16 Sep 2014

[TERBURAI] Perjuangan Untuk Parti Atau Perut Kroni? - dalam ULASAN GB


Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Pentas kedua forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semakin terbuka dan lantang mengkritik tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor, sekaligus menyebabkan krisis menjadi bertambah rumit.

Ahli panel, bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.

Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.

"Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?

"Bila ini berlaku, presiden perlu panggil AJK buat 'regroup', tetapi presiden tidak buat keputusan dalam mesyuarat, ini masalahnya," katanya dalam forum "Kemelut MB Selangor: Mampukah Pakatan Rakyat (PR) Bertahan?" di Kuala Lumpur malam tadi.

Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) itu berkata, masalah ini boleh selesai jika Hadi menarik balik surat pencalonan yang dihantarnya kepada istana dan tidak memberi pilihan kepada Sultan Selangor selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mendakwa, masalah kelewatan peralihan kuasa menteri besar baru adalah daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dan bukannya berpunca daripada Sultan.

Beliau menyalahkan 13 Adun PAS Selangor yang sehingga sekarang tidak menyatakan persetujuan dengan 28 Adun PR lain menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

"Istana jadi begitu sebab PAS. Kalau PAS tidak buat begitu istana tidak akan kacau bilau," katanya sambil menyindir beberapa petikan ucapan Hadi di Marang 6 September lalu.


Katanya, daripada terus menjadi batu penghalang kepada Dr Wan Azizah, PAS yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana perlu memainkan peranan menasihati Sultan Selangor menerima Adun Kajang itu yang sudah mempunyai sokongan majoriti.

"Jika tidak mahu peningkan kepala Tuanku, kenapa PAS tidak ambil pendekatan menghadap Tuanku jelaskan majoriti Dr Wan Azizah? Ini lebih baik.


"Kita hendak ajak perdamaian. Bukan konsep PAS pecah belahkan orang," katanya.

Beliau berkata, Hadi tidak wala' (patuh) kepada parti apabila menggunakan kedudukannya sebagai presiden membuat keputusan sendiri dan menepis ahli Parlimen Marang itu mempunyai kuasa veto tanpa melalui keputusan mesyuarat.

Beliau turut membidas arahan pemimpin tertinggi parti yang melarang ahli PAS menyertai forum PasMa kerana entiti itu hanya satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti alternatif kepada PAS.

Katanya, tindakan itu sama seperti menghalang PAS bekerjasama dengan NGO lain seperti Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan parti.
–TMI


PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta Ramli

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).

Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.

"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.

"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.

"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.

Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.

Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.

"Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?


"Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan.

Beliau turut mempertahankan tindakan Adun Morib Hasnul Morib dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyokong Dr Wan Azizah, tidak dianggap melanggar arahan parti.

Dr Hatta turut bersimpati dengan dua Adun terbabit yang digelar pengkhianat sehingga menyebabkan mereka trauma dan terpaksa menghilangkan diri.

"Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 Adun) itu menyokong supaya Sultan senang buat keputusan.

"Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 Adun itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.


Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata pertama kali dalam sejarah negara istana menolak calon menteri besar yang mempunyai sokongan majoriti.

"Agong tidak pernah buat, raja-raja mahupun Tuan Yang Terutama (TYT) pun tidak pernah buat tetapi di Selangor macam akan berlaku," katanya.
-TMI


ULASAN GB

GB tak mahu ulas apa-apa dengan kenyataan-kenyataan di atas kerana ia amat jelas.

Sekarang ini gambar-gambar di bawah ini menjadi viral di media sosial. Pun tak perlu ulas apa-apa. Maisng-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi?

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





40 ulasan:

Amuraria berkata...

amiin amiin ya rabbal ala miin ! wala' x bole pakai daa !lingkopkan gerombolan 'UG' dan ABU !

Awanama berkata...

Ada unsur materialistik dan egoistik, prinsip dicampak jauh-jauh.

Awanama berkata...

Oopps! Serban gua dah senget beb, ada sesiapa nak tolong betulkan..?

Ibn Sabil berkata...

patutlah berdentam dentum suh wala... ghupernya nak jaga kepentingan s/u dan menantu dalam syarikat di selangor....

Awanama berkata...

semakin loya aku dgn geng ulamak ni, huhu..

Awanama berkata...

