16 Apr 2012

Bapa Balik, Remaja Tidak Sempat Berasmara

Baling - Seorang remaja 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling setelah dituduh mencabul kehormatan kekasihnya pada 9 April lalu di rumahnya di Kampung Seberang Ketil, Kupang, di sini. Gambar fail

Ketiadaan ibu dan bapa di rumah mengakibatkan tertuduh nekad membawa kekasihnya yang berumur 13 tahun itu ke rumahnya untuk bermadu asmara.

Namun, tertuduh hanya sempat meraba buah dada dan kemaluan kekasihnya setelah ayahnya pulang ke rumah secara tiba-tiba.

Tertuduh menipu ayahnya dengan mengatakan kekasihnya itu hanya seorang rakannya sebelum bertindak menghantar kekasihnya pulang ke rumah.

Perbuatan tertuduh terbongkar setelah kekasihnya itu dikatakan telah melarikan diri dari rumah dan sedang dicari oleh ahli keluarga perempuan itu.

Tindakan menghantar pulang kekasihnya membawa padah setelah keluarga kekasihnya itu curiga dengan tindakan tertuduh menghantar anak gadis keluarga itu ke rumah.

Sehubungan itu keluarga terbabit membuat laporan polis.

Tertuduh yang kelihatan tenang itu mengaku bersalah ketika pertuduhan di bacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizudin Ramli.

Berikutan tertuduh masih dibawa umur, mahkamah menetapkan 20 Mei untuk laporan akhlak sebelum diberikan hukuman yang setimpal kepada tertuduh.

Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, seorang lagi remaja berusia 15 tahun dari Kampung Guar Reban mengaku bersalah selepas dituduh mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 13 April lalu.

Remaja terbabit dituduh menceroboh sebuah rumah di Kampung Charuk Bemban sebelum bertindak mencabul seorang gadis di dalam rumah itu dengan meramas buah dadah gadis malang itu.

Mahkamah turut menetapkan 20 Mei untuk laporan akhlak dan mengenakan wang jaminan sebanyak RM 5,000 kepada remaja terbabit.

Remaja tersebut dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili Muhamad Syaiful Akmal Mohd Razi.

Ulasan GB

Apa sudah jadi ni....

Pelajar tkn 1 sudah pun berani melakukan adegan asmara....

Ini belum lagi anak dara yang besar panjang di tkn 3, 4, 5, 6 dan di ipt dan yang dah bekerja... kumpul-kumpulkan semua agaknya dah berapa ramai yang dah terlajak...


GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena, macam gempa bumi dan tsunami

Ada hadith:

Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sahih

5 ulasan:

Awanama berkata...

bodoh punya malaon! kalau bapak dia tak balik rumah.. mesti ada yang bunting! lepas tu akan ada lagi mayat bayi dibuang!!

suruh sekolah, tak nak.
nak mengongk*k je tau.

besar nanti confirm jadi mat rempit. kalau tak pun jadi penagih dadah.

budak2 mcm ni elok sumbat je dalam penjara.

Awanama berkata...

semoga anak anak kita semua dihindarkan dari perkara maksiat sebegini....

acong berkata...

Anon 0923 : Betul tu wa sokong sama lu. Bebudak yang semacam ni letak je kat mana-mana pulau. Bagi makan setakat asas sahaja. Bagi Pak Hassan buat motivasi dan kesedaran. Kena setahun wa ingat aaa 90% jadi baik looooo.....

Awanama berkata...

Aku berdoa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil-alih saja Putrajaya kita ganti dengan slogan ini Islam Didahulukan...Hukum HUDUD akan kita laksanakan....amacam okay tak dengan cadangan aku nie...INSYAALLAH

Awanama berkata...

astagfirullah!! wat malu ja ak baca weh... kcik2 pn dh pndai wat bnda terkutuk.. ak ni duk kat kg seblah ja dr gua reban,..takutnya anak mnkan ak yg da kt kg tue... mnta2lah Allah slamatkan keluargaku