28 Jun 2012

Anwar Saman Tak Boleh, UMNO Saman Boleh?

Mahathir: Anwar saman untuk tutup mulut

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.

Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.

"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.

Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.

Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.

Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano.

Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama

Ulasan GB

Oh macam itu ker? Satu hala sahaja. Anwar saman UMNO tak boleh sebab dikatakan tutup mulut, tapi UMNO saman Anwar tak apa?

Bloody nonsense, a hipocrite of the highest degree, isn't he?

6 ulasan:

puspawangi berkata...

dah dua hari ulang pantun ni..

terantuk palang pintu
orang nyanyuk memang begitu

yg baru..

dari pandai jadi bodoh
dari bodoh jadi pandai
dengan najib memang jodoh
sorang nyanyuk sorang bingai...

dari bodoh jadi pandai
bila kalut tak boleh soal
sorang nyanyuk sorang bingai
yang mengikut jadi baghal...

Tanpa Nama berkata...

Si Tua yang berpengalaman, berilmu, beragama dan berfikiran waras patut dihormati;

Si Tua yang berpengalaman, berilmu, tapi tidak tunduk kepada kehendak agama, sudah tentu tidak waras fikirannya;

Malang lagi, ada Si Tua yang lain juga berpengalaman, berilmu dan boleh memahami kehendak agama, tetapi jadi dungu oleh suara Si Tua ini;

Dan teramat malang lagi ada Si Muda yang mengekori Si Tua ini, menjadikan suaranya azimat dan keramat kerana habuan dunia.. akhirnya yang cerdik akan melihat dan tersenyum sinis melihat mengapa bodohnya Si Muda dan Situa yang lain tadi.

Tanpa Nama berkata...

udah² la tu si tua kutuk, sebenarnya kau kecut telor nak masuk mahkamah kan?!
kes liwat anwar apabila kau disepina ada kau berani hadir? terus kecut telor kau.
kat luar mahkamah bukan main berani berckp, merapu hebat dipentas dunia kunun.
auta kau itu hanya puak² spesis lembu nfc jer pakai, selama 22 tahun kau perbodohkan melayu umno dah cukup² la tuh.
lagi merapu kau bercakap lagi cepat umno ditalkinkan, lebih baik kau diam.
elok ditubuhkan satu tribunal utk dedahkan jenayah si malaun ini.

Tanpa Nama berkata...

Masih power tu Presiden Guinea Alpha jumpa beliau.

Tanpa Nama berkata...

"Berani kerana benar, takut kerana salah". Itulah sebabnya, DS Anwar berani menyaman mana-mana pihak yang memfitnahnya. Cuba fikir, andaikata DS Anwar bersalah, berani ke dia saman pihak-pihak yang berkenaan. Ada otak tapi letak kat lutut. Kecik-kecik dulu tak nak mampus. Dah tua, menyusahkan orang lain. Piiirah! Pandey Kutty.

hairan berkata...

agaknya inilah balasan dunia ya... buat banyak sangat dosa pada berjuta2 rakyat masa memerintah. Makin dekat kubur makin 'macam' hilang pulak imannya. Cakap makin mengarut. Tak nampak langsung cahaya imannya. Ini pendapat peribadi aku aje la, hasil daripada pemerhatian aku.

ya Allah matikanlah aku dalam keadaan beriman kepada Mu dan mendapat pengampunan MU ya Allah yang Maha Penyayang. Amin