18 Okt 2011

HIMPUN: PAS Pusat Belum Buat Keputusan, Pemuda PAS Pula Sudah Umum Sertainya

Pemuda sokong sertai Himpunan Sejuta Umat, pendirian PAS malam ini

Sementara PAS Pusat hanya akan mengadakan mesyuarat khas malam ini membincangkan penyertaan dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun), sayap pemuda itu menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.

Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Nasrudin menambah, “semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah.”

“Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua NGO Islam yang terlibat.

“Kami Pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita-cita perjuangan Islam dan mempertahankan akidahnya di bumi bertuah ini,” katanya lagi.

Menurut Nasrudin, Himpun hasil gabungan besar yang mencecah 1,000 NGO Muslim adalah julung kali dianjurkan di negara ini, bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam.

Semalam, PAS Selangor berkata akan hanya menyokong Himpunan Sejuta Umat jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Dr Rani, yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.

“Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain,” kata beliau dipetik laporan media. -TMI

Ulasan GB

Pendirian Pemuda PAS semakin pelik. Setiap kali sesuatu isu timbul, Pemuda PAS akan terburu-buru membuat pendirian sekalipun PAS Pusat belum pun memberikan lampu hijau atau membuat kata putus mengenainya.

Sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS itu tidak mengikut kaedah 'Amal Jamaiyy' dan bertentangan dengan Fiqh al-Harakah.

Mana mungkin anda boleh mmbuat dan menentukan keputusan sebelum PAS Pusat mengizinkannya? Sekalipun ada kemungkinan PAS Pusat akan membuat keputusan malam ini membenarkan ahli PAS menyertainya, Pemuda PAS tetap bersalah kerana telah melanggar adab dan akhlak tanzim. Kekalahan Perang Uhud tidak dijadikan pelajaran.

Seperkara lagi, Himpunan Sejuta Umat tidak boleh samasekali disamakan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Himpunan Sejuta Umat ada motif tersirat disebaliknya. Permit polis begitu mudah diperolehi. Sedangkan permit Bersih dulu tidak diberikan. Mengapa? Tidak mungkin polis boleh memberi permit begitu mudah kepada Himpunan Sejuta Umat jika ia tidak memberikan apa-apa menafaat kepada pihak tertentu. Hanya jauhari mengenal mutu manikam!

Pergilah berarak bersama-sama UMNO, Perkasa, Zul Noordin dan sekalian watak-watak yang menentang PAS selama ini.

Apakah PAS bakal terperangkap lagi dengan kebodohan Pemuda PAS seperti isu kenyataan Hassan Ali menyokong tindakan JAIS dan kes Hantu Bonceng?

GB teringat kata-kata Presiden PAS satu ketika dulu: "Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka."

Di dalam isu murtad, kristianisasi dan seumpamanya GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

.... "kemenangan" Islam ke atas agama lain ialah "hujjah". Bukan kerana tekanan, bukan disebabkan tunjuk perasaan, bukan dengan demonstrasi, bukan juga dengan undang-undang.

Di dalam Hikayat Munsyi Abdullah, dikisahkan bahawa Munssyi pernah diasuh untuk mempelajari BIBLE, malah beliau merupakan penterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu.

Sewaktu beliau diajak untuk memeluk ugama Kristian oleh padri yang menyayanginya ketika itu, beliau menjawab, "Cikgu membaca satu kitab iaitu Bible, saya membaca dua kitab iaitu Al-Quran dan Bible. Tentulah saya lebih tahu ugama mana yang betul dan yang perlu saya ikuti." Maka terdiamlah padri yang menjadi cikgunya pada ketika itu.

Beliau mengkisahkan bahawa beliau menterjemahkan Bible itu ke dalam Bahasa Melayu supaya kita dapat mengetahui ilmu Kristian dan kemudian mudah untuk berhujjah dan menjadi benteng keimanan kita sendiri. Sama seperti apabila kita mempunyai mengetahui "ilmu" musuh di dalam peperangan, maka mudahlah untuk kita memenangi peperangan itu.

Masalahnya kini, ialah umat Islam sendiri MALAS untuk membaca Al-Quran dan akhirnya menjadi "takut" dengan Bible. Malah pegangan agama Islam sendiri longlai dan layu, jauh sekali untuk dapat berhujjah dengan pegangan agama lain.

