy toll on the country, demoralizing citizens and eroding the credibility of its already weak institutions.

"The dignity and professionalism of MACC is now dead and beyond cure after their statement that RM2.6 billion which was deposited into the prime minister's accounts is the contribution of donors," Opposition Member of Parliament Teo Nie Ching said in a statement.

On Monday, the ringgit hit as low as RM3.85 to the U.S. dollar, a shock plunge and technical analysts fear the Malaysian currency could free-fall to 4.00 to the greenback before the end of this year.

Reserves down, investors spooked by the government's lack of transparency, ringgit plunges to 3.85 level

According to CNBC Malaysia's currency, already under pressure from a political scandal and the oil price drop, fell nearly 1 percent on Monday.

The central bank, Bank Negara Malaysia (BNM), has been intervening in the market to support the currency, but analysts said those efforts may be stumbling.

"(The central bank) can't hold the level of the currency where it is, given that their reserves have been declining. Now maybe they're starting to throw the towel," Khoon Goh, senior foreign-exchange strategist at ANZ, told CNBC Monday, noting he hadn't expected the currency to hit the 3.85-handle until next year.

The U.S. dollar was fetching as much as 3.85 ringgit in Asian trade Monday, compared with around 3.8156 ringgit Friday, before the Malaysian currency abruptly strengthened to 3.8460 against the U.S. dollar around midday. That's still hovering around its weakest levels since 1998, during the Asian Financial Crisis, with the currency among the world's worst performing after falling around 10 percent so far this year.

"Domestic political developments are suddenly to the fore and on top of that we have (central bank) Bank Negara, which tried to hold the currency earlier in July at around the 3.80 level (against the U.S. dollar) and using up around $5 billion of their FX reserves," Goh said. "I think that reserves are probably under the psychological $100 billion mark now and I think that is starting to spook the market."

Najib's 1MDB scandal

The currency has been hit by a toxic brew of expectations the U.S. Federal Reserve will hike interest rates later this year, a development likely to spur outflows from emerging markets, as well as facing declining prices its key petroleum exports and a corruption scandal involving the prime minister.



The intervention likely has provided a lot of support to the spot exchange rate , based on the spread with the non-deliverable forwards (NDF), or a forward contract in which the parties settle the difference between the spot and contract exchange rates without actually delivering the currency.

"The NDF has moved a lot more than the spot," said Nizam Idris, head of currencies at Macquarie, noting that the one-month NDF is at 3.8720 ringgit against the dollar. "It's clear the (central bank) has been proactive in the spot market."

He'll be watching for the reserves data on Aug. 7 to see just how much the central bank has used since the previous release on July 15.

Others are also worried about the use of reserves to support the currency.

"Depleting reserves in order to protect the current level of USD/MYR could prove expensive as we head into Fed lift-off later this year," analysts at Morgan Stanley said in a note last week, noting that the country has among the lowest coverage of external liabilities in Asia.

Political crisis



CNBC also said foreigners hold nearly 49 percent of Malaysian government securities, and while foreign investers were net buyers in the second quarter, reversing those portfolio flows could easily overwhelm the country's current account surplus, it said.

Morgan Stanley also noted that oil and gas exports account for nearly 16 percent of Malaysia's gross domestic product (GDP), and the sector has been hard hit by crude prices falling below $50 a barrel again. The bank has a forecast for the U.S. dollar to fetch 4.0 ringgit.

Domestic politics are likely to continue to weigh on sentiment for the currency.

Last week, embattled Prime Minister Najib Razak announced a cabinet shuffle, including sacking Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin after he called on Najib to explain the controversy surrounding a Wall Street Journal (WSJ) report earlier this month that nearly $700 million from quasi-sovereign wealth fund One Malaysia Development Bhd. (1MDB) was deposited into the prime minister's personal bank accounts. The accusation is particularly explosive given that 1MDB is in debt to the tune of $11 billion.

The Prime Minister has denied accepting money for personal gain and is reportedly considering a defamation lawsuit against the WSJ.

