24 Feb 2012

SPRM: Kes Ariffahmi Telah Ditutup Kerana Kurang Bukti

Menantu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Bebas Tuduhan Salahguna Kuasa!

Lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan laporan rasuah ke atas Abdul Arifffahmi Abdul Rahman menantu Menteri Besar Kelantan ditutup kerana kekurangan bukti.

Dengan pengumuman itu tuduhan terhadap Ariffahmi yang didakwa telah melakukan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat jawatan terpenting di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah tidak benar dan satu difitnah yang disengajakan untuk memburukkan Ariffahmi dan juga mertuanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pihak tertentu termasuk dari dalam PAS sendiri dan juga Umno-APCO sebelum ini seakan beriya benar mahu melihat kes itu berjalan dan Ariffahmi didakwa.

Perkiraan mereka kalau Ariffahmi didakwa ia akan turut merosakan reputasi MB Kelantan itu.

Umno ada tujuan kenapa mereka beriya mahu mengheret Ariffahami ke mahkamah kerana dengan cara itu boleh melemahkan PAS.

Ini menunjukkan peranan dan komitmen Ariffahmi dalam kerajaan dan parti penting.

Ekoran siasatan dan dakwaan itu menyebabkan Ariffahmi didesak supaya meletak jawatan untuk tidak memberi implikasi kepada parti Pas dan Kerajaan.

Ariffahmi dengan penuh rela telah mengambil keputusan meletak jawatan walaupun dia tidak perlu berbuat demikian.

Sikap Ariffahmi itu sesuatu yang patut dipuji kerana peka kepada kehendak parti.

Setelah pihak lembaga SPRM mengesahkan bahawa kes itu tidak dibawa kepada pihak pendakwaan sewajarnya kalau PAS dan Kerajaan Kelantan menimbang semula untuk memberi peranan kepada Ariffahmi.

Kalaupun jawatan lamanya tidak dikembalikan tetapi pesepsi buruk ke atasnya hendaklah dikikis.

Sudah tentu pengumuman lembaga SPRM itu menggembirakan sama Tok Guru Nik Aziz dan seluruh keluarganya kerana mereka terhindar dari menerima risiko fitnah.

Dalam pada itu wajar mereka yang sebelum ini ghairah membuat tuduhan terhadap Ariffahmi supaya memohon maaf secara terbuka.

Profil Ariffahmi Abdul Rahman

Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Beliau merupakan menantu menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau meletakkan jawatan itu pada 24 Januari 2010.

Pada 15 November 2009, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian menyerahkan momorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah di Wisma Persekutuan agar siasatan segera dibuat.

Antaranya ialah :

1) Pengakuan Mursyidul Am Pas itu bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej Haji VVIP bernilai RM65,000 pada 2009.

2) Pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

PAS pusat yang bimbang imej akan tercalar telah menggesa Abdul Ariffahmi meletakkan jAwatan.

Pada 23 November 2009, rombongan PAS pusat bertemu dengan Nik Abdul Aziz selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu. Mereka terdiri daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul AM PAS Datuk Dr Haron Din.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat selepas memberi notis 3 bulan perletakan jawatan, Ariffahmi tidak patut membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan.

Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur.

Nik Abdul Aziz mengakui tidak sedar membuat kesilapan dalam melantik menantunya kerana pelantikan itu mengikut prosedur dan dalam pengetahuan anggota-anggota Exco. Semasa perlantikan, Penasihat Undang-undang negeri Kelantan tidak memberi sebarang komen.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Akta SPRM jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Pada 11 November 2009 , Blogger 'Kickdefella' dalam blognya mendakwa kerajaan negeri kerugian kerana terpaksa membeli kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ariffahmi. 'Kickdefella' mendedahkan dirinya sebagai Syed Azidi Syed Abdul Aziz , bekas pegawai perhubungan korporat PMBK.

Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membeli semula kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal - demi kepentingan peniaga. Pembelian itu menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

SPRM menyerbu PMBK dua kali berikutan surat layang berlakunya kronisme, salah guna kuasa dan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai peranan begitu besar pada Ogos 2008 hingga November 2009 .

Pada 24 Disember 2010 beliau meletakkan jawatan sebagai CEO selepas bapa mentuanya mengarahkan beliau berbuat demikian.

Pada 29 Januari 2010, beliau meletak jawatan dan diganti oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mustafa Salleh. Majlis serahan tugas diadakan di Pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.

SPRM: Kes menantu Nik Aziz sudah ditutup


KUALA LUMPUR - Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengumumkan kes terhadap menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), telah ditutup kerana kekurangan bukti untuk melakukan pendakwaan terhadap beliau.

Dipetik laporan Bernama, Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, panel itu antara lain membincangkan tiga kes berprofil tinggi termasuk membabitkan Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi disiasat SPRM atas dakwaan menyalahgunakan wang perbadanan negeri Kelantan dan isu berkaitan penerbangan isterinya ke Kuala Lumpur dan Dubai, yang didakwa menggunakan wang kerajaan negeri.

Beliau meletakkan jawatan November 2009. -SH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar 3 kes dibincangkan termasuk kes Arif Fahmi. Dua kes lagi apa keputusanya.

Putra IJ80 berkata...

Syukur Alhamdullilah...

Cuma hati sya masih terkilan dgn Bloger "Kickdefella" yg.begitu bersungguh cuba mengeruhkan suasana waktu tuduhan awal,sahingga pnceritaan nya saolah olah mereka i.e Menantu TGNA dan TGNA memang jahat sejahat nya.,tidak ada manusia di muka bumi ini yg.jahat melainkan mereka berdua.

Maka hari ini apa pulak tindakan bloger tersebut.

Sebagai Umat Islam yg beramal n menghayati Islam sya,meminta Bloger itu memohon maaf,secara terbuka.,kpd TGNA dan menantu nya dan seluruh umat Islam yg.terkilan dgn penulisannya.

Smuge Allah mengampunkn kita smua.

Insyallah.