27 Mac 2015

[VIDEO] Hudud: Mahfuz Dihalau Keluar Dewan Selepas Minta Jamil Khir Nyata Pendirian


Mahfuz dihalau keluar Dewan selepas desak menteri nyata pendirian hudud

Datuk Mahfuz Omar dihalau keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari perintah Speaker dan menghina Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu hudud.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu naik berang dengan Jamil dan memanggilnya "bacul" kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu.

Ketua Penerangan PAS itu diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

"Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

The Malaysian Insider melaporkan, jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

Mahfuz sementara itu mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya 24 Mac.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetapi sehingga hari ini masih tiada pendirian rasmi dibuat selain pandangan peribadi beberapa pemimpin parti itu. -TMI








ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus. Kini terdedahlah pekung UMNO... mereka bersandiwara di dalam soal hudud yang dibentangkan di DUN Kelantan baru-baru ini.

Dan seperti GB telah utarakan berkali-kali, PAS nampaknya terus diperangkap dan terserlah kebodohan kumpulan yang masih terus mempercayai bahawa kononnya UMNO itu jujur.

Apa lagi yang kumpulan pro-ulama mahu Allah tunjukkan?

InsyaAllah, kebenaran akan terus bersinar lagi....

23 ulasan:

Awanama berkata...

Jawapan Jamil nak tenguk dulu sebab tak tenguk rang undang undang berkenaan tidak boleh di terima sebab ia nya telah di bentang di Dewan Kelantan

Jawapan Jamil seolah olah hudud yang dibentang oleh PAS berbeza dengan hudud Islam

Orang yang paling sesuai tanya Jamil Khir ialah Mursyidul PAS

Awanama berkata...

Kesemua wakil UMNO sokong apa masalah Jamil Khir ?

Padan muka Mahfuz kena halau (jangan marah!) ada pro Ulamak UG peduli !

Ada bau tahi ayam lah !

Amuraria berkata...

begitulahlah kira-kiranya hukum Allah SWT deperleceh bagai ! bila sudah cucuk hidung,ABU !

Awanama berkata...

Jauh beza kemamouan akal & perjuangan golongan profesyenal dgn kumpulan ulamak dlm PAS. Kumpulan ulama mudah sgt kena tipu kerana x berakal...Masa depan PAS adalah di tangan golongan professional yg beriman dan bertaqwa. Sama spt di negara Islam lain spt Erdogan dengan AKP di Turki dan Khalid Meeshal dengan Hamas di Palestin. Walaupun kedua-dua bukan ulama tapi mereka berdualah yg menjadi contoh pemimpin gerakan Islam masakini yg berjaya yg ditakuti oleh para musuh Islam.

Awanama berkata...

Mungkin belum dapat izinNya. Ustaz Wan Ji ada beritahu yang ada bbrp RUU Hudud ttg perlaksanaan masih perlu diperkemaskan. Kita nak hukum Allah dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Islam itu indah.

Awanama berkata...

Sirul apa citer nya ??

Awanama berkata...

Salam Anon 7.05 am, saya setuju dengan anda 200%!

Awanama berkata...

Najib buat bodoh Senyap pasal hudud Sampai kita letih berlawan dan orang ramai naik muak

Tiba masa dia bercakap nanti dia akan memaklumkan hudud memerlukan masa untuk dilaksanakan dalam keadaan yang lebih sesuai Apa pun lah dia cakap masa tu orang dah penat dan langsung tak ambil peduli Apa lagi pro Ulamak UG gear go-stand

Nak power lagi Suami Isteri akan mengunakan pesawat baru mengerjakan umrah Lagi power ajak MB dan TMB ikut sama hehehe

Awanama berkata...

anom 7.05

hang solat subuh berjemaah tak pagi tadi ? sedap mulut kata ulamak tak ada akal...

Awanama berkata...

Sama cerita dengan Hal Hal lain penting, rakyat dah terlupa

Terima kasih drama ulama pas suci mulia.

Awanama berkata...

SUNNATULLAH

SUNNATULLAH itu mnurut garis2 batas2 HAD2 atau HUDUD yg rapi jitu tepat serta bnar2 BERSYSTEMATIK skali..

SUNNATULLAH yg trjd ddlm GELAP

Aturan ddlm GELAP pasti berakhir dgn berantakan berTELAGAH berKECAMUK tak puas-HATI kecoh-KESUMAT KEGAGALAN & khancuran!

