22 Feb 2012

Gadis Hilang Pada Hari Kekasih Selepas Bercinta Dengan Pemuda Pakistan

Kuala Langat – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar. -kosmo

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti bila dia rasa x bahagia...balik ler tuu...Nanti kalau ada apa2 x yah susah2 nak tolong...Biar dia settle sendiri...

Sinner berkata...

Aku setuju, biar aje. Dah 17 tahun, takkan tak reti guna otak lagi.

Nanti dalam beberapa tahun lagi (silap aribulan beberapa bulan aje) masuk la dalam paper.. bagitau, saya hidup dlm keadaan susah.. amat merindui keluarga dan tanah air.. bantu lah saya.

Saya amat menyesal kerana bertindak mengikut nafsu...

Itu aje la ayat standard diorg. Bukannya xde dlm berita.. terlalu kerap keluar dan pompuan2 jenis ni adalah terlalu bodoh utk memahami.

Huh, emo lak aku.

Tanpa Nama berkata...

Di Pakistan ni ..perempuan ni rendah taraf dia ..kerja rumah macam hamba..mak mentua tak hormat pun..Kat Malaysia je tiada taraf..Pikir dulu perempuan2 sekalian..

Tanpa Nama berkata...

selain daripada komen2 kat atas, mungkin kene enchanted dgn mamat pakistan tu.

Tanpa Nama berkata...

pakat hancor lunyai ler tu,huhu

neonazi berkata...

aku pon orang melayu....
kenapa perempuan melayu yg selalu macam ni...

Tanpa Nama berkata...

come juga budak ni

mengenali keluarga mangsa berkata...

Hahahha~
orang luar yang tak tahu hal sebenar hanya pandai menghukum dan menghina dari beristighfar dan mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan perempuan tu & keluarganya.

Pathetic Malaysian. Forever pathetic. Loser!!

kadio manong berkata...

Sabor jee nanti dah tahu langit tinggi ke rendah aaa balik lee budak tu.....

Sinner berkata...

Yea yea.. budak2 angau mmg akan berubah dgn cepat..

Kalo kena sihir, akan ada tanda2 tersendiri..