29 Ogo 2012

TGNA Kepada Fathul Bari: Mari Bersemuka Dengan Saya, Tak Perlu Bersurat-surat!

Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. -SH





Ulasan GB

Adalah terlebih baik bagi ulamak muda UMNO itu menemui Tun Mahathir dan Najib Razak supaya dapat memberitahu kedua-dua pemimpin UMNO itu mengenau hudud dan undang-undang Islam.

Ini kerana kedua-dua tokoh utama itu selama ini menentang perlaksanaan hudud di negara ini dengan pelbagai dalih.






Apa pasal sibuk-sibuk menulis surat kepada TGNA untuk membincangkan hudud sedangkan UMNO sendiri penentang utama hudud?

17 ulasan:

samad berkata...

hang nk bincang apa? saja nk timbul isu..
dah x dak bahan ke apa 'alamak' ni?

meluat aku tengok Patu Bari ni!!!

Putu Bari berkata...

Biasa laa orang muda... yang penting publisiti nak kena cari juga kalau tidak macammana nak famous macamana nak cari makan, budak setahun jagung la katakan. Hang pi jumpa Tok Guru tu baru hang dapat maklumat yang betoi langit tu tinggi mana dan laut tu dalam mana....

Roza berkata...

Fathul bari akan beri tahu Tok Guru bahawa sebab Karpal lah yang menghalang hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.Bukan Umno.Umno sudah bermati-matian menegakkan hukum Islam sampai tudung bini pun habis terlondeh!!!

acop Melaka/Phg berkata...

bijaknya jwpan TGNA tu...padan muka budak hingus umno tu..leh u jd imam utk rahim tamby..isa samad.. sayfool. umi hafilda.. zulkulum.. brahim katak..ezam kotak..hassan aqidahkononnya.. yg lambat masuk baris u adalah nashrudin tu, dia leka bersama naj.. td

Awanama berkata...

ciannnnn sifathul bahlul tak kena layan terhegeh hegeh mcm kerang busuk....muka tak tau malu...hahahahaha.

Awanama berkata...

bincang isu hudud baru ke?dah hampir 1500 tahun akta tu diguna pakai/dilaksana,bermaksud tinggal buat saja sbb ia telah digubal oleh Tuan Punya Alam..serta dicatatkan secara bertulis serta disimpan oleh berjuta penghafalnya.

Salah satu cara untuk menghilangkan akta yg tersimpan diotak ini adalah dgn memncucinya dgn peluntur alkohol (p/s: bukan alkohol cuci tape,tandas etc),tapi alkohol semulajadi spt chivas & jack D.bagi yg lemah semangat,sila cuba dgn air malt berjenama mcm nama philipine kwn aku 'miguel' ..

Rosli berkata...

Ustaz Fatul Bari, Gi jumpa bos awak, nasihat dia dulu, Hudud wajib, bukan rekaan manusia yg boleh pinda2, Kami jemaah PAS ikhtiar supaya HUDUH dilaksanakan, bukan boleh runding2 dan awak x perlu jumpa TGNA. Setakat nak cari makan kat dunia dan publisiti, janganlah jual agama dengan nilai yg murah

Andre Irwan berkata...

Inilah sikap orang buta nak ajar orang celik cara berjalan. Dia sepatutnya ajar Tok Jib dan Che Det dulu. Tarbiah depa terutama Che Det tentang Rukun Iman. Dia dah tak tahu nak membeza antara syaitan dan malaikat. Ajar dia dan minta dia ulangkaji balik.
Lepas tu, baru ajar dia tentang hukum-hukum yang ada dalam Islam. La ni fahamlah saya kenapa Che Det tak sokong Hudud ni, rukun iman pun dia belum belajar habis. Entah-entah .....
Jadi saya sarankan pada Fathu Bari, kalau hang sayang akan geng UMNO, hang sepatutnya tarbiah depa dulu supaya depa boleh masuk syurga seperti mana TGNA dok ajar pada orang Melayu yang dia sayangi. Dalam Islam, kita harus perbaiki (tarbiah) "keluarga" kita dulu sebelum kita perbaiki "keluarga" orang lain. Kalaulah semua manusia Islam dan bukan Islam bertindak dan berbuat sedemikian, sudah tentu selamat kita semua, insyaallah.
Ingat saya akan kata-kata Aziz HMI, cermin-cerminlah diri dulu pada setiap pagi.

