16 Apr 2012

Lama Kelamaan Hassan Ali Pun Gilalah.. Salah Siapa Jika Terjadi Demikian?

Sketsa terakhir buat Hassan Ali

Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.

Slogan Kosong

Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.

Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.

Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat.

Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai.

Gimik semata

Beliau yang sekarang bergerak atas platform JATI tidak memberi sebarang impak kepada rakyat. Kewujudannya tidak menjadikan sokongan terhadap PAS berbelah bagi. Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah beliau hanyalah gimik buat beliau melarikan diri daripada realiti- inilah senjata beliau untuk menutup rasa rendah diri. Malah, tuduhan beliau bahawa orang Melayu telah semakin banyak murtad tidak diendahkan oleh orang Melayu. Kunjungan beliau yang ditanggung ke beberapa tempat-tempat di Malaysia tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada pun yang datang adalah orang-orang Umno dan berkemungkinan juga yang datang itu cuma ingin tahu semata. Akan tetapi, tidak semua ahli Umno yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau mengenai isu murtad. Pandangan dan kenyataan yang beliau buat mengenai isu murtad pun tidak dapat diambil serius. Ini kerana ia cuma stan politik daripada seorang ahli politik yang sudah jatuh.

Umno dan Perkasa sangat teruja dalam usaha menyokong Hassan memburuk-burukkan pihak pembangkang. Mereka gagal menyedari bahawa Hassan telah menjadikan UMNO sebagai target untuk dikritik dan bukannya pihak pembangkang. Mengetengahkan isu murtad hanya akan menjatuhkan Umno kerana Umno yang mendakwa mereka mempunyai ahli berbangsa Melayu paling ramai dan, kerajaan kita kini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno menerusi BN. Umno pula sedang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keagamaan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedudukan Raja.

Tetapi Umno sendiri tidak ikhlas dan dilihat sebagai parti politik yang hanya menggunakan entiti-entiti ini untuk kepentingan politik mereka. Kepada orang Malaysia biasa, tidak satu pun entiti-entiti ini sedang digugat. Persepsi mereka adalah Hassan sedang mengeksploitasi isu-isu ini untuk kepentingan politik beliau dan atas sebab ini jugalah Umno sama-sama menumpang beliau untuk misi ini.

Orang Kristian bukanlah ancaman

Disebabkan usaha Hassan yang sia-sia itu, siri jelajah beliau juga telah memburukkan keadaan bagi Umno. Ini tetap berlaku walaupun media pro-Umno cuba untuk memaparkan Hassan sebagai wira yang melindungi Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Media di Negara ini cuba untuk mempropagandakan bahawa kesemua entiti ini sedang mengalami ancaman disebabkan system 2 parti di Negara ini. Persoalannya, bolehkah orang Kristian yang membentuk 9.2% rakyat Negara ini menjadi ancaman kepada rakyat Negara ini yang majoriti adalah orang Melayu Islam? Ini adalah analisis lemah dipihak mereka dan rakyat biasa sudah semestinya tidak akan jatuh dalam perangkap bodoh Umno dan Hassan. Populariti Umno dikalangan orang Melayu sedang merudum dan ia perlu bertahan kepada apa jua yang boleh mengekalkannya di arena politik Negara. Hassan malangnya adalah harapan yang mereka sandarkan!

Fokus Hassan terhadap dunia Melayu tidak hanya mengenai Islam dan isu murtad. Taktik beliau sangat difahami oleh orang ramai. Orang ramai tahu apabila beliau memainkan sentimen perkauman dan agama, beliau akan berjaya meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk membenci orang bukan Melayu. Umno juga adalah dalang dalam hal ini. Akan tetapi, penyokong pendalaman tidak tertarik dengan apa yang diperkatakan Hassan kerana beliau tidak mengetengahkan isu itu kepada Umno tetapi kepada PAS dan Pakatan. Semua orang sedar bahawa di bawah pakatan, hanya dua negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kedah dan Kelantan. PKR pula satu, iaitu Selangor manakala DAP di Pulau Pinang. Umno yang menerajui BN pulalah yang mengetuai negeri-negeri lain.

