28 Jun 2012

PRU Musim Haji: Bukan Islam Turut Tidak Setuju

Bukan Islam pun tak setuju PRU musim perayaan

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) boleh diadakan pada musim haji.

Beliau mempersoalkan tindakan tersebut pada program wacana anjuran Roketkini di sebuah hotel di Shah Alam.

"Tindakan Najib yang ingin mengadakan PRU13 pada musim haji adalah tidak betul dan tidak tepat.

"Najib perlu peka dengan soal ibadat orang Islam, melaksanakan PRU pada musim haji tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penganut bukan Islam juga tidak akan bersetuju jika pilihan raya diadakan pada waktu musim perayaan atau keagamaan mereka.

"Bagaimana Najib nak melaksanakan dalam musim haji yang jelas ia merupakan ibadat kepada umat Islam," sambung beliau lagi pada program wacana bertajuk 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam'.

Pensyarah Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek turut menjadi ahli panel sementara Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan bertindak sebagai moderator. -HD

DAP juga tolak pilihan raya musim haji

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu).

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan mengulas kenyataan Najib yang dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan pada pilihan raya 1986 atau 1982.

Najib bagaimanapun masih mengunci rapat mulutnya berhubung teka teki tarikh pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nafi berfahaman sosialis

Mengulas lanjut, Lim menjangkakan kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekitar Oktober, selepas pembentangan belanjawan pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam wacana bertajuk "Benarkan Dasar DAP mengancam Islam?" anjuran akhbar web DAP Roketkini yang adakan di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.

Selain beliau, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik turut diundang menjadi panelis dan wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif nstitut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung dakwaan dasar parti itu dikaitkan dengan fahaman sosialisme - yang dilihat sesetengah pihak ancaman kepada Islam - Lim menafikannya dan menegaskan DAP berfahaman sosial demokrasi.

Katanya, fahaman tersebut antara lain memastikan pihak yang daif menerima pembelaan yang sewajarnya, menghormati hak asasi rakyat dan memastikan pembahagian kekayaan secara adil dan tidak diberikan kepada kroni.

"Saya kira itu paling penting... Itu paling asas," katanya.
-mk

1 ulasan:

hairan berkata...

orang umno dulik apa pasal islam??!

masing2 hidup pun dah mengalahkan kafir yahudi! tengok la rumah2 dan anak beranak masing2! semua dah bertuhankan duit dan kuasa!

kalo dibanding rumah TGNA dgn rumah menteri2 umno boleh menangis dibuatnya beb! pas tuh masih tuduh TGNA rasuah la gila kuasa la dlll... masing2 tak tengok cermin agaknya!

bengap punya manusia, dia orang ingat skg idup zaman 60an ker????? internet skg dah boleh masuk dalam seluar dalam dia orang lagik laaaaaa