Malah memahami konsep ketuhanan Yang Maha Esa pun ramai umat Islam yang gagal, maka dengan sebab itu ramai umat Islam sendiri melakukan kerja syirik seperti menggunakan tangkal, menyembah keris, bertafakkur di tugu dan seumpamanya.

Ulamak-ulamak terdahulu dengan penuh jerih payah menghasilkan kitab-kitab peningkatan iman dengan cara mempertajamkan akal fikiran supaya mampu berhujjah - dengan lahirnya ilmu kalam - ilmu yang perlukan kepada berkata-kata dan berhujjah - tetapi kini berapa peratuskah umat Islam yang ada mempelajari dan memilikinya?

Pernah Rasulullah SAW bersabda bahawa bilangan umat Islam kita di akhir zaman amat ramai laksana buih di lautan. Apa ertinya buih? Ditiup terus hilang - tidak ada kekuatan. Kuantitinya banyak, kualitinya hancus....


45 ulasan:

Waris berkata...

Mangkuk hayun ni memang bebal tak tahu nak berpolitik. Berhenti saja jadi ahli politik. Jadi ustaz sepenuh masa lebih baik. Mudah sangat terperangkap dalam permainan umno.

Mohon pas tukarkan ketua pemudanya yang sungguh bebal dalam ilmu politik. Umno pukul gendang, mangkuk ni yang terlebih-lebih menari sedangkan zul nordin dan brahim ali pun belum start menari lagi.

Bodoh sungguh...

Tanpa Nama berkata...

Pemuda mudah terperangkap,tak faham apanya politik, kesian.

Tanpa Nama berkata...

apabila si bahalol bodoh dan baghal di lantik menjadi pemimpin sesuatu kaum, maka runtuh lah segala amal kebajikan kaum tersebut akibat ke jahilan mereka dan pemimpin mereka. maka tiada hairan lah bila masa kaum jahil tersebut di timpa malapetaka dan binasa dalam ke hinaan. mereka mereka itu lah dalam kerugian.

di harapkan ahli ahli PAS dapat menjadi manusia ber otak dan menguna kan otak mereka dengan optima.

Tanpa Nama berkata...

hambat jer pemuda pas ni masuk umno habis cerita. geram betol aku si bebal ni.

dia lupa kes perang Siffin. Musuh sanggup junjung Al-Quran nak kalahkan khalifah.

Zuones berkata...

Sudah hilang intergriti.. pemuda semakin hilang haluan.. sudah sampai masanya Pemuda PAS menolak kepimpinan yang selalu mendahului keputusan kepimpinan

Tanpa Nama berkata...

mana tak nya nak tahu berhujah .... kat universiti kan dikhabarkan bahawa belajar ilmu kalam itu HARAM ... malah yang ukut sunnah kat universiti tu pun masih berpenderian bahawa mempelajari dan beramal dengan ilmu nkalam ityu haram ..

Suatu pandangan dan pendapat yang tak mengenal hakikat ilmu kalam ...

Tanpa Nama berkata...

kerja umno,,,i,,bodo punya ketua,,ngo kepala bapak apa,,dulu d kedah buat demontrasi harga padi,dlm mensyuarat ustaz fadzil noor larang tk bg pergi,,katanya keja umno..last sekali org pas kena cekup,,masalah menesia ni tk belajar sejarah..nak bepolitik tk reti...mangkuk hayun la,,,hentam sama dia gb

Tanpa Nama berkata...

Pada aku PAS tidak wajar menghadiri himpunan itu kerana secara terang-terangan golongan itu juga yang menentang hudud. Jika menentang 1 huruf di dalam Al-Quran sudah dianggap murtad, bagaimana jika mereka menentang dan memperlecehkan hukum dari Al-Quran.

Sebagai alternatif, saya lebih meyakini jika PAS pada hari yang sama menganjur 'Himpunan Menentang Murtad Menegak Hudud' tetapi di tempat lain, dan mengajak ngo-ngo Islam yang lain untuk turut serta bersama.

Pasal Ketua Pemuda tu, dia ni memang pelik sikit... dia ni dulu ada juga bau-bau 'Unity Government', tapi lantaklah dia dok buat kerja-kerja pelik tu bukan siapa yang rugi... dia sorang je... tak lama lagi hanyutlah dia tu. Terus terang aku katakan dia ni tak berkarisma untuk memimpin pemuda berbanding ketua pemuda era-era Mahathir, tapi sebab pemuda-pemuda lebih layak enggan memikul tanggungjawab, maka dia yang sanggup menggalasnya maka jadilah sedikit sebanyak macam badut dalam pemuda PAS.

