24 Feb 2012

Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah

Nurul Zakiah telefon keluarga

KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya.

Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu.

"Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.

Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya. -kosmo

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Awanama berkata...

mana ada orang pakistan guna ilmu pengasih pakcik oi, yang suka amalan karut ni cuma orang melayu jer, hakikatnya anak dara awak tu yang dah gatal, entah-entah dah muntah-muntah tu le yang lari dari rumah tu sebab nak cover perut yang akan membesar.

Awanama berkata...

Minah ni la slh sorg dr pmpn mlyu ISLAM kt m'sia ni yg xde akal..ckp bdoh kang mrh pulak..siap ckp nk bnuh dri klu spe2 ape2kn bf dia tu..xigt tuhan ke dik??

Awanama berkata...

lantak mu lah minah oiii

Awanama berkata...

Saya sebagai bapa akan mengatakan anak-anak yang macam inilah yang membuatkan ibu bapa merana dan kecewa, akibat perbuatan anak yang membelakangkan orang tua.

Awanama berkata...

Bila lari ikut lelaki je,mula lah tuduh terkena ilmu pengasih, sebenarnya mata hati tu dah buta dek kerana cinta.Wahai gadis remaja fikirlah..jgn kejar cinta yg belum tentu akhirnya,cinta ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa

Awanama berkata...

Ilmu Pengasih karut.Sebenbarnya memang wanita-wanita Melayu ni ramai yang biang.Kalau Mat Pakistan tu atau Mat Bangra ada jenis jugak,yang peluk dan berdakap dengan Mat Gagak tu lagi teruk.Jangan salahkan pendatang asing tu,PEKASA dan JATI mesti buat program mendidik perempuan Melayu untuk "buka mata" sikit.Kata nak bela Melayu,takkan nak tengok aje perempuan-perempuan Melayu jadi pekasam pendatang asing.