14 Mei 2009

Nizar Zambry : Mahathir Dedah Sikap Hipokritnya

Jika sebelum ini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan langkah merampas kuasa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai satu tindakan yang gopoh dan menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan, tetapi hari ini Mahathir menyarankan pula supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sikap hipokrisi darjah tertinggi Mahathir itu jelas apabila beliau mengakui bahawa BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil. Namun ramai berpendapat kenyataan Mahathir itu adalah lantaran kecewanya apabila rakyat telah menolak UMNO/BN di Bukit Gantang llu dimana beliau telah turut turun padang untuk berkempen bagipihak BN tetapi masih kalah juga.

Kini beliau senada dengan Najib apabila mendakwa pilihanraya kecil sebagai sesuatu yang membazir.

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :))
Bangang the bangang!!! che....che....chedet!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat, orang tua dah nak mampus tapi tak sedar diri lagi. Bateri yang digunakan untuk jantung dia tu makin lama makin kurang power. Tapi masih tak sedar lagi. Tak payah sibuklah dengan politik lagi. Duduklah lama sikit kat atas sejadah dan buatlah apa yang patut.Dakwahlah sikit kat bini yabg dah kecut tu, tutup-tutuplah kepala yang botak tu, esok lusa dah nal "GOLLLLLLLLLLLLLL"