Tanpa Nama berkata...

hassan tantawi ni elok sgt kalau jadi tok siah masjid. kalut memanjang. cempeqa...

hussin berkata...

saya setuju dengan pandangan gb serta pemberi2 komen di atas. tantawi ni memang jenis benak politik. dia tak leh kenal siapa ngo islam tu dan siapa di belakang mereka. dia asyik nak lompat je atas papan catur umno, dari dulu!

pemuda pas tunggu apa lagi. dulu masa pertahan jawatan dikencingnya suhaizan. layakkah jadi pemimpin? kualiti politik langsung tak ada.

bab lebih dulu dari pusat ni pun kena perhati juga. bau2 unity tu masih ada. nak berdepan pru 13, hak umno umpan tu lah sangat diminati, bila nak belajar?

himpun 1 juta, 10 juta lari dari pas? perangkap umno. hoi! belajarlah sikit, dah masuk dua term takkan tak faham lagi? go fly kite la...

Tanpa Nama berkata...

salam..saya penyokong pas..bukan kerana pas adalah pas..tp kerana pas memperjuangkan Islam..saya bukan ahli PAS tp saya adalah rakyat biasa yang memerhati..

cuma sy xfaham kenapa benda HIMPUN ni menjadi isu.saya sokong HIMPUN sbb saya rasa HIMPUN adalah wadah terbaik utk menunjukkan kpd rakyat malaysia am nya dan non muslim khas nya yang umat islam boleh bersatu atas nama AKIDAH,wpun berbeza politik!

saya setuju dgn penganjur HIMPUN xkira lah dari kjaan pusat, kjaan PAS ataupun NGO..niat mereka murni nak satukan umat islam,dan knp pemuda PAS dikutuk habis2 an?? adakah kerana mereka ada tendency utk 'unity government?"!ada masalah ke dgn bersatu padu???dlm al-quran pun kita diseru utk bersatu padu..krn perpecahan lah umat islam lemah!!org non muslim gelak je dgn aksi org islam..

jika pun kita m'anggap org umno(yang mana melayu islam mcm kita) ni sangat teruk, tp xkan lah bila mereka cuba nak jadi baik dan 'insaf' pun kita masih menghukum mereka??siapakah kita nak hukum manusia lain?adakah kita terlampau 'beriman' dan 'alim' sehingga kita tak boleh bekerjasama dgn org yg xsependapat dgn kita demi AKIDAH umat islam???lgpun byk juga NGO2 islam yg lain terlibat..

tolonglah demi umat islam,abaikan sikap berpuak2 mcm ni...saya skong PAS ats dasar parti yg nak kan islam..tp islam xnak akan pergaduhan antara umat islam sebegini...dan klu pas xjoin HIMPUN ni, lagi lah nmpk PAS mmg xakan bersatu dgn pertubuhan islam yg lain..and apa yg pemuda PAS buat adalah betol dgn menyertai dan saya dgn bangganya memberitahu rakan2 sy yg PAS juga turut serta..tapi mungkin silap pemuda PAS adalah kerana tidak berbincang dahulu dgn PUSAT dsb..mmg itu silap..tp atas usaha mereka yg ingin bersatu padu dgn jemaah islam yg lain,adakah itu salah??

jika BERSIH PAS beriya2 join, di mana penganjur nya adalh non-muslim india, tetapi perhimpunan yg ada permit dan dihadiri oleh mereka2 yg nak perjuangkan islam, xnak hadiri, maka harus direfleks semula, apakah niat dan moto pas sebenar..adakah kerana semata-mata nk ambil hati rakan2 non muslim kita join BERSIH sedangkan perkara akidah adalah lebih serius.

sekali lagi saya nak tekankan bahawa sy bukan penyokong umno, infact sy penyokong PAS,tapi sy lebih taat pada Islam dan bukan PAS..

Tanpa Nama berkata...

Tengok je muka dah bole baca, dia tu berjuang bukan ikhlas kerana islam, tapi nak tunjuk hero supaya nama naik, jadi ada peluang dipilih ke jawatan lebih tinggi. Kalau zaman nabi saw dah kena penggal kepala dia!

Tanpa Nama berkata...