Awanama berkata...

Nak dapat publisiti, biar najib tenguk dia ada buat kerja..nak d calun brtanding dlm PRU 13 kena la tunjuk wat kerja brlawan dgn PR...Bila Najib,Mahathir dan MCA tentang HUDUD dia diam je....jgn lah nak gunakn agama atas kpentingan politik dan diri..

Awanama berkata...

futhul.. hang pi habaq kat najib, mahathir dan pimpinan UMNU YG PERTAMA HARAM ATAU TUTUP DULU YG DOK ATAS BUKIT GENTING, LEPAS TU TUTUP TOTO, 4D, DA MA CAI, Dan tolong nasihatkan menteri agama mcm mana agihan wang zakat, nasihatkan menteri wanita tentang menjaga aurat, lepas selesai semua ajak org PAS yg pada penglihatan awak mereka tak berapa islamik, berbincang baru lah last sekali jumpa tnguru Nik Aziz sebab dia Mursyidul Am, bincang yg bawah bawah dulu, debat dgn nasaruddin tantawi pun asyik buat contoh..contoh.. bila yg betul nya. cermin muka lah dulu.

Awanama berkata...

Diharapkan diadakan muzakarah secara ilmiah dengan disiarkan secara langsung majlis ini ,supaya ianya dapat dilihat oleh seluruh rakyat malaysia .

Awanama berkata...

Budak hingusan Fatul Bari ni kalau ikut orang Inggeris: Not fit to clean TGNA"s shoes.Dia ulamak jenis apa? Koran mana yang dibaca? Kalau dia baca Al Quran takkan tak jumpa bab Hudud dan Qisas.Sah nak cari publicity murah.

Awanama berkata...

Alahai ularmak umno ni..debat pun kalah nk ajor TGNA pulak..g main jauh2 la klu stakat nk tmbh perasa pd knytaan bos ko tu..ape ulasan ko pasai knytaan madey..senyp bisu..jd batu ke

Awanama berkata...

Ular dalam semak patut tegur Rosmah dulu

Awanama berkata...

Jemput Fathul Bari hadir kuliah TGNA dan Us Azhar Idrus

Awanama berkata...

Sebenar benar nya, mmg dah lama nak bincng secara professional dgn Nik Aziz tapi masa tu x ada calon, yg ada calonnya Fathul Bari tapi masih baby lag masa tu..kena lah tunggu dia dewasa...

Awanama berkata...

macam mana nak hadir kuliah TGNA AND UAI,
'spatu bari' ni abang long wahhabi dalam malaysia nieh, mana sanggup dia nk dengar kuliah UAI N TGNA. kalo kuliah feqah UAI(USTAZ AZHAR IDRUS) pun dia dok komen mcm2, komplen sana, komplen sini, itu xbetul,ini biadap..mcm mana nk g dengar kuliah TGNA? TGNA ajar feqah, usuluddin dan tasawuf.. lagi kental komplen dia aku rasa..lgpun wahhabi ni tentang tasawuf..bg diorang tasawuf ni bidaah.. dan setiap bidaah itu sesat..
lantak ko la patul bari.. baru belajar agama 2 ari abes porak peranda malaysia..semua orang xbetul.dia je yg betul,dia jer yang berhemah dlm mengajar..pooraahh. sepanjang ceramah yg patul barini ngajar,, bg aku lgsung xde manfaat. tiap patah dia aku perhatikan..smua sia2. bro kalo lu ckap ttg agama, tp orang xleh nk pegang pada aty..smua tu sia2 bro.