Atas sebab ini, jika isu murtad itu benar-benar sesuatu yang meruncingkan dalam negara, Hassan seharusnya membawa ini kepada perhatian Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan juga ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam berada di bawah beliau. Mengapa harus PAS dan pembangkang yang dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bidang kuasa hanya pada kerajaan negeri? Jelas Hassan salah langkah dan segala tindak-tanduk beliau membuatkan beliau seolah-olah seorang ahli politik yang sudah tidak diterima dan cuma melakukan ini untuk meraih perhatian.

Jika Hassan bermain politik untuk kemabali menjadi wira orang Melayu, Islam dan Institusi Raja di Selangor, mungkin beliau patut bertanding dibawah tiket Umno di Selangor dan kawasan lamanya Gombak Setia pada pilihanraya yang akan datang. Mana tahu, beliau boleh mencapai impiannya untuk menjadi Menteri Besar dengan restu Umno. Memandangkan Umno menyokong penuh usaha Hassan untuk memburukkan pembangkang, tiada masalah untuk mereka menyokong Hassan untuk menjadi MB Selangor kelak jika BN Berjaya menawan balik Selangor.

Kuat berbelanja

Hassan bukanlah seorang ahli politik yang bijak mahupun seorang yang bijak pandai. Beliau gagal sebagai seorang ahli politik dan ini boleh dimaafkan kerana beliau tidaklah dididik untuk menjadi ahli politik dari mulanya. Mungkin kata hati dan semangat kepimpinan yang tinggi yang membawa beliau ke arena politik. Beliau sentiasa mahu sesuatu dengan pantas dan bukan pula seorang ahli politik yang matang. Banyak yang dilakukannya semasa menjadi ahli Exco yang menyakitkan Exco lain dalam Pakatan. Walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi, beliau tidak tahu apa yang sepatutnya dalam politik. Ramai sebenarnya dikalangan ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi kerana bakat dalam politik, mereka berjaya. Malangnya ini tidak terjadi kepada Hassan.

Hassan, bekas pesuruhjaya PAS di Selangor juga mempunyai nafsu berbelanja yang besar. Difahami bahawa dengan membelanjakan RM329 000 untuk kerja pengubahsuaian pejabat Exconya, beliau mahu rakyat sedar bahawa beliau boleh menjadi seorang MB yang terbilang. Sepatutnya, Hassan berkhutbah kepada dirinya sendiri dan juga UMNO bahawa kemewahan itu tidak selari dengan Islam. Selain itu, beliau juga haruslah menyeru Umno agar menghapuskan kemiskinan, rasuah dan membawa keadilan sosial kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang menjadi perkara pokok dalam Islam. Jika semua ini dijaga, mungkin juga masalah murtad itu tidak timbul.

Hassan seharusnya sedar bahawa satu-satunya agama yang dipromosikan media Umno baik di televisyen atau radio adalah Islam. Agama lain tidak mempunyai ruang dan tidak mungkin mendapat tempat di media. Jika Hassan mendakwa bahawa orang Islam menjadi murtad kerana mahu memeluk Kristian, tidakkah ia aneh memandangkan ia berlaku dalam negara di mana media massa nya dikawal ketat oleh kerajaan? Jika dibandingkan dengan 9.2 % rakyat beragama Kristian dari 28.3 juta populasi rakyat Malaysia; adakah logik jika kita katakan orang Islam tidak dapat menahan pengaruh untuk tukar agama Islam kepada Kristian?

Tiada bukti sahih

Video murtad yang ditunggu-tunggu daripada Hassan tidak dapat menjadi bukti sahih mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam secara beramai-ramai di negara ini. Video yang memaparkan 2-3 orang yang mengaku dihadapan kamera bahawa mereka telah dimurtadkan itu tidak cukup kukuh untuk dianalisis secara saintifik kepada hipotesis Hassan. Sampel itu tidak mewakili populasi yang dimurtadkan di Malaysia. Kenyataannya, Hassan telah gagal dalam tesis beliau dan ianya tidak lebih daripada cerita sahaja.

Mufti Perak, Harussani Zakaria meletakkan angka murtad sebagai 260 000, Ridhuan Tee Abdullah pula mengganggarkan 135 kes manakala Hassan tidak dapat meletakkan sebarang anggaran dan mereka ini semuanya tidak mempunyai bukti emperikal bagi kenyataan mereka. Malang bagi negara ini, kita tidak mempunyai pemikir Islam yang tahu mengenai kaedah saintifik dan empirikal dalam kajian. Mereka hanya bertindak berasaskan kata hati, motif dan emosi yang jelas mementingkan diri.