Anon 2:43, aku lebih rela bersatu padu dngan orang kafir daripada bersatu padu dengan munafiq macam zul nordin. Orang kafir walaupun makan babi tapi lebih mulia daripada munafiq macam umno dan zul nordin. Sampai bila orang Islam nak jadi bangang??????

Tanpa Nama berkata...

ok la gua malas nak komen lelebih sangat.. cumenye mamat nih dah macam pemuda dalam surah Al Kahfi tu. Cumenye pemuda2 tu lari dari pemimpin yg zalim, lalu ditidurkan Allah. La ni yg sekor nih Orang dok heboh heboh isu sejarah, die tido..... orang dok kecoh isu Jais, die tido.... orang dok bincang isu bajet, die pengsan..... Hadooiii hai!! Ape punye tuurr la..

man pokken

Tanpa Nama berkata...

Walaupun dlm Pemuda PAS skrg ada anak Nik Aziz dan anak Hj Hadi, namun pergerakan pemuda pas sudah hilang kredibiliti.

Pemuda PAS kini menjadi liabiliti kepada parti.

Tanpa Nama berkata...

Salam anon 2:43pm

Aku jugak tak menjadi ahli mana² parti politik. Tapi aku sokong PAS / PR sebab nak menentang Umno/BN yang zalim dan tolak Islam.
Apa guna himpuna sejuta umat yg takda hala tuju. Nak buat gempak himpun je wat pe

Tanpa Nama berkata...

anon 2:43 menulis
".tapi mungkin silap pemuda PAS adalah kerana tidak berbincang dahulu dgn PUSAT dsb..mmg itu silap..tp atas usaha mereka yg ingin bersatu padu dgn jemaah islam yg lain,adakah itu salah??"

Yang salah tetap salah. tak ikut kata PAS Pusat bererti mengkhianati syura dan mengkhianati jemaah walaupun apa pun alasan kecuali kalau disuruh melakukan maksiat seperti hadith Nabi saw.

"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yg maksiat kepad Allah".

Tanpa Nama berkata...

Pemuda jangan jadi bodoh.. baca apa TGNA punya comment. Dulukan hudud!

Tanpa Nama berkata...

daripada HIMPUN sejuta umat dengan matalamat mempertahankan akidah apakata sekiranya diadakan HIPUN dengan tujuan mendesak pehak pemerintah laksanakan undang2 islam kerana dalam undang2 islam itu sendiri ada undang2 murtad.

hussein berkata...

Sokong sangar Waris.Malang sangat Pemuda PAS dapat ketua macam bahalol ni.Tak ada satu kerja yang dibuat boleh dibaggakan sejak jadi Ketua Pemuda.Buka mulut aje selalu kena hentam.Nak harapkan anak TGNA dan anak TGHA lagi teruk.Kedua-dua mangkok tu penyokong kuat UG.Tantawi memang akur dengan 2 orang mangkok hayun tu sebab itu buat kenyataan awal sebelum diputuskan oleh PAS Pusat.Himpunan 1 juta tu adalah mainan UMNO.Kalau ada dalam PAS yang masih tak faham,lebih baik tinggalkan PAS dan masuk UMNO.

Tanpa Nama berkata...

anon 2:43 dia tak faham, bahawa kebanyakkan mereka yang menganjur HIMPUN tu bukan ikhlas. Mereka bertindak untuk UMNO, nak mengena PAS jika PAS tak menyokong mereka. Hakikatnya di sini sahaja - mereka menentang murtad, tetapi pada masa yang sama mereka menentang Hudud. Mana mungkin orang murtad kerana menentang hukum yang termaktub di dalam Al-Quran nak berjuang menentang murtad kerana keluar agama. Dengan kata lain "Orang murtad menentang murtad" - gila gamaknya puak-puak tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam, harap dapat ganti cepat jenis ketua pemuda pas macam ni tak layak menjelaskan Islam dan melunakkan Islam pada mereka-mereka yang bukan Islam dan kurang faham Islam. Jangan senang tertipu muslihat dan buang masa berdakwah dengan puak-puak m.....k tu. Hukum hudud tak pula nak ajak himpun sejuta umat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau polis kata boleh buat perhimpunan....PASTI NYA PROJEK NI UMNO PUNYA.

