24 Feb 2012

Jawapan Najib Buktikan Beliau PM Untuk UMNO BN Bukan PM Untuk Malaysia

Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa

Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi.

"Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja.

"Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

"Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa.

Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit.

"Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan.

Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang".

Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno. -mk

Ulasan GB

Jika demikian halnya, iaitu hanya satu mesyuarat penyelaran maka Najib sepatutnya menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO/BN dan mesyuarat itu dikendalikan oleh UMNO/BN bukan oleh kerajaan Pusat.

Ini kerana "peruntukan kewangan" kerajaan pusat untuk sebarang mesyuarat sepatutnya untuk seluruh rakyat tanpa mengira parti politik.

Apakah Najib cuba memperbodohkan rakyat negara ini atau apakah Najib memikirkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bukan rakyat Malaysia?

Tindakan Najib itu menjelaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri BN bukan Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut.

Tidak mengapa. Jika begitu tindakan Najib menggunakan kuasanya, maka akan lebih cepat kerajaan beliau akan tercampak keluar dari Putrajaya. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa: BN sudah tidak layak untuk menerajui Kerajaan "Persekutuan" apabila bertindak secara tidak adil dan tidak profesyenal serta membelakangkan konsep "PERSEKUTUAN".


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Awanama berkata...

Inilah sifat hipokrit didalam pemerintahan dulu kini dan selamanya selagi dibawah BNAPCO. Hingga tidak dapat dibezakan antara kepentingan rakyat dengan kerakusan parti UMNO/BN. Menggunakan duit rakyat bagi kepentingan parti sama lah juga mengkhianati , menzalimi dan yang paling menakutkan , akan ditanya di yaumul mahsyar nanti , " itupun kalau ada rasa takut dengan azab ALLAH ".

Awanama berkata...

betul tu gb..kubur bn

Awanama berkata...

Kalau tak pandai tadbir minta Najib undur diri.

1 Malaysia berkata...

Dari dulu, kini dan selamanya, AKU tak pernah mempercayai konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh puak munafikun ni. Cakap tak serupa bikin. Yang sedihnya, depa bukan saja tipu Cina, India, Iban, Kadazan, Sikh, .... tetapi depa tipu bangsa depa sendiri. Inilah manusia yang memakan darah daging sendiri.
Pernah sahabat Aku kata, kalaulah kerajaan BN menaikkan gaji depa sebanyak RM700, depa akan undi BN. Bagi Aku, kalaulah Tok Jib bagi kenaikan sebanyak RM2500 sekali pun, Aku tetap tak akan beri undi kepada depa tu. Yang Aku tentang ialah golongan rasuah @ munafikun. Aku sentiasa beritahu kepada diriku bahawa REZEKI TU DATANG DARI ALLAH SWT, bukan dari BN. Inilah kelemahan Melayu Kita. Sentiasa memikirkan warna kulit sehingga lupa akan Allah swt yang maha esa yang berkuasa dalam segala-gala hal. Aku tak kebulurann pun tanpa BN.

Awanama berkata...

kawan awak tu "1 Malaysia" mata duitan. Kena sogok sikit dah lupa yang hak dengan batil. Ini lah sikap kebanyakkan bangsa melayu kita hari ini dan yang lalu. Takutkan perubahan yang mana PR telah menunjukkan prestasi pemerintahan yang jelas lebih baik dpd UMNO BN APCO selama ini.

Awanama berkata...

ha..lagi terang bersuluh..memang patut la kerajaan BN ditukar..lebih banyak buruk daripada baik..benda macam nie pun dia boley sorok,sib baik ade Menteri/Ketua Menteri PR yg bocorkan..patut la rakyat Malaysia nie tak maju..maju atas kertas ajer..patutla ramai rakyat malaysia yang miskin,pasai depa bagi bantuan cukup makan ajer..sib baik ramai rakyat Malaysia dah bijak dan celik...yang kat Kelantan tu pastikan BN tak memerintah negeri anda..menurut seorang kapten kapal yg buat survey kat perairan kelantan, terdapat 40 buah telaga minyak yang ditemui dan ditanda..telaga minyak ini akan digali bila BN memerintah kelantan...

Awanama berkata...

membelakangi konsep demokrasi.

Awanama berkata...

Bermakna konsep 1 Malaysia Najib adalah Malaysia tanpa Kelantan,Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.Satu perkembangan yang baik.Dengan ini,Pakatan Rakyat wajar mengembelingkan tenaga dan kekuatan untuk menawan 3-4 lagi negeri.Kita mau lihat 1 Malaysia tu tinggal 4-5 negeri aje.Tak pelu ke Putrajaya,kalau Najib tinggal hanya 4-5 negeri,dia akan panggil Suku Malaysia.

suara anak muda berkata...

tahun ni kita pakat tukar kerajaan...