28 Jun 2012

Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya!

Takut dipenjara, Mahathir dibayangi Hosni Mubarak – Anwar

AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

“Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.


“Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam.

Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak.

“Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak,” katanya.

Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah.

“Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf.

“Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat,” kata Anwar.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu. -KD

Dr M: Tak perlu jatuh k'jaan ala 'Arab Spring' di M'sia

Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan di Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali. Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata 'Arab Spring' mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor, Dr Mahathir berkata PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.

"Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang Umno, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.

"Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya.
- Bernama


Ulasan GB

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

Che Det kata: "Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?"

Kalau kami hendak catatkan kezaliman dan salahlaku kerajaan UMNO BN selama ia memerintah Malaysia tidak cukup ruangnya di blog ini. Tetapi Gb cuba mengimbau SATU sahaja iaitu selepas pilihanraya 1999, sewaktu PAS berjaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, kamu yang bernama Mahathir Muhammad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah menukarkan "royalti" kepada wang ehsan", malah kamu nafikan pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan dan Terengganu semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS.

Kamu sanggup membatalkan perjanjian royalti tersebut dengan membelakangkan konsep federalisma yang tercatat di dalam Perlembagaan dan kemudiannya PM-PM selepas kamu mengikut jejak langkah kamu menyekat pembangunan khususnya di kelantan apabila Kelantan masih terus diperintah oleh PAS.

Bukankah itu ZALIM namanya?

Kamu manusia, tetapi manusia yang tidak berhati perut menzalimi rakyat Kelantan yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam sendiri. Kamu khuatir kerajaan PAS Kelantan kuat dengan adanya pemberian royalti/wang ehsan itu, maka itu disekat. Bukan sahaja wang ehsan disekat, malah pembangunan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan Pusat pun disekat.

Allah tetap Maha Mengetahui hati busuk kamu dan kamu akan tetap menerima balasan di sisiNya dan Allah memperpanjangkan umurmu untuk kamu lihat sendiri kejatuhan parti kamu dengan digantikan oleh parti yang pemimpinnya taat kepada Allah dan RasulNya!

11 ulasan:

Amuraria berkata...

TIADA HATI SEBUSUK MAMAK PANDI KUTTY YANG MENYEKAT ROYALTI MINYAK HAK KELANTAN & TERENGGANU YANG MANA MELAYU ISLAM ADALAH MAJORITI, MUNGKINKAH LAIN JADINYA JIKA KUTURUNAN GENG MAMAK-MAMAK MACAM DI PENANG ? KITA TUNGU KEBENARAN AKAN MUNCUL JUA INSYALLAH ! TAK LAMAA DAAH MUGABE MALAYSIA YANG MUDAH LUPA ! MELAYU INGAT SELAMANYA ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

aku sentiasa berdoa moga si mahatir kutty akan menerima pembalasan yang dahsyat sesuai dengan kejahatan yang dilakukannya dulu....aku tak kesian sikit pun kat orang tua nyanyok tu....orang makin tua makin perbanyakkan amalan yang ngko mahatir tua kutuk makin tua makin gilakan dunia....hiissshhhhh

Tanpa Nama berkata...

semoga tun madey hidup lagi 50tahun. biar dia nyanyuk dan berak kencing merata-rata :)

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah memberi petunjuk kepada org2 yg bongkak kepadaNYA... AMIN!
Wahai pemimpin Islam yg bongkak! Tanggungjawab kamu sangatlah besar kerana kamu adalah PEMIMPIN, Memimpin keluarga itu pun sudah teramat berat tanggungjawabnya inikan pula memimpin negara... Insaflah sebelum terlambat...

Tanpa Nama berkata...

Mahathir tidak pedulikan rakyat Kelatan yang mejoritinya berbangsa Melayu kerana dia sendiri bukan Melalyu. Mamak ini bukan bukan Muslim yang macam Tok Guru Nik Aziz, agama Islam itu diper gunakan oleh mamak ini dengan sebijak-bijaknya untuk agenda politiknya. Islam melarangkan amalan rasuah, penindasan, kezaliman dan sebagainya, tetapi dalam pemerintahan mamak ini selama 22 tahun, rakyat terus diseksa, dizalimi dan kekayayaan negara disapu oleh keluarga dan kroni-kroni beliau. Melayu telah ditipu oleh Melayu Celup!

Tanpa Nama berkata...

nak tanya skit, mamak 'pandy' kutty ni ada setitik darah melayu ke? gelaran yg paling sesuai baginya tkt- tunkepalataik memang bersesuaian dgn perangai tingkahlakunya. akupun tak faham mengapa begitu dungu melayu yg mengangkat si tkt jadi pemimpin sedangkan dah acap kali dia menghina bangsa melayu secara terang lagi bersuluh spt buku delima melayu, dia pernah kata melayu mudah lupa, melayu yg bodoh aje ada dlm umno dan seumpamanya, dia apa kesah sbb dia bukannya melayu cuma bini dia ajer melayu.
segala bantuan/subsidi kpd org melayu miskin dinafikan jika tidak menyokong umno, hak royalti kerajaan negeri dinafikan kerana politik dendam kesumat, memerintah dgn cara ugutan segala fail-fail rasuah/salahlaku menteri dlm tangannya digunakan sbg senjata sulit jika tak akur dgn kehendaknya, spt kes putrajaya bila mb selangor masatu abu hassan omar xnak sign, dia keluarkan balik skandal seks mb tersebut. menjadikan hasil mahsul petronas spt syarikat makbapak dia, bil-out sana-sini utk anak-anak dan kroni & bermacam-macam kezaliman lagi dah xcukup ruang utk diulas.
si mamak kutty ni patuh dihukum sekeras-kerasnya kerana dialah punca melayu jadi pecah-belah dan sasaran deb gagal sepenuhnya. menyalaklah puas-puas wahai sikutty sementara menunggu hasil tuaian yg kamu semai selama 22tahun berkuasa sbg pm.
tungguuuu....harinya akan tiba

Tanpa Nama berkata...

Tak payah 50 tahun lagi pun...sekarang simamak mudah lupa nie...tak habis2 mengencing merata2 rakyat...habis bau hancing dan busuk merata tempat.....yg hairan tu ader pulak species lembu yg mengatakan kencing mamak mudah luper nie sgt harum sehingga berdengung kepala mereka hingga jadi spt lembu dicucuk hidung.......hampeeeehhh

tanda soal berkata...

amin.......

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tun Kutty,

Berani buat,berani tanggnglah!

Tanpa Nama berkata...

Itulah padah org2 yg banyak buat salah semasa diamanahkan utk memerintah negara... Takut pada dosa2 sendiri. Takut pada bayang2 sendiri. Takut pada kroni2 & barua2 sendiri... takut rahsia terbongkar. Dekat dunia pon dah takut... takut pergi mahkamah & takut masuk jel... MASA ADA KUASA, SEMASA JADI PM... DGN ALLAH TAALA PON KAU ORG SIKIT PON TAK TAKUT.... skarang ni dgn PRU 13 pon dah menggeletar, kehulu kehilir christmas jauh lagi, PM dah jadi macam santa claus.... Tabur duit nak rasuah rakyat.... PM, lu ingat rakyat bodoh macam LEMBU????

hairan berkata...

kita doa ramai2 pemimpin yang 'zalim' agar susah dan lambat mati, supaya mereka merasa seksa dan derita yang ditanggung oleh berjuta rakytnya. Amin

kalo tak zalim jgn la takut kannnnn