Aku da taw lama benda neh, malas nk cite lebih.. kang kena jatuh hukum tak wala plak.. tp yg nk marah apsal gamba yg gb post tu kelam kelabu je.. kasi la clear skit, karang jadi isu plak ada yg kate maklumat palsu laa... gamba blur laa.. post la kasi cantek skit.. info menarik jgn dipersia... Hidup Din Ayam, Hidup Vellfire!!!

Awanama berkata...

Insya Allah hanya dalam PR, cita-cita PAS memertabatkan undang2 Islam boleh direalisasikan. Kembali lah kepada perjuangan asal wahai pemimpin2 PAS.

Awanama berkata...

Jgn lupa GB, kabokan pada rakyat jelata sape Raja Idris Kamaruddin tu? Bukan setakat sibling Raja Petra tapi yg penting adalah individu yg sama terlibat dgn sebuah anak syarikat kerajaan negeri Ganu yg terlingkup masa 1999-2004 dulu tuh..

Awanama berkata...

Ulamak Ulamak terdahulu hidup dan berkerja atas prinsip "hidup ku mati ku kerana Allah" .

Malang nya ulamak yang ada sekarang ini gunakan nama ulamak tuk kaut ke untungan dunia jauh lagi untuk akhirat.

Serban dan ayat Quran adalah mainan tuk menipu rakyat.

Rakyat perlu sedar dan mula ber fikir jangan wala buta buta sehingga membodoh diri memgkaya kan si bodoh bodoh yang konon nya ulamak.

Penipuan tidak akan ber tahan lama , tetapi membodoh kan diri lepada pemimpin lahanat adalah se zalim zalim keburukan sese orang Islam.

Awanama berkata...

Aku tak loya dgn ulama tapi hadi awang sungguh meloyakan... hipokrit atau dlm bahasa arabnya munafiq

Awanama berkata...

Jangan s/pai orng 2 Islam dah tak percaya ceramah agama ( kuliah ) dimsj & disurau .umno d pas sama aja.Cari makan

Awanama berkata...

PANAS.. PANAS .. GB.. TOLONG AKU ... KAU BURAIKAN HABIS ...

air gunung berkata...

Adakah 2 org ni yg pantau tski sbgai mb.emmm..patut laaaaaa....

in response to patutlah berdentam dentum suh wala... ghupernya nak jaga kepentingan s/u dan menantu dalam syarikat di selangor.... , by Ibn Sabil.

Awanama berkata...

Ulamak jual agama! untuk perut & bawah perut. Pengikut bangang saja yg wala?

Awanama berkata...

Sebagai ingatan bagi kemulian parti mulia, boleh tukar ejean "mampus" kepada "mampas", "tipu" kepada "tipas", dan sebagainya.

Awanama berkata...

Adakah golong professional dlm pas akan bangkit pada muktamar kali ini??? Beranikah atau umapama ayam berkokok, ekor bergelumang tahi.. Selamat bermuktamar..

Awanama berkata...

ikang buruk bermula di kepala....

-mr.ug-

Awanama berkata...

Baru TSKI acah-acah, sudah mahu menyusahkan Pakatan. Itu belum lagi Dajjal, yang acah-acah

Awanama berkata...

Tak payah main "pantau" susah Sangat. Saya cadang ulama pas mulia boleh buat langkat cempaka supaya yang ulama suci president boleh terus masuk DUN dan boleh terus jadi mb selangor.

We all know this time will ulama pas mulia can serve much longer term as mb than t"ganu,

Saya sokong. Best langkah bangi supaya saya boleh undi tuan guru mulia.

Awanama berkata...

Satu lagi, "pusing" jadi "pasing",

Awanama berkata...

Geng ganu keluar dewan bila mat sabu berucap...walak2...akhlak mana...tu..

IbnAbdHalim berkata...

Kalau ikan didepan mata, kucing mana tak penting misai... Susah nak percaya golongan ni, kecuali yg benar2 beriman kpd Allah dan Rasul. Nak cari org spt TGNA sukar. Malah Nik Abduhpun masih jauh ketinggalan bacaan politiknya.

Awanama berkata...

Perintah khalifah sudah makin hampir.Itu pasal yg kuat kena tempiasnya geng UG.Bila dak berjuang hukum hudud nya,belum apa apa lagi penoh dengan putar belit.

Awanama berkata...

Dalam krisis MB Selangor ni baru kita nampak beberapa pertalian a) TSKI-RI-TGHH b) RI-RPK-TGHH dimana RPKK menjadi penembak curi PR dari luar.