HOI ORANG2 MELAYU...APA YANG RISAU KAN SANGAT BAB MURTAD NI....YANG TERANG2 DEPAN BATANG HIDUNG HAMPA "BERSEPAH ORANG2 MELAYU YANG LAWAN PERINTAH ALLAH...DARI PERDANA MENTERI, JABATAN2 KERAJAAN,TERMASUK JABATAN AGAMA, MEDIA2, MUFTI, POLIS, PROFESSOR,CIKGU2,PENYIAGA, USTAZ2, SUAMI2, ISTERI2, ANAK2, MUDA-MUDI....SAMPAI KAN ORANG TUA YANG DAH NAK KE KUBUR PUN TERLIBAT DENGAN SEGALA KEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN MENENTANG ALLAH...DI MULUT DAN PERAYAAN SAJA YANG NAMPAK ISLAM....PODAH MELAYU..BANGSA MUNAFIQ"

Waris berkata...

Apalah nasib bangsa ku. Ingatkan pemimpin dan penyokong umno je yang bebal. Rupa-rupanya pemimpin dan penyokong pas juga bebal.

Aku tak nak mempersoalkan agama mereka kerana umno dan pas sama-sama Islam. Adakah kerana mereka ini melayu?

Adakah karier sebagai ahli politik ni karier untuk orang-orang yang gagal dalam hidup? Serupa macam karier sebagai pegawai polis.

Kalau pendidikan cemerlang tak ada siapa pilih nak jadi polis. Sebab tu kebanyakan polis boleh diketegorikan bangang. Kalau bijak mereka tak ingin pun nak jadi polis.

Tak pernah masa sekolah dulu ada yang megatakan cita-cita nak jadi polis atau ahli politik. Sebabnya ialah kedua-dua kerjaya ini adalah kerjaya untuk manusia yang gagal dalam hidup.

Nak jadi pemimpin melayu mesti BANGANG ke?

Tanpa Nama berkata...

kalau bertanding pilihanraya, Nasruddin ni dan grup pemudanya sah akan kalah.

memang x layak lansung jadi pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

bodoh betol tantawi neh.

Tanpa Nama berkata...

dia hanya wala kepada hassan putu mayung agaknya gb,...

meceng berkata...

kalau PAS benarkan ahli2 ikut serta dalam HIMPUN, aku rasa biarkan saja kumpulan UG yang diketuai oleh Abu Bakar Chik dan Hassan Ali yang pergi. biar mereka melalak bersama Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali dan yg sewaktu dgnnya.

Baru jelas nanti sihipokrit sebenar yg ada dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

tak panjang umur nampaknya ketua pemuda ni bila majoriti dah kutuk dia...

Ringgo berkata...

ishh awat la depa ni .. tak paham2 ..
biaq depa bengap dah la .. jangan la kita pon ikut skali bengap ..

takan depa tak kenai sapa yang buat HIMPUN ni ..

kita berkata...

suka2 saja hangpa kata dia bodoh la, bebal la. memang betol dia salah sebab tak tunggu keputusan pas pusat dulu. ada pulak yang dok main pasal ug...hahaha...

yang main pasal ug kena paham, haji hadi pon sokong ug. jadi jangan berat sebelah no.

yang kata dia bebal tuh. ingat2 la dunia. kita berjuang untuk Islam bukan berjuang untuk politik. kalau berjuang untuk politik sebab tuh kita jadi marah lebih2. saya bersetuju ruang untuk manipulasi sangat tinggi. tapi anda tak boleh salahkan ketua pemuda kalau dia memberikan alasan untuk mengambil segala ruang yang ada untuk mendekatkan dakwah kepada seluruh masyarakat. haaa, sapa yang bebal sekarang?

p/s: jangan lupa masih tiada penjelasan ahli parlimen pr tidak hadir ke parlimen. penyakit2 macam nih kena rawat dari awal. takut2 lama2 dia merebak.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ahli PAS kerap terpilih seorang pemimpin yang 'bengap' macam tuh... Maaflah kasar.

Tanpa Nama berkata...

Ada jugak si bodoh yang bernama "kita" membela si bangang.

Apa plak syura belum putuskan keputusan, kamu sudah buat keputusan sendiri?

Kan ker "berdosa" namanya kerana tak ikut tatacara berorganisasi. Bukankah itu bodoh lagi bangang namanya?

Manipulasi segala ruang? Pemimpin-pemimpin PAS yang tinggi-tinggi daripada Ketua Pemuda tu tak nak ker manipulasikan segala ruang untuk dakwah? Mereka tak bodoh macam Ketua Pemuda yang kamu sanjung tu, bebal!