"Fundamentally, the Malaysian economy is not that bad. It's just a shame that the fundamentals are being overshadowed by domestic political developments," ANZ's Goh told CNBC.
-Malaysia Chronicle








IKLAN BERBAYAR







22 ulasan:

lagu tu laa berkata...

maaflah admin!saya ni dah buntu nak komen akan ada benda2 yg aneh,ganjil,pelik2 akan berlaku kat M'sia ni.dah jadi macam cerite donggeng pula.banyak sangat akta kat M'sia ni.bila bercakap benar mempertahankan yg BENAR akan 'DIPANCUNG'dah tunggang terbalik dah.bukan penguasa2 diatas sana yg akan jadi gila,rakyat yg akan jadi gila dengan keadaan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Minta ulama pas suci mulia berilmu tinggi bagi ulasan.

Tapi kena ulasan betul, jangan Berlain/lain atau berpusing-pusing

Tanpa Nama berkata...

Tunku........Bapa Kemerdekaan Malaysia
Mahathir....Bapa Kemodenan Malaysia
Najib...........Bapa Perosak Malaysia

Tanpa Nama berkata...

demo tahu ggapo gak husam. tuang guru royat doh selagi tak dok 4 saksi kelih pitis tu najib ambek jgn pandai2 nak menuduh. lagipun mursidol am pun dak kata x logik najib nak ambik duit msk akaun sediri. redho aje la...

Tanpa Nama berkata...

BILA LAHANAT JADI KETUA , PUTIH HITAM IKUT KEPALA DEPA SAJA

BILA SUDAH KIOK BARU TAHU PUTIH HITAM TAK SAMA

Elok lah KIOK dalam hidup lahanat

Kurang sesak kat SYURGA nanti

Tanpa Nama berkata...

Bertambah hina lagi pihak ulamak yang menyokong peminpin zalim.seperti lupa dengan ayat allah dalam surah HUD ayat 113.Mungkin inilah ujian allah untuk Malaysia yang ada ulamak suk.

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh nak tahu juga siapa penderma tu, saya ni orang susah, rumah, kereta, hutang peribadi nak dibayar setiap bulan-bulan.
Anak-anak kecik sekolah lagi, bini pun nak itu ini.
Bagi tahu nama dia, saya nak minta sikit, dapat RM 12 juta pun jadilah!

Tanpa Nama berkata...

wang 2billion masuk ke akaun najib....???
najib : ciss mne ade, saya xpenah makan duit rakyat
pengampu : xlojik ..xkan la....
pengampu2 : jgn percaya tulisan yg x bertanggung jawab
Pengampu tegar : tangkap depa!!!!!
PAC : gembira kita..xbenar wang masuk ke akaun najib
SPRM : wang tu bukan rasuah...sumbangan derma....
Rakyat :: sssssssssssssss..(tarik sawan)

Tanpa Nama berkata...

Kata orang tua-tuadahulu
...siakap senohong...gelama ikan duri
bercakap bohong... lama-lama mencuri

Malaysiabaru berkata...

Apa nak kecoh lagi...

Wsj dah bcakap benar isu 2b masuk akaun

Umno pun dah mengaku masyiuuk..

Sprn kata duit halal ... Ada cop hakim lagi..

Soalnya knp org biol Arab masuk akaun peribadi bukan akaun party

Sebab itu duit rasuah yg berkaitan dgn 1mdobi... Paham !

Duit rasuah kerana gadaikan tanah negara harta negara dan maruah negara

Unknown berkata...

derma ini boleh masuk guiness book of bugis records sebagai derma yang paling banyak

Tanpa Nama berkata...

Kita telah membaca dan mendengar sendiri di mana2 saja bahawa majoriti rakyat malaysia sepakat mengatakan pm najib melakukan salah laku dalam kes kemasukkan rm 2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau yang ternyata menyalahi akta bnm.

Dengan ini rakyat bersetuju bahawa pelaku tersebut harus ditahan dan disiasat. Sebarang kelewatan pihak polis untuk mengambil tindakan dikhuatiri akan menambahkan lagi mudarat kepada negara kerana pm najib adalah perdana menteri dan menteri kewangan.

Adakah pihak polis bersetuju untuk menangkap? Adakah ada apa2 alasan atau lain2 akta yang membolehkan pm najib tidak perlu ditangkap?

Rakyat menunggu tindakan pihak polis.

Tanpa Nama berkata...