Niat-GELAP dtg drp hati-ygGELAP ddlm suasana yg GELAP GELAP GELAP yg berpaksikan TIPU-onar-FITNAH-rasuah-ROMPAK-@-songlap...itulah GELAP, ddlm niat ygGELAP mana mungkin dtg nya KEREDHAAN drp TUHAN!



SUNNATULLAH ddlm CAHAYA-TERANG

Niat-drp-HATI ygTERANG-brCAHAYA saling terang-MENERANGI-lapang-meLAPANGkan-kukuh-mNGUKUHkan dan sentiasa patuh-SETIA kpd JANJI!

Ddlm CAHAYA yg bnar2TERANG sgl2nya jls MUDAH serta penuh-YAKIN utk dijayakan...smuanya brmula dr HATI dr niat-ygTERANG barulah dtg KEREDHAAN TUHAN..



Mahfudz

Sepatutnya Mahfudz WAJIB bertekak dgn Hadi/MSU trlebih dulu krn slalu sgt dah buat-FITNAH dan kini terang2 tlh pon mnodai JANJI ddlm PR/pakatan!

Mahfudz cuba brlagak-HERO ttpi mnjd org suruhan dr dlm GELAP yg klihatan nya BERANI tp sgt2 bacul trhdp MSU dan Hadi yg brmain FITNAH serta mnodai JANJI..juga nampak mcm pandai ttpi sbnrnya BODOH!
Demikianlah SUNNATULLAH yg tlh trjd kpd mrk yg ddlm KEGELAPAN..

Zab berkata...

Bak kata Abdul Wahub dalam 3 Abdul:
Kamu tahu kan dia tu penipu, muka dia pun muka penipu, yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa? Kamu tu yang bodoh.

Saya malas nak komen panjang panjang. Berbuih mulut TGNA nasihat, anak dia sendiri pon tak dengar.

Awanama berkata...

Sgt sedih apabila melihat kenyataan hadi awang ttg hudud dulu dan sekarang. U-Turn lagi. Pas members, please be more mature. It's not about rejecting hudud. It's about the implementation.

Awanama berkata...

Apasal yang lain tak keluar ikut Mahfuz Sorang sorang desak Jamil Khir

Hudud ni kena semua terlibat Lepas tu baru ikut proses satu demi satu

Ni bila Nazri kata bodoh bila Annuar Musa U turn Mustapa mengelak Najib senyap mana pengkomen pengkomen yang kata hudud perintah Allah Mana orang yang ingat kan dengan Al Quran Mana orang yang kata hudud dah selangkah Setapak pun belum!!

Awanama berkata...

Tuan greenbox...nampaknya puak ug dah kene tipu.....kawe hanya nak senyum je....hehehehe

Awanama berkata...

UG bodoh mudah ditipu, Kalau UMNO mahu hudud kenapa tak kerjasama di Terengganu juga tempat Presiden UG

Awanama berkata...

kalau UMNO ikhlas, hudud dilaksanakan diMalaysia yang diperintah UMNO, TGNA tak gopoh hudud, Ulamak UG saja tak cerdik

Awanama berkata...

nak laksanakan hudud kena perintah Malaysia, walaupun pernah perintah Kedah, tol tak boleh dihapuskan, kuasa pusat

Awanama berkata...

adakah Hadi,UG dan UMNO telah bekerjasama supaya UMNO kekal berkuasa PRU14? isu hudud hanya alasan?

Awanama berkata...

UMNO tak mungkin setuju jalan kan Hudud

Darah daging UMNO penuh sumber kotot

Hudud UMNO habis lah Mat Mat Bahalol badan besar Otak Gred 4

Awanama berkata...

Baru ada akai. Tak serik2 kena dengan UMNO-BN.

Satu cara ja bagi 'ulama'2 PAS' ni senang hati. Cari satu pulau & tauk depa & pengikut depa ni kat pulau tersebut. Perintahlah macam mana hampa mau, buatlah apa hampa mau. Baru ada akai...

mohd shahran berkata...

mana nik abduh, hj hadi dalam parlimen senyap.. haram jadah betul golongan ulamak ni... ckp kat luar macam harimau kat dalam dewan macam pondan..

Awanama berkata...

Rata² masjid kat Malaysia dihadiri 10~30 jemaah semasa sembahyang SUBUH...

So nampaknya Islam masih belum sampai masa untuk bangun di malaysia nie.....

Kalau nak malayisa nie Kuat,Kukuh dan terus membangun AYUHlah berjemaah SUBUH di Masjid macam mana waktu Sembahyang JUMAAT... Pasti Islam akan kuat dengan bantuan Allah.....