Yg tak nampak yalah pertalian RI dengan istana dan RI dengan UMNO? Yg kita tahu tuanpunya KIDEX yalah peguam UMNO semasa krisis diPerak dulu.

Mungkin kalau dapat dicari siku ini, lagi terang dan jelas antara yang tersurat dan tersirat.

bat8 berkata...

Anon 10:31

PAS mana ada perjuangan hudud lagi sekarang. Selepas PRU 1999, PAS ada 2 set hukum hudud yang sudah lengkap dilaksanakan kerana telah diluluskan oled DUN-DUN Terenggani dan Kelantan : Enakmen Hudud Terengganu dan Enakmen Hudud Kelantan.

Enakmen Hudud Terengganu dah hilang dari tangan dengan tumbangnya kerajaan hebat PAS Terengganu SEPENGGAL DIBAWAH PIMPINAN TGHH. Selagi UMNO memerintah Terengganu, jangan bermimpilah, Umno dah buat jerok pekasam dah.

CUBA RENUNG BALIK SELEPAS KERAJAAN HEBAT SEPENGGAL PAS TERENGGANU TUMBANG- ADAKAH TGHH DAN PAS TERENGGANU SEBUT PASAI HUDUD TERENGGANU. SEPATAH HARAM TAKDE....ITU LE NASIB HUDUD PAS TERENGGANU. DAH melePASSSSSSSS...

PAS ADA LAGIKAH ENAKMEN HUDUD KELANTAN? PUN DAH MELEPASSSSSS!

Nik Amar, pemimpin hebat bawah skit dari TGHH dari segi perasan telah menyerahkan Enakmen Hudud Kelantan kepada UMNO/Kerajaan Najib. Dia bagi semua sekali dengan debu-debu sekali kepada UMNO. Ywng tak diberi kepada UMNO hanyalah telor dia yg 2 bijik tu.

Perati, beranikah PAS sebut pasal hudud krlantan dalam PRK Pengkalan Kubur? Aku jamin tak berani kerana mereka pun tak tahu status terbaru. Kalau tak percaya, tolong tanya tukang2 kempen PAS pasai ini

APA JADI SEKARANG - HUDUD KELANTAN BERADA DIDALAM TANGAN UMNO SAMA DENGAN HUDUD TERENGGANU!

Kita cabar orang PAS Ganu yang gedebe, yang sembang kencan bagitau kita hudud apa lagi yang PAS ada sekarang?


Seniwoman berkata...

Nak tanyalah kat bat8, ada ke tak ada telur yg dimaksudkan itu?

Awanama berkata...

Yg pastinya orang bn skrg tengah berguling2ketawakn org pas.kih.....kih.......

Awanama berkata...

Banyaknya ESOS yang diberikan. KPS baru untung RM60 juta pada 2012. Hampir 500 ribu saham setiap satu orang melebihi norma syarikat awam yang berkeuntungan hanya RM60 juta. Legally memanglah ok....disegi MORAL banyak salahnya dan pulak syarikat awam kepunyaan kerajaan negeri. Makan harta rakyatlah namanya. Nak reward pun berpada-padalah dan bersesuaianlah. Yang ni TGHH kena jawab macam mana tak kroni dan nepotisme. Sabki tu boleh dipersoal tapi taklah teruk sangat dari norma-norma korporat. Ketua Auditor dalaman pun dapat ESOS tinggi...sikit ragu. Harap ada yang siasat details keuntungan KPS apa benar dari keuntungan operasi atau ada buat silap mata. Kot-kot banyak harta negeri tergadai dan main-main pusing akaun dan figure je. Orang PAS jangan kena tipu dengan serban ye.

Awanama berkata...

Syaikul Islam Imam al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim.

"Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu, jangan memuji-muji mereka, kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi. "

Tidak hanya tentang pertemuan, bahkan Imam al Ghazail mengeluarkan larangan menerima pemberian dari penguasa yang zalim.

"Jangan menerima apa-apa pemberian dari golongan pembesar, meski kamu tahu pemberian itu berpunca dari yang halal. Sebab, sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima). Lalu kamu akan mula menjaga kepentingannya mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama."

Awanama berkata...

Patutlah din asyik brkokok rupanya ada reban perangsang..pom3 bunyinya..

bat8 berkata...

Seniwoman

Jangan kata, jika kita xde t3lo semua org tak de telo.....hehehe

Salam.

Awanama berkata...

Majoriti pemimpin pas ok..selai dua je yg x ok..maklumlah ada masyukkkk.

Awanama berkata...