Yang akhirnya menjatuhkan Hassan adalah hipotesis beliau mengenai isu murtad dikalangan orang Melayu Islam. Hassan mungkin memegang PhD dalam bidang berkaitan Islam. Beliau semestinya tahu apa itu kajian empirik dan kaedahnya dalam menjalankan kajian saintifik. Tesis PhD ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan dalam satu bidang. Teknik membuat kajian yang betul adalah suatu yang paling asas dalam penulisan sebuah tesis. Jika tesis itu tidak menggunakan kaedah kajian yang betul dan tidak mempunyai bukti empirik, ia pasti akan ditolak. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sebuah tesis itu hanyalah buku cerita.

Dalam video testimoni 16 minit yang mamaparkan 3 orang Melayu yang mendakwa diri mereka telah dimurtadkan dan kini sudah kembali kepada Islam – ia tidak dapat diterima sebagai sampel yang adil buat populasi orang Islam di Negara ini. Ia juga bukanlah bukti kukuh kepada perbuatan memurtadkan yang boleh menarik siasatan dan sebagainya. Ini hanya menimbulkan rasa marah dikalangan orang Kristian dan Islam.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hassan tidak akan mengubah pandangan orang ramai atau menjadi penyebab kepada orang Melayu mencurigai orang Kristian. Orang Melayu sendiri memperlekehkan para “pemikir” Islam ini dan gimik politik mereka. Orang Melayu percaya bahawa tiada ancaman pengkristianan di Negara ini. Mereka tidak akan panik hanya kerana seorang pemberontak dan beberapa orang ahli Umno menggunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Secara hipotikalnya, jika Umno membuat seminar mengenai ancaman pengkristianan dan menyakitkan golongan minoriti yang cintakan keamanan, apa pula reaksi majoriti Melayu sekiranya diadakan satu seminar membincangkan ancaman Islam kepada orang bukan Islam?

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan

PAS melihat Hassan sebagai ahli politik yang boleh mencetuskan ketakutan dan beliau sekarang sudah menjadi liabiliti untuk UMNO. Hassan sebenarnya semata menggunakan taktik menakut-nakutkan dan cuba menyebarkan rasa syak orang ramai terhadap kredibiliti PAS. Plot UMNO jelas: “Orang Islam menjadi murtad dan PAS tidak mengambil serius hal itu kerana ia menjadi sekutu DAP”. Tetapi, adakah UMNO ikhlas dalam menangani isu-isu lain yang lebih serius melanda umat Islam di negara ini?

Rasuah, kemiskinan, ketagihan dadah, kadar penceraian yang tinggi, ibu tunggal, jagaan anak, pendidikan yang lemah adalah antara masalah yang sering dihadapi orang Islam di negara ini yang sudah lama tidak dihiraukan UMNO. Orang Melayu yang berpendidikan pula menolak UMNO disebabkan oleh perkara ini dan bukan sebab murtad atau ancaman orang Kristian kepada komuniti mereka.

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan dalam negara. Kaum dan agama adalah senjata yang digunakan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka terus mengundi UMNO seraya mengekalkan kuasa mereka. Tetapi, jika pandangan Hassan bahawa hedonism adalah sebab mengapa orang Islam menjadi saranan orang Kristian, maka, mereka harus menyalahkan UMNO yang telahpun berkuasa selama 6 dekad. Hedonism- keinginan mengecapi kebahagian yang tiada had bukanlah ajaran mana-mana agama sekalipun. Ia juga bukan cara hidup yang dibawa oleh PAS mahupun orang Kristian.

Jika Hassan boleh menuduh orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan dana mereka yang boleh mempengaruhi orang Islam miskin disebabkan desakan hidup, apa yang telah dilakukan oleh Hassan dan Umno untuk membantu orang Islam yang miskin demi mencegah mereka daripada mendapakan bantuan daripada komuniti lain? Orang Islam yang miskin diseluruh dunia ada menerima bantuan daripada mana-mana negara lain termasuk negara Kristian? Tetapi, adakah orang Acheh, Pakistan dan Arab terus menjadi murtad hanya kerana mereka mendapat bantuan orang Kristian?

