28 Feb 2012

[Bergambar & Video] GERAKAN Pun Malu & Jijik Dengan Politik Samseng UMNO Di Pulau Pinang

Seorang pemimpin gerakan Pulau Pinang hari ini membuat kecaman ke atas tindakan politk samseng Umno pada hari protes Anti-Lynas di Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade semalam.

Ketua Biro Undang-undang & Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh memberi amaran kepada UMNO supaya menghentikan cara berpolitik sedemikian, lapor FreeMalaysiaToday.

Jika tidak, menurutnya Barisan Nasional perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya di dalam pilihanraya akan datang.

Baljit menambah aksi keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng UMNO tersebut amat memalukan dan memberi impak buruk bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti komponen BN yang lain.

“Rakyat Pulau Pinang benci kepada para samseng ini. Anggota komponen BN yang lain rasa bersalah bersekongkol dengan Umno selama ini. Rakyat mempersoalkan integriti dan maruah parti-parti selain UMNO di dalam BN,” katanya hari ini.

Baljit berkata lebih banyak Umno melakukan perkara sedemikian, lebih teruk BN akan kehilangan undi dari rakyat Pulau Pinang dan lain-lainnya.


Beliau mengingatkan Umno bahawa BN telah kehilangan banyak sokongan pada 2008 akibat dari kebencian rakyat terhadap keangkuhan dan kesombongan Umno.

Beliau menambah parti komponen BN menerima kesan buruk begitu dasyat akibat bersekongkol dengan Umno dan berkata Umno mesti sedar bahawa mereka adalah sebahagian dari BN, dan mereka bukan ketua feudal.

“Jika UMNO tidak boleh bekerja sebagai anggota di dalam kumpulan BN, mereka patut tahu apa yang perlu mereka lakukan,” kata Baljit.

‘Kenapa Di tempat dan masa yang sama?’

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa samseng yang terlibat adalah ahli mereka dari UMNO bahagian Tanjung.

Bagaimanapun, beliau cuba mendakwa penyokong anti-Lynas yang memprovokasi ahli pemuda UMNO berkenaan.

Namun bagu Baljit, yang ada memerhati demonstrasi berkenaan, mempersoalkan tujuan Pemuda UMNO tersebut menganjurkan demonstrasi pro-Lynas pada tempat dan masa yang sama.

“Mengapa mereka tidak boleh mengadakan demonstrasi itu di hujung minggu ini? Kenapa mereka perlu lakukan pada hari yang sama? Tidakkah Umno boleh menghormati demokrasi?” soalnya.

Semasa Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota semalam, ia dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu

Kumpulan berkenaan terus mencaci Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

NUJ bidas serangan, mahu polis bertindak

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mahu polis bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencederakan dua wartawan yang membuat liputan perhimpunan solidariti bagi menyokong Himpuan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam.

"NUJ mengutuk kumpulan yang dipercayai didalangi penyokong PERKASA dan Umno kerana menyerang dua ahli media yang bertugas meliputi perhimpunan solidariti di Pulau Pinang, petang semalam," kata presiden NUJ Chin Sung Chew.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Chin berkata tidak ada sebarang alasan bagi mereka menyerang wartawan.

"Para wartawan hanya ditugaskan untuk membuat liputan acara berkenaan dan saya pasti orang ramai, termasuk kumpulan itu dapat mengenal pasti anggota media yang bertugas," katanya.

Pada kejadian semalam, wartawan Kwong Wah Yit Poh Adam Chew dan Lee Hong Chun diserang selepas pertengkaran yang tercetus pada perhimpunan itu.

Akibat kecederaan yang dialaminya, Chew terpaksa memerlukan lapan jahitan, manakala Lee hanya luka dan lebam di kepalanya

Menurut Chin, NUJ membidas keganasan yang disasarkan terhadap wartawan yang menjalankan tugas mereka. NUJ juga menasihati ahli-ahli media untuk berhati-hati pada masa akan datang.

"NUJ akan memantau kes ini dengan teliti kerana kita tidak mahu ia menjadi satu trend di mana petugas media diserang semasa menjalankan tugas," katanya.

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang semalam berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Malah acara utama di Kuantan, Pahang, menyaksikan kira-kira 15,000 orang ramai berhimpun membantah loji pemprosesan itu kerana bimbang berlakunya pencemaran radioaktif.

Pemuda PKR dukacita dengan polis

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Lee Khai Loon berkata, pihaknya dukacita dengan tindakan polis yang didakwa lewat mengawal keadaan dan menuduh penganjur tidak memaklumkan kepada mereka lebih awal.

Lee (kiri) alam kenyataannya hari ini juga mendakwa, gambar yang direkodkan menunjukkan kemunculan seorang pemimpin kanan Umno bahagian Bukit Gelugor bersama "samseng" yang membuat kecoh dan provokasi.

"Oleh itu, AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.

"Polis perlu bersikap neutral serta profesional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis," katanya.

Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bayan Baru pula berkata, tindakan pihak yang didakwa "samseng-samseng Umno" dianggap sebagai tindakan "fasis" yang menggunakan ketegangan untuk mempertahankan kepentingan pemerintah.

"Keganasan berbentuk fasis sebegini hanya membuktikan bahawa Umno adalah panghalang utama dalam perkembangan demokrasi di bumi Malaysia," kata Pengerusi PSM Bayan Baru Choo Chon Kai dalam kenyatannya hari ini.
-mk











14 ulasan:

Awanama berkata...

modal2 insan yang di ternak oleh UMNO/PERKASA....mai dari ladang gemas kot...tu yg perangai sama ja...baguih la tu,kalo tak,nnt PR xdak modal nak kasi BN bungkus....

Awanama berkata...

muka pun muka2 samseng
kalau budak2 macam ni perintah malaysia
hancur malaysia...

Awanama berkata...

jelas benar tindakan primif puak-puak ni.

teman berkata...

Teman rase betol kata Anon 0807; mereka ni nampak primitif, bodoh dan muka Pak Turut ( Lebih teruk daripada Pak Pandir ), tak pandai menggunakan akal dan banggang la senang kata !

Awanama berkata...

umno mamak y dok buat kecoh...xbagi org kutuk umno konon..umno y memalukn umno sendri..ngaku ahli pas pn ada..buat malu ja..nk tunjuk hero melayu la konon,xtaw ke mamak ni jnis jaga kaum mamak saja..jgn la cr gaduh..

Amuraria berkata...

HASIL DARI MAKBAPAK MAKAN RASUAH YANG HARAM ;) MACAMANA MAMAK JADI KETUA MELAYU ? DEY !!!

Awanama berkata...

Apa tunggu lagi komponen2 lain dalam BN, beri kata dua kepada UMNO , peristiwa hitam ini adalah peristiwa terakhir yang telah pun berlaku terhadap kesuburan demokrasi di Malaysia, jika tidak keluarlah beramai-ramai , tinggalkan BN dan sekutu2nya yang sukakan keganasan. Putrajaya didalam laluan Pakatan Rakyat.

1 Malaysia berkata...

Selama ni AKU tak pernah pun dengar puak PR pi kacau perhimpunan BN/UMNO. Nampaknya, gejala yang tidak sihat sudah dan sedang dipupuk puak UMNO. Tak patut kita biarkan puak ni memerintah negara kita, hancur masa depan anak-anak kita.
Yang paling sedih ialah kita dipergunakan oleh Melayu Tiruan yang telah dan sedang menikmati/menumpang kesenangan yang dimiliki oleh Melayu Asli. Depa ni yang mempergunakan Hak Istimewa Melayu semaksimumnya. Cuba kita lihat berapa kerat Melayu Tiruan ni yang miskin berbanding dengan Melayu Asli (Kelantan). Entahlah, bila Melayu akan sedar? Adakah setelah konsep "PAK KADOK" tercapai?

Awanama berkata...

Aku nak ucapkan alhamdullilah,syukur,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada mereka-mereka yang sentiasa mengganggu ceramah PR dan dihari protes Anti-Lynas di Himpunan Hijau INI,kerana TINGKAHLAKU sebeginilah yang akan berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU.Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada mereka -mereka ini kerana anda telah berjaya membuatkan rakyat semakin sedar untuk tidak memberikan undi mereka lagi(tingkahlaku mereka mereka inilah yang sebenarnya membuatkan makin ramai orang membenci UMNO)UMNO SUDAH TERLEWAT UNTUK BERUBAH ,teruskanlah dengan berkelakuan begitu dan berusahalah dengan lebih gigih lagi ,usaha murni anda semua pasti akan di kenang.

Awanama berkata...

..pembetulan bahasa kepada komen pada 28 Feb, jam 8:45ma...... 'mereka-mereka' adalah sebenarnya 'mereka'. Sekian terima kasih.

Awanama berkata...

Wa sokong anonymous: 8.45....ni kita nak buat anti-lynas 3.0 plak...mai la puak umnongok tu mai kacau...mai jangan tak mai,mai ramai-ramai....kita wok masuk dalam youtube....biaq satu dunia tengok demokrasi ala malaysia umno-lembu ini..ha ha ha...wa macam biasa akan ikut serta bersama beruk-beruk umno nie..ha ha ha

paktehku berkata...

... sekejam Mahathir menjadi PM, tak pernah pun mengarahkan ahlinya berbuat demikian semasa pemerentahannya... TAPI zaman pemerentahan NAJIP, semenjak mengupah Yahudi APCO menjadi penasihatnya... ini yang berlaku, ahli UMporNO beranggapan perilaku mereka dapat perlindungan ...

hairan berkata...

akhlak dan budi perkerti orang ISLAM ala UMNO... para penyokong dan pahlawan melayu yang mengaku islam!! thuiiiiii!!!! buat malu islam aje kalo perangai mcm tuh

Awanama berkata...

cukup memalukan...kera teh tarik secawan,roti canai sekeping dan rokok sebatang,sanggup menjual maruah...