Ustadz Hadi sokong UG? Memaglah pun tetapi Ustadz Hadi dah lama tinggalkan UG, termasuk Mustafa Ali sampai mereka pun dah disaman UMNO Selangor pasal isu JAIS.

Yang tak sedar2 ialah Hassan Ali dengan Ketua Pmuda kamu yang bebal sgt tu huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

macam budak ingusan jer ketua pemuda ni..

ni ler tahap mentaliti kebykn pemimpin pemuda pas yg ada... yg diakibatkan ole gagasan UG musibat dulu.

dan begitu juga kpd penyokongnya yg x berapa kerat itu terutama geng terengganu.

kita berkata...

takde nama 11:19

tatacara berorganisasi? jangan cakap pasal tatacara berorganisasi. kalau cakap macam tu, anda juga tak boleh lawan cakap perdana menteri. sebab ini iktikad anda. saya tak beriktikad macam tu.

saya tak marah nak bagi komen. yang saya marah, bila orang Islam, mengaku memperjuangkan Islam, tapi tak guna cara Islam. ada ke Islam cakap bebal kat orang yang berlainan pendapat? mari tengok sunnah nabi. nabi dihina masyarakat Taif, nabi balas dengan doa.

mari tengok tradisi ilmuan Islam. perbezaan pendapat disanjung kerana perbezaan inilah yang menggalakkan ilmu dalam Islam. kalau sekali ada orang berlainan pendapat dok pi taboh dia, matilah tradisi keilmuan, hilanglah sifat dinamik agama Islam. sebagai contoh, mazhab syafi`i yang menjatuhkan hukum batal wudu' apabila bersentuhan laki perempuan ajnabi, tetapi mazhab hanafi kata tidak batal kalau xde nafsu syahwat. kalau perbezaan ini tidak diterima, payah orang malaysia nak buat haji. disebabkan penerimaan perbezaan inilah menjadikan Islam itu dinamik, unggul dan syumul.

saya nak tegaskan, perbezaan pendapat adalah amat digalakkan dalam Islam. tetapi, budaya maki hamun nih xpernah dengar dalam Islam. kalau ada tolong tunjuk.

parti pas adalah ditubuhkan untuk mengangkat Islam. itu pertama. jadi setiap tingkah laku ahlinya sepatutnya untuk meningkatkan dakwah Islam dengan cara Islam. jadi apabila cakap dengan cara tak ada adab ini, saya tak nampak kesan baik untuk dakwah. sebab itu hari ini banyak orang suka maki orang hindu, kristian, dan buddha. sebab dia ingat agama Islam ini ditakdirkan untuk dia saja. dia lupa, AGAMA ISLAM INI DATANG DENGAN TANGGUNGJAWAB UNTK BERDAKWAH. ini semua kita masing2 kena tanggung.

p/s: saya pon tak sokong ug. sebab nabi kata, orang Islam takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.

Tanpa Nama berkata...

hadi awang pun sama bebal kalau nak cerita bab ug. kalau nak berdakwah jadi je penakwah bebas. kalau nak guna platform politik kenalah pandai ilmu politik. kena pandai baca perangkap lawan. jangan terkinja2 bila dengar gendang umno. bagaimanapun hadi awang dah mula belajar sikit2 ilmu politik. tak macam si tantawi yg bebal sampai ke mampos. bila bodoh tak nak mengaku bodoh akibatnya pas akan jadi pembangkang sampai kiamat le nampaknya.

Tanpa Nama berkata...

"kita" di atas masih nak menegakkan benang yang basah.

"bodoh tu terjemahan dari perkataan "jahil".

Datangnya Islam adalah untuk menghapuskan alam kebodohan (alam jahiliyah).

Al-Quran juga membukti Nabi menempelak orang yang bodoh:

"قَالَ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَأُبَلِّغُكُم مَّا أُرْسِلْتُ بِهِ وَلَكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْماً تَجْهَلُونَ

Ia berkata:"Sesungguhnya pengetahuan (tentang itu) hanya pada sisi Allah dan aku hanya) menyampaikan kepadamu apa yang aku diutus dengan membawanya tetapi aku lihat kamu adalah kau yang bodoh" Aal-Ahqaf:23

Hadith Nabi mafhumnya:

"Tinggalkanlah orang-orang yang bodoh di kalangan kamu.."