Tabik kepada PAS

Apabila Hassan dan ahli politik UMNO berpendapat agama Kristian itu adalah ancaman kepada orang Islam untuk mengganggu emosi orang Melayu dan mendapatkan undian mereka, PAS tidak mempolitikkan isu itu. Ini hanya menunjukkan ketinggian minda dan akhlak ahli politik PAS dalam negara ini berbanding UMNO.

Helah Hassan dan UMNO tidak akan memberi kesan kepada pandangan orang Islam terhadap PAS atau Kristian. Mereka tahu bahawa orang Islam lain adalah lebih rasional dalam pemikiran mereka dan tindakan mereka serta lebih bertolak ansur. Orang Melayu yang berpendidikan juga tidak mungkin akan dipengaruhi oleh ahli politik ektrimis. Sekarang sudah tiba masanya pengundi melihat diri Hassan yang sebenarnya- seorang ahli politik yang memerlukan pentas untuk melakonkan drama beliau dan mungkin juga sedang cuba untuk membuatkan Umno kagum dengannya. Umno mungkin merasakan bahawa Hassan adalah calon yang paling layak untuk melawan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang popular sekarang ini. Ada cakap-cakap mengatakan UMNO tiada calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai MB Selangor sekarang. Hassan mungkin mahu cuba nasib.

Rakyat Malaysia seharusnya tabik kepada PAS kerana sepatutnya, mereka boleh sahaja mengekalkan Hassan tetapi, mereka tidak melakukan yang demikian malah telah membuang Hassan kerana terlalu besar cita-citanya, memberontak dan menjadi duri dalam daging. -Moaz Nair (Malaysia Chronicle)

Ulasan GB

Yang jelas, kini Hassan Ali terus akan mencadi sasau dan cacau... dalam erti kata sebenar, "GILA".

Beliau menuduh orang lain (ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor )mempunyai masalah mental sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu berbalik kepada dirinya sendiri.

Lama kelamaan Hassan Ali gilalah... salah siapa jika terjadi demikian?

Kita tidak berdoa begitu tetapi beliau sendiri memilih untuk menjadi demikian...

14 ulasan:

Awanama berkata...

dia dah layak masuk wad kelas 1 untuk presiden beras jati yg ada PHD....

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah kalau Pakcu cakap kebanyakkan blog yang pro pembangkang bila ada yang cuba "sekat angin" mudah saja melenting dan mula mencarut...dan melebel kepada sesiapa yang tak belaga angin dengan partinya dengan pangillan yang bukan-bukan.

Pakcu ni suka melayari blog. Dan Pakcu faham setiap kita mempunyai pilihan dalam memilih parti. Tapi untuk menjatuh hukum keatas orang lain..."siapalah kita".

Apapun terpulanglah kepada tuan..kerana kita mempunyai hati naluri yang berlainan dalam memperjuangan prinsip masing-masing . Tiada siapa boleh memaksa seseorang untuk menerima cara seseorang kerana itu adalah haknya......walahualam

Awanama berkata...

sedih tengok encik hassan ini

kenapa perlu korbankan diri untuk orang politik????

-Den Poning-

Awanama berkata...

pakcu Rantau Panjang tulis...


"Dan Pakcu faham setiap kita mempunyai pilihan dalam memilih parti. Tapi untuk menjatuh hukum keatas orang lain..."siapalah kita"."

inilah masalahnya jika tak ada pelajaran agama yang betul ..

takda siapa mengeluarkan hukum kepada sesiapa, tetapi para hukama dan ulamak mengeluarkan hukum berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah dan RasulNya...

Dan setiap yang dikatakan "hukuman" itu adalah sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Politik yang berteraskan tauhid itu adalah tuntutan dan tiada pilihan.

"Dan tidak patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan sesuatu hukuman mengenai sesuatu perkara - maka (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih" Al-Ahzab:36

Awanama berkata...

