14 Mei 2009

Nizar vs Zambry : Dimana Pemimpin Pakatan Rakyat ?

Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.

Dalam aku dok kata… ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.

Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.

Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.

Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR… tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak… malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar sendirian.

Haji Hadi pun serupa. Takat bersuara kat masjid Rusila.


Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?

Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?

Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?

Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu… pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?

dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk di Kelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?

DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul… dia Menteri Besar.. tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh.. tapi kalau Ahmad Awang kata… ”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.

PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?

Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang.. orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti.. baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.

Sekurang-kurangnya.. orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?

Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak… kalau lingkup pun memang patut.

Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.

Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.

Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.

Nak harap sapa lagi?

Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.

Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak.. rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.

Jangan salahkan rakyat Perak.. sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan.. Anwar dan Hj. Hadi gagal. -perakexpress

6 ulasan:

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

biarlah org dr PERAK sendiri yg setelkan
bila pegi PERAK aritu kena tahan polis, yg duduk k.l pon kena tangkap hehe

lagi banyak campur tangan, lagi menambahkan kekalutan

Ustaz Ahmad Awang bukannya org yg gila glamore nak masuk surat khabar, selalu juga nampak dgn Nizar tetapi ialah kadang2 tu mungkin terlepas pandang sebab Ahmad Awang bukannya Adun ataupon wakil rakyat, takkan nak terhegeh2 join sama masuk paper

pasal PKR tu, tak tahu nak komen
ramai yg sekarang sudah berbelah bg dengan PKR ni

dan semoga jika sesuatu berlaku kepada PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama

Tanpa Nama berkata...

Aku berpendapat ini bukan masanya dok tuding menuding, tuduh menudoh sesama kita- nak lawan dgn iblis@ setan@hantu ni mesti banyak bersabar...Keluarnya 2 EKOR katak dari Pakatan satu "blessing in disguise" , apelah guna toxin ibarat menyahkan toxin dari badan. Yang penting kita Pakatan bersatu hati, duduk fikir cara terbaik supaya kemeluatan dan kemelut in berakhir. Insyallah...Anyway, terima kasih Greenboc kerana memberi komen membina, tu sebab pemimpin2 PAKATAN bertemu ari ni, doa dapat mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah ni

Umar berkata...

Perakexpress,

Apa yang anda katakan seperti diatas, ada benarnya bahawa pemimpin peringkat tertinggi dari parti PKR dan PAS dilihat tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Dalam kekalutan yang bertambah teruk dari sehari kesehari membuatkan kita merasa lemas dan hampir kepada putus harapan. Inilah dinamakan perang saraf. Tekenan demi tekanan yang dilakukan oleh UMNO-BN adalah untuk melemahkan pemikiran rakyat jati negeri Perak.

Dan mereka (BN) percaya tidak lama lagi rampasan kuasa yang mereka lakukan itu akan diiktiraf sebagai halal tanpa apa-apa syarat dan tiada pilihanraya. Mereka yakin pekara itu akan berpihak pada mereka kerana kesemua saluran mendapat keadilan telah mereka sekat.

Saudara perakexpress, bukan anda saja yang tertanya-tanya kemana perginya pemimpin tertinggi PAS dan PKR dalam kemelut politik Perak, malah seluruh rakyat yang memahami kemelut itu bertanya seperti anda.

Pada pandangan saya, Datok Seri Mohd. Najib serta kuncu-kuncunya sememangnya sedang menanti kedatangan pemimpin tertinggi parti PAS, DAP dan PKR datang kenegeri Perak dan berkokok disana seperti ayam jantan. Mereka juga mengharapkan agar pemimpin peringkat tertinggi parti tunjuk jagoh dan bikin sibuk dalam kemelut itu.

Apabila pekara seperti itu terjadi maka mudahlah mereka melakukan operasi lalang seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dizaman pemerintahannya dulu. Jika rakyat masuk campur dan bertindak mereka akan umumkan darurat... pekara inilah yang mereka tunggukan. Lupakah kita bahawa mantan perdana menteri tua ini adalah penasihat utama Mohd. Najib Razak...?

Mahukan kita melihat pemimpin kita ditangkap dan disimpan dalam akta "ISA"....? Akibatnya nanti ahli parti akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu. Ketika itu kerajaan BN akan bertindak lebih zalim terhadap rakyat dalam konsep "pecah dan perintah".

Sebenarnya kemelut politik negeri Perak walaupun dilihat kritikal tapi masih ditahap sederhana. Dan ianya boleh dianggap sebagai permaianan bola sepak "kalah mati". Semua rakyat jati perak dan pemimpin parti Pakatan Rakyat tidak perlu rasa cemas, takut dan putus harapan diatas apa yang dilakukan oleh puak UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Perak.

Sebenarnya UMNO-BN yang merasa amat cemas dan takut kerana harta karun yang mereka curi dari rakyat ada tersimpan didalamnya. Cuma rakyat saja yang tidak tahu.

Ketika ini kita melihat kekuatan UMNO-BN terletak hanya pada polis dan mahkamah. Mereka menggunakan polis untuk berlaku zalim, dan mereka menggunakan mahkamah untuk memutarbelitkan fakta yang haram jadi halal. Dalam persoalan ini apakah penyokong dan ahli parti Pakatan Rakyat telah kehabisan idea untuk melawan mereka...?

Untuk mendapatkan idea baru sebagai orang islam kita perlu bermunajat pada "Allah" disertakan dengan perbincangan sulit dengan ahli berkaitan dengan analisa, strategi, tindakan dan risiko terhadap parti lawan.

Kita tidak perlu mengharapkan sangat tentang pembubaran DUN, tapi kita mesti belajar dan faham bagaimana bermain politik dengan Barisan Nasional. Dan negeri Perak adalah tempat kita mengaji dan mengkaji.

Kita percaya ketiadaan pemimpin tertinggi parti bukan bererti mereka tidak peduli langsung atas apa yang berlaku dalam Negeri Perak. Mereka tetap bersama kita, cuma orang yang berhak seperti MB Perak Mohd. Nizar serta exconya perlu tampilkan diri selalu dihadapan rakyat agar simpati rakyat akan bertambah.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Umar atas input saudara. Kadangkala emosi merugikan kita dan kita tidak lagi dapat berfikir dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

Umar ni cakap berbelit.

1) suruh yakin dan munajat kepada Allah
2) Takut pemimpin di ISA

Kedua-dua di atas berkonflik.

Kalau takut ISA, tak payah join parti pembangkang, umar boleh sign masuk UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Berkonflik kah? Bukankah kenyataan?