Dlm pas ramai yg ikhlas tp dlm umno rasanya langsung tarak..x caya tnya nakhaie..dh x masyukk kuar dr umno.

Awanama berkata...

Hampas jd hampehh..kato org nogoghi den..

Awanama berkata...

Nk memalukn abg mat sudahnya memalukn parti sendiri..

Awanama berkata...

Tu bkn ulamak tp fulamak..

in response to Ulamak Ulamak terdahulu hidup dan berkerja atas prinsip "hidup ku mati ku kerana Allah" . Malang nya ulamak yang ada sekarang ini gunakan nama ulamak tuk kaut ke untungan dunia jauh lagi untuk akhirat. Serban dan ayat Quran adalah mainan tuk menipu rakyat. Rakyat perlu sedar dan mula ber fikir jangan wala buta buta sehingga membodoh diri memgkaya kan si bodoh bodoh yang konon nya ulamak. Penipuan tidak akan ber tahan lama , tetapi membodoh kan diri lepada pemimpin lahanat adalah se zalim zalim keburukan sese orang Islam. , by Anonymous.

Awanama berkata...

Sudah terang lg bersuluh...hubaya2 moga terus menjaga periuk nasi. PAS sekarang sedang melalui era UMNO pada zaman Pak Lah. Itu juga hukum kebenaran utk renungan ahli2 PAS sama ada mahu menyokong membuta tuli tindakan pimpinan atasan tersebut...jika begitulah benarlah kata dulang paku serpih...tepuk air dalam tempayan terpercik ke muka sendiri...bagai menjilat ludah sendiri...itu juga hukum kebenaran...akibat harta manusia buta...

Awanama berkata...

Sudah terang lg bersuluh...hubaya2 moga terus menjaga periuk nasi. PAS sekarang sedang melalui era UMNO pada zaman Pak Lah. Itu juga hukum kebenaran utk renungan ahli2 PAS sama ada mahu menyokong membuta tuli tindakan pimpinan atasan tersebut...jika begitulah benarlah kata dulang paku serpih...tepuk air dalam tempayan terpercik ke muka sendiri...bagai menjilat ludah sendiri...itu juga hukum kebenaran...akibat harta manusia buta...

Awanama berkata...

Dua Adun Pas selangor dituduh pngKHIANAT..
-oleh kem Hadi dr ggnu
-oleh msu/ulamak2 fakeh
-oleh Nik Aziz..trbaru dr nik abduh

Tup-tup ESOS dpt 500,000..
cer tanya Nik Aziz sape pngKHIANAT?
tanya Nik Aziz itu bukan RASUAH kah??
tanya Nik Aziz, mcm Din Ayam n Hadi tuu layak jd MSU/ulamak kah???

Skrg..
Gua mau tanya GB..
Mcm cikai/haprak punya OBSERVATION, adakah org sprt Nik Aziz tuu layak digelar ulamak???



Awanama berkata...

Ingat..
Ingat..
Ingat..

KHINAT-FITNAH-RASUAH!

Apasal KHIANAT buat FITNAH?

KHIANAT trjd slps mndpt RASUAH!
FITNAH dijaja utk "cover" RASUAH!!
Klu sudah KHIANAT n FITNAH, gerenti itu brpunca dr RASUAH!!!

Nah! nah! nah!
500,000 ESOS sudah barai..
itu baru level "CIKAI" din ayam!?
bukan MP n bukan Adun pon??

Bgmn pula dgn level "maksum" sifakeh suci2 yg sgt SOLEH???
-juta
-puloh juta
-ratus juta..oh! AUTA AUTA AUTA!?

Klu pecah RAHSIA..dan KUASA RKYAT yg sbnr2 BENAR-ADIL-TELUS dilaksanakan maka, mamposss!
mamposssss!!
mamposs!!!
bakal masuk kdlm la weh!!!!!

Bior bior bior teman..
bior teman buat FITNAH!
bior teman buat KHIANAT!!

teman tak sggup nak masuk kdlm..
mana nak letak jubah n SARBAN!!???

Inilah hakikat,HAKIKAT..
"arinal haqqa-HAQQAN"..
yg trsembunyi disebalik RAHSIA..

KHIANAT-FITNAH-itu ada RASUAH!!!!!!!!

Nota: saya ngaji pon TAK tamat
..... saya TAK mahir langsung Arab
..... saya tukang kutip SAMPAH jer
..... dah tentulah saya sgt haprak
..... dah confirm saya bukan ulamak