Dan kata-kata Imam Ahmad "Tetaplah kamu pada dalil" dan tinggalkanlah kalam orang bodoh

Seperkara lagi, kamu mempertikaikan lemparan kata "bodoh" di dalam dakwah sedangkan itu adalah perkara furu' di dalam berorganisasi. Perkara pokok kamu abaikan iaitu, meninggalkkan syura dan tidak patuh kepimpinan.

Aaaaah memang dasyatlah puak UG ni, ada saja alasannya untuk kita habiskan masa melayannya.

Memang dah suratan dilahirkan dari golongan bebal dan celaka agaknya.

kita berkata...

takde nama 1:30,

ayat itu menceritakan nabi Hud yang kata bodoh itu. sebab ape? sebab tanak sembah Allah, lepas itu mintak azab pulak. apa persamaan dengan saudara seagama dengan kamu ini?

saya nak tanya, kamu saja mencari dalil tak tengok keadaan ke. sapa yang menegakkan benang yang basah ni?

memang betul saya setuju seelok-eloknya tunggu keputusan pusat. dari awal lagi saya dah cakap.

saya dah kata kalau ada iktikad tidak boleh lawan kepimpinan, anda tidak boleh masuk dalam politik. anda wajib sokong perdana menteri anda. anda xpaham ke yang ini?

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 kita di atas.
ayat Quran itu umum - ambil iktibar sekalipun mengisahkan bukan Islam. Habis takkan yang Islam tak perlu ikut? Dalam Islam tak der yang bodoh ker?

Jenis manusia yg pernah nak mengaku kalah dan tak pernah nak tunduk kpd kebenaran walaupun dah banyak kali UG ditelanjangkan.

Bodoh.

Tanpa Nama berkata...

walaupun saya lambat baca berita ni, saya nak komen jugak sbb geram sgt mendengarnya, dia ni x habis2 menyusahkan parti, apa dia buta politik, takkan pulak, sampai boleh diangkat jadi ketua pemuda pas takkan buta semua tu, atau org yg melantik dia ni yg buta????

gerammmmm, sama kepala macam nik abduh tu, sama macam hasan ali, kalau hasan ali masih berada di tempat dr rani, tak tau lah apa statement hasan ali, mereka adalah liabiliti kpd parti.

wahai pewakilan @ pemimpin pas, lain kali make sure org yg betul2 paham perjuangan parti baru pilih jadi ketua, macam bang mat sabu tu, baru ampuh, ini membabi buta sokong, budussss... ada ka sama bersih dgn perhimpunan ini???

tu dah pas pusat buat keputusan x sertai himpunan ini, apa pulak dia ni kata??? atau dia ni ejen musuh yg menyusup masuk tanpa parti sedar?

Tanpa Nama berkata...

kantoi dah yg bernama 'kita' kat atas.

kita doakan semuga Allah dedahkan siapa sebenarnya dia ni.

Yang pasti beliau ialah pendokong kuat idea UG, tu sebab membela sangat nasruddin tantawi.

boleh ler dia dan nasruddin bersama-sama ke Himpun nanti tolong pegang hailer atau banner semasa Ezam atau Zul Kulim melalak nanti.

Tanpa Nama berkata...

menunjukkan ketua pemuda terasa dirinya hebat, boleh mendahului keputusan syura dan pimpinan pas pusat.

Tanpa Nama berkata...

Kali nih jika PAS hilang banyak undi dalam PRU ke-13 nanti bukan lagi asbab Tn. Hj. Hadi, tetapi banyak berpunca daripada KEBEBALAN ketua pemudanya. Dia juga tak salah sebab dia memang bebal begitu. Yang bengongnya ialah ahli-ahli PAS yang sepakat angkat dia jadi pemimpin pemuda. Kesilapan semasa mengangkat si Nasharudin dulu tidak diambil iktibar. Haprak.

kita berkata...

takde nama 12:44,

tolong baca terjemahan ayat yang saya ulas diatas dan anda nilai betul atau tidak apa yang saya cakap. saya bagi lagi satu nasihat terakhir,

"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Surah An-nisa':148

anda nilai, anda tentukan.

Tanpa Nama berkata...

"kita" masih tak mahu terima hujjah orang lain. nak paksa org pakai hujjah dia. dasar bangsa keparat UG memang begitu. tgk sahaja hassan ali dengan nasruddin tantawi. sampai skrg tak sudah2 nak bersama umno lagi - walaupun dah nyata umno itu penzalim dan munafiq.