Hassan Kayu Jati ni gila ka sewel.
Pergi sana sini memekek di pembesar suara konon nak tegakkan islam. Konon dia sorang lah yg nak tegakkan islam. Tapi, apa dah jadi pada dirinya. Sana sini melakak mengutuk DSAI. Dgn muka tak malu menuduh DSAI melakukan perkara2 keji. Tak ubah seperti katak2 yg di benci rakyat kini. Kalau benarlah, DSAI melakukan, kenapakah beliau sendiri tidak mahu mendakwa di mahkamah syariah? Kenapakan beliau sanggup membusukkan nama DSAI setiap kali beliau melalak di pentas? Kenapakah beliau sanggup memburukkan DSAI, pada hal belum terbukti DSAI melakukannya. Apakah ini sifat seorang pejuang Islam? Tak malukah beliau pada rakyat, dengan sikat busuk perut beliau ini.
Sekali lagi aku nak cadangkan pada Hassan ini, jika beliau benar2 nak menegakkan islam, dakwa DSAI di mahkamah syariah. Tak perlu nak membusukkan DSAI jika DSAI tu belum disabitkan kesalahan.

Janganlah bangga dgn PHD yg ada. Tak perlulah berlagak sombong dgn mengatakan diri tu telah melakukan research, memperolihi banyak data dan ada statistik mengenai salah laku DSAI. Apa maknanya semua ini jika. Kalau diri tu terasa benar, bawa saja ke mahkamah syariah.

Tak ka menampakkan kebodohan diri mu wahai si Hassan Jati.

Rakyat sekarang ini boleh menilai siapa kamu sebenarnya.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Terima kasih kerana respon kepada komen Pakcu. Untuk menerima hukum Allah setiap orang yang beriman tentunya wajib menerimanya tampa, dolak dalik .Tapi seorang yang benar-benar beriman tidak akan menggunakan lidah dan mulutnya dengan semudah itu untuk menjatuh hukum ketas saudara seagamanya...kerana jika seorang itu benar-benar beriman maka kita akan aman dan terselamat dari lidah dan mulutnya(Maksud hadis)....walahualam

Awanama berkata...

Rukun Islam asan ali mungkin ada 6 kot? Yang pertama mungkin perlu jadi meLAYU untuk jadi Islam.

Awanama berkata...

Pak Cu;

Kita bukannya menjatuhkan hukum. Cuma kita beritahu. Kalau cakap seorang-seorang tu tanda orang gila. Macam doktor juga. Doktor beritahu kalau macam ni, tanda kencing manis. Kena potong kaki. Pak cu nak salahkan doktor ke?

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Jika kita mengatakan sesuatu yang bukan dilakukan oleh saudara kita maka itu adalah fitnah dan jika kita mengatakan sesuatu yang tidak disenangi oleh saudara kita maka itu adalah mengumpat.

Kenyataan doktor berhubung dengan penyakit bukanlah serangan peribadi oleh itu jangan putar belitkan fakta...terima kasih

Awanama berkata...

pak cu rantau panjang patut jadi penasehat hasan ali muga2 ia insaf dengan fitnah yang dilakukannya itu.

Awanama berkata...

Kekadang seseorang tu tau tentang solat, namun ia tidak faham tentang solat berjemaah. begitu jugak seseorang tu tahu mengenai islam tetapi dia tidak hidup dalam jemaah islam. dalam organisasi apapun, perlu taat kpd pimpinan, wajib mengikut keputusan kumpulan, jika ada perbezaan pendapat, luahkan dalam mesyuarat, kena terima keputusan bersama, jangan mendahulyui pimpinan dalam sesuatu isu, hanya yang diberi kuasa je patut bercakap. apb semua itu tidak mampu dibuatnya, keluarkan diri dr jemaah/organisasi tersebut. sbb tu pas terpaksa keluarkan beliau sbb...tindakannya itu boleh merosakkan jemaah dan kegiatannya. waLlahu a'lam.

Awanama berkata...

Ya,saya sokong 100% kalu Pak Chu jdik penasihat AH SANG AH LI..

Awanama berkata...

sokong 100% pak cu jadik penasihat Hassan Ali..

Awanama berkata...

Pakatan Rakyat wajar mula merancang untuk menaik taraf pusat rawatan orang bermasalah mental atau menambahkan bilangannya. Potensi pusat berkenaan diperlukan memang tinggi menjelang Pasca PRU-13 nanti.

Patutlah hasan takut sangat lalu mengutuk-ngutuk konsep kerajaan berkebajikan yang PAS ketengahkan tempoh hari.

Cuba tengok kat belakang rumah si hasan tuh. Manalah tau kot-kot sesuai dibina satu.