23 Jul 2012

[VIDEO] Selangor Digesa Beli SYABAS

Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan ‘krisis air’ yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimie Shafie mendakwa syarikat itu cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.

“Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk -burukkan kerajaan negeri,” katanya di hadapan kira-kira 100 demonstran yang berkumpul di Wisma Rozali di sini tengah hari tadi.

Mereka yang berkumpul sejak jam 12.00 tengah hari bergerak ke pintu utama Wisma berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap cadangan Syabas untuk mencatu air di beberapa kawasan di Selangor.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail melalui Pengarah Eksekutif Pengurusan dan Sumber Manusia, Ismail Hashim.

Demonstrasi yang diadakan pada hari ketiga Ramadhan ini dianjurkan bersama AMK Selangor dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.

Selain Shuhaimie, mereka yang turut serta bagi menyerahkan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamarudin; Naib Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu. -FMT

Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS

Sekumpulan lebih 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.

Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.

"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.

Lima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.

Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.

Memorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.

Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.

"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.

"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik.
-mk






13 ulasan:

puspawangi berkata...

nak tanya kalau kerajaan selangor beli SYABAS, duitnya bayar kat sapa?? Rozali Ismail kah?? cuba bei penjelasan sikit tentang hal tu..ambitial

Tanpa Nama berkata...

puspawangi,

sila rujuk sini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Bekalan_Air_Selangor

ahmadyani berkata...

Dakwaan yang ada kebenarannya.

Harry berkata...

cadangan yang bagus. Senang sket nk handle kalau ada masalah.

Tanpa Nama berkata...

Itulah kerja UMNO; sabotaj dan memburukkan pihak lawan.

Tanpa Nama berkata...

Tak Yah beli.
Nanti dapat FOC
Lepas PRU-13
Depa tahu lah apa akan jadi

Tanpa Nama berkata...

lepas satu satu nak mendajal.. Selangor mencurah2 hujan tu... macam mana air boleh tak de.. Buat lah perancangan dajal macam mana pun. Semoga Allah merahmati dan memberkati negeri Darul Ehsan ini. Amin.

Tanpa Nama berkata...

BN sengaja nak menghukum rakyat Selangor.Sekaranglah masanya nak ugut supaya rakyat benci dng PR. Kelantan dinafikan hak royalti.Rakyat Ktan terus istiqamah menolak kjaan zalim.

Tanpa Nama berkata...

UMNO tiada wang nak labur di Selangor, jadi arah SYABAS buat projek untuk poket menteri UMNO...

Tanpa Nama berkata...

makin nampak jelas UMNO jadi dalang sabotaj bekalan air diSelangor supaya kerajaan negeri selangor dipersalahkan

Tanpa Nama berkata...

TPM sengaja sabotaj rakyat selangor macam isu PTPTN di UNISEL

Tanpa Nama berkata...

jelas rakyat perlu serah Putrajaya kepada Pakatan, kerana BN hanya sabotaj bukan nak bantu rakyat

Tanpa Nama berkata...

langkah bijak HIJAU KEPUTRAJAYA kerana musuh rakyat sebenar ialah BN di Putrajaya