16 Apr 2012

Isu "Persenda Raja Melayu" Helah Untuk Tutup Isu Beri IC Warga Asing

Pakatan minta bukti jika Umno mahu suruhanjaya

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, perlu ada asas yang kukuh sebelum menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam isu dakwaan kononnya pemimpin pembangkang telah mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu dicadangkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Menurut Salahuddin lagi, perkara tersebut perlu mempunyai laporan lengkap sebelum sebarang cadangan dipersetujui oleh semua pihak.

“Kita mesti mendapatkan bukti yang jelas sekiranya hal tersebut benar-benar berlaku. Sebab itulah saya mempertikaikan perkara tersebut.

“Bagi saya, tiada dalam dasar Pakatan Rakyat (PR) untuk melakukan kebiadaban, mempersenda dan tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sekiranya hal tersebut jelas dan benar, PR menyokong syor dan cadangan yang diusulkan bagi mengheret pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.

Rabu lalu, beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu.

Ia juga sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya ini bagi memastikan dakwaan ini benar ataupun sebaliknya.

“Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati,” katanya. -SH

Ulasan GB

Pertama, GB melihat gesaan pemimpin UMNO untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu hanyalah mainan UMNO untuk meburukkan Pakatan.

Tiada ada satu pun yang jelas dari dakwaan itu. Siapa yang bercakap, apa yang diperkatakan, dan perkara apa yang dipersendakan. Ia hanya hanya rekaan semata-mata berdasarkan kepada tulisan seorang pro-UMNO yang bernama Dr Rahman Kadir dalam facebook yang mendakwa "berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan­ mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu."


Itu saja yang menjadi asas kepada tuduhan mereka. Tetapi mendesak sehingga Suruhanya Diraja ditubuhkan.

Sedang umum mengetahui siapa sebenarnya sebelum ini yang bukan saja telah mempersenda raja-raja, malah menghina mereka dengan perlakuan dan perkataan yang dasyat?




Kedua, GB juga melihat tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang disokong oleh Hishamuddin Tun Hussein berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu hanyalah helah daripada desakan PAS supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pemberian IC kepada warga asing.

Jika di dalam kes dakwaan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda raja lansung tiada bukti, tetapi didalam kes pemberian IC kepada warga asing amat jelas bukti yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menderetkan nama-nama mereka yang terlibat termasuk pegawai kanan Najib dan Timbalan pengerusi SPR Malah Mahfuz berkata lebih banyak bukti akan diserahkan kepada Suruhanjaya Diraja tentang isu berkenaan. Mengapa takut untuk memberi respons terhadap tuntutan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan itu?

8 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Dasar munafikun. Depa buat tapi dia tuduh orang lain.
Depa dok biadap kat Raja tapi dok kata orang lain biadap.
Dia samun harta rakyat tapi dok kata orang lain samun.
Depa kurang ajar pada Allah swt tapi dok kata orang lain tak hormat.
Depa keturunan "kerling" tapi dok kata orang lain "kerling".
..... tak larat nak sebut.
Cuba lihat muka muka RAHMAN KADIR. ada serupa dengan "mamak penang" dak? Walaupun berserban tapi dari paras mukanya jelas menunjukkan dia bukan dari asal MELAYU. TAPI NAK BUAT MACAMANA, KAT MELAYU MUDAH LUPA, BODOH, BANGANG, BAHLOL, .... KERANA PERCAYA PADA KERLING SEEKOR NI. INGAT DENGAN MEMPAMERKAN DIRINYA BERSERBAN, MAKA DIA LEBIH ALIM DARIPADA KITA. POOOORRRRRRRRRRRRRRAAAAAAAAAAAAAH.
APA KATA RIDWAN TEE? SEORANG LAGI MELAYU CELUP.

Amuraria berkata...

BIKA GENG MUNAFIK DILANTIK JADI KERAJAAN MANA ADA TANGGUNGJAWAB ? FITNAH ADALAH FAKTA DAN FAKTA ADALAH FITNAH BAGI MEREKA YANG LEBIH KHIANAT DARI SEKUTU APCO MEREKA ! PASAL MYKAD TIPU TAKUT NAK TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA TAPI PASAL FITNAH PUNYA CEPAT MUSIBAT-MUSIBAT DAJJAL NI SEMUA SOKONG ! BETUL-BETUK KALI HAMPUT DEPA NI SEMUA !

JAKA berkata...

perangai umno... membesarkan perkara yang rumors dan tidak jelas.

fitnah memang makanan umno , sebelum bara api neraka menjadi makanan mereka di akhirat nanti.

jenis tidak bertuhan dan tidak takut membuat fitnah.

sedangkan felda nk tergadai, nfc, kg baru dan byk lagi melibatkan berbillion wang rakyat dirompak umno, mereka butakan mata.

bila negara hampir bangkrup, semua org susah termasuk anjing2 umno. tak sedar diri lagi.

lembu sungguh org umno ni.

din rela berkata...

Tak pa Brader tubuh aje 2 suruhanjaya siasat kedua2 nyer !

Awanama berkata...

tak habis... dengan kumpulan pengampu..umno... melayu yang nyanyok.. ingat apa yang terjadi bila Idris Jusoh tidak diabgkat sebagai MB terengganu.. apa yang dikata oleh kumpulan tunjuk perasaan...dengan kain sepanduk ... hingga kini tiada sebarang tindakan.. Segala perbuatan pembangkang tindakan terus diambil tapi kalu UBN yang melakukan... bisu sebisunya..

Awanama berkata...

sokong komen2 sebelom ni.
Fitnah akhir zaman.
Banyak lagi akan muncul. Tunggu & saksikan ye.

Awanama berkata...

Penubhan Suruhanjaya DiRaja wajar untuk isu yang besar seperti Pengkhianatan terhadap Negara,Bahasa Inggrisnya "Treason"" - sewenang-wenangnya memberikan taraf Warganegara kepada pendatang asing dan membenarkan pula mereka mengundi.Ini isu besar,ini soal Keselamatan Negara.Angkaan Bersenjata seperti Tentra Darat sudah tidak diperlukan lagi mengawas sempadan,Tentra Laut tak perlukan kapal selam unuk menjaga perairan Malaysia dan Tentra Udara tidak perlukan jet pejuang untuk mengawasi udara Malaysia sebab "musuh" sudah berada dalam negara kerana UMNO/BN mahu mengekalkan kuasa politik.Jumlah "musuh" ini bukan kecil lebih dari 2 juta.Ini yang memerlukan Suruhanjaya DiRaja menyiasat.Kalau isu ini pun kita tak kish,jahanamlah negara.

Awanama berkata...

Maklumat yang diberikan Dr Rahman adalah keterangan "hearsay" (cakap dengar) semata-mata. Memang tak boleh dipakai dalam siasatan jika tak ada bukti-bukti sokongan yang lain.