Angkara Najib semua orang jadi gila keculi orang gila.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia adalah Rakyat paling Baik di duni:



Minyak naik:Relex:
Tol naik:relex:
Ada GST :NAIK:
bINI pm:sapu duit:Rakyat relex:
Barang Naik:rakyat lagiiiiii relex:
Pm ada jet pribadi:rakyat relex:
pm dapat :billion-billion:hehehehheh...rakyat tersengihh gigi.....
Saham felda merudum:rakyat felda tersenyum sampoii...
KALAU DI INDON KLU KERAJAAN DIA NAIKKAN TOL 100RUPIAAH JERR...RAKYATNYA DEMO DIJALANRAYA DEKAT SATU JUTA ORNG DI JOGJAKARTA..............

Bila kluaq BRIM................Hancusss..lemah longlai rakyat MESIA.....
mALAYYYYYYYYYSIA ...OOOOO...TANAH AIRKU

Tanpa Nama berkata...

Iklan SPRM yang di tayang di tv, nasi lemak pun kira rasuah.

Sebab nasi lemak lah sampai boleh berlaku jenayah dan penyeludupan.

Nasi lemak sebungkus lebih bahaya kesannya dari duit 2.6 billion.

Tanpa Nama berkata...

SPRM dengan tugas SPRM.
Petugas khas dengan tugas petugas khas.

SPRM kena lah ambil tindakan seterusnya tanpa menanti sebarang arahan dari Petugas khas. Jika tidak, jangan umumkan duit tersebut ada lah dari penderma.

Memang rakyat disaji kan dengan cerita donggeng lagi mengarut. Selepas ini Petugas Khas pulak yang akan kata duit tersebut dari ibu duit. Macam-macam lah yang tidak terjangkau oleh otak manusia. Hanya Malaysia sahaja yang boleh. MALAYSIA BOLEH.

Tanpa Nama berkata...



Rakyat selain baik memang suka di tipu. Bila pemimpin UMNO kata nak tukar kerajaan guna cara demokrasi ia itu pilihanraya maka ramai yang tunggu pilihanraya.

Sementara tunggu pilihanraya, negara pun dah lingkup.

Tunggu pilihanraya, tunggu jugak. Undang-undang tetap undang-undang, kena ikut jugak. Hukuman perasuah dan tidak amanah bukan ditentukan oleh pilihanraya sebab pilihanraya untuk tukar kerajaan tidak ada kena mengena dengan pemimpin yang rasuah dan tidak amanah. Pemimpin dan kerajaan dua hal yang berbeza.

Begitu juga setiap kali tukar kabinet, kita beri peluang sedangkan kesalahan kabinet yang lepas tidak kena apa-apa sebagai pengajaran. Apalagi kesalahan yang lepas sudah tidak boleh di tutup lagi, sebaliknya menambahkan masalah. Undang-undang ada lah untuk mengatasi masalah dengan segera supaya keselamatan negara terkawal tapi dalam hal ini, undang-undang tidak terpakai.

Selain dari itu majoriti rakyat dalam proses menyesuaikan kehidupan dengan kos sara-hidup. Keadaan ini lah yang menjadi kesempatan kepada kerajaan Najib. Rakyat memang di sengajakan tersepit supaya meraka tidak menumpu kepada kepincangan pemimpin dalam soal kewangan negara.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...



Najib dapat banyak sumber kewangan. Dari harga minyak mahal, GST, 1MDB, beli tanah guna TH dan MARA, tol sehingga lah duit dari penderma.

Tapi mana pergi nya duit tersebut??

Tanpa Nama berkata...

rakyat m'sia dok nampak pm, org politik k'jaan sgt berkuasa. dia tak sedar ada kuasa mengundi di tangan dia utk jatuhkan k'jaan/pemimpin yg korup. sampai bila tak tau?

Tanpa Nama berkata...

Budak tadika boleh jawab soalan ini. Ini kerana tindakan terhadap WSJ tidak ada jawapan pada setiap hari selasa.

Tanpa Nama berkata...

Maknanya " SELAMATKAN POKET ROSMAH MANSOR " itu masih rakyat tak nampak/faham.

Tanpa Nama berkata...

Hentam saja