21 Nov 2012

Sejak Bila Di Atas Dunia Ini Ada Undang-undang Halang Orang Berdoa?


Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis

KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.

Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.

"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.

Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.

Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.

Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.

Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

Ulasan GB

Sejak bila di dalam dunia khuususnya di Malaysia ini wujudnya undang-undang yang menghalang seseorang daripada berdoa?

Apabila laporan polis dibuat kerana ada orang berdoa (tak kira apa pun doanya) maka ia menunjukkan kebebalan UMNO sendiri dan agensi berita yang melaporkannya semata-mata untuk mensensasikan isu berkenaan.

Sebelum ini GB pernah menulis menyatakan bahawa DOA adalah hak individu/kumpulan. Orang berdoa kepada Tuhan untuk apa juga tujuan dan adalah hak Tuhan untuk memakbulkan doa seseorang sepertimana firmannya yang bermaksud:

“Dan tuhanmu berfirman: ‘berdoalah kepadaku nescaya akan kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

Tiada siapa yang boleh menghalang doa seseorang - apatah lagi jika doa itu doa yang dibaca secara sirr (di dalam hati)

Nak ditangkapkah keseluruhan 40,000 orang ahli PAS yang mengaminkan doa KO BN di Stadium Sultan Muhammad IV itu dan kita mengalu-alukan jika polis bersedia untuk menahan keseluruhan mereka yang berdoa itu.

Cuma yang GB nak tanya, dibawah fasal mana, seksyen berapa - undang-undang di dalam negara ini yang ada memperuntukkan menghalang seseorang daripada berdoa?

Belum pernah ada sebarang kes di dalam mahkamah seluruh dunia sejak dulu sampai sekarang yang melibatkan penghalangan seseorang daripada berdoa.

Kemudian tentang isu murtad. Perlu dinyatakan secara khusus dan teliti bilakah masanya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz memurtadkan UMNO? TG Nik Aziz hanya menyatakan bahawa mereka yang memperlekehkan Islam boleh menjadi murtad, berdasarkan kitab Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Yang UMNO terasa sangat perkataan itu ditujukan kepada mereka, kenapa? Sudah termakan ladakah sehingga terasa pedasnya?

Masalah utama kini ialah orang UMNO sendiri tidak memiliki dan tidak membaca kitab Mestika Hadith yang kata-kata aluannya ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri ketika buku itu diterbitkan iaitu Dr. Mahathir Mohammad!

26 ulasan:

Pemikir Sensibel berkata...

Jahilnya mereka mereka yang buat laporan polis ini.

Yang jelas-jelas kenyatan Mahathir berkawan syaitan tu didiamkan aja.

Yang jelas-jelas kes-kes jenayah rasuah yang dibangkit rakyat itu, di diamkan sahaja.

Yang jelas-jelas acara lalai yang merosakkan akhlak anak muda, masaaalah pati, jenayah dan lain-lain yang membuat mata dan minda Rakyat, didiamkan sahaja.

Yang jelas-jelas setiap hari media membuat fitnah itu di senyapkan sahaja.

Mereka ini betul2 gila meroyan. Orang nak beribadat pulak yang mereka buat laporan polis.

Firkirkan pandai ke.... atau ada yang tak kena pada mereka2 ini?

Agaknyalah, kalau TGNA buat majlis Gangnam Style, mesti kena belasah kaw-kaw dari auk-auk ni.

"Pemikir Sensibel"

Tanpa Nama berkata...

Umno oh umno..terserlah kejahilan mu.. aku x heran kenapa diorg menolak hukum allah..

Tanpa Nama berkata...

Melarang orang berdoa tidak jauh beza dengan orang Yahudi yang memang mahu kita menjauhkan diri daripada Allah S.W.T. UMNO lu ni menganut agama Yahudi atau agama Islam? Tapi memang agama Yahudilah kerana perangai diaorang dah macam Yahudi. Nak cakapkan macam mana lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dunya Dunya

Bila Dunya dikejari, apa pun yang difikir dapat menghalang seseorang mengejar Dunya akan dikira sebagai penghalang.

Namun, tiada pun penghalang bagi mereka mereka yang mengejar alam kubur alam akhirat.

Itulah tanda tanda kemunafikan sesorang itu apabila berTuhankan Dunya.

Tanpa Nama berkata...

ni la dikatakan "Melayu Jahiliah", orang berdoa pon nak lapor polis? Polis nak buat apa? tangkap dan penjarakan pembaca doa tu ker? Berdoa satu jenayah ker?

kalo dah sifat syaitan tu akan terus menjadi syaitan selamanya....

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap kejahilan "Melayu UMNO"
Polis nak tangkap ke pembaca doa tu? atas alasan dan jenayah ape? ape pertuduhan yang akan dikenakan?

Tanpa Nama berkata...

Minta polisi siasat bwh akta hasutan maknanya doa tu mcm hasut Allah utk k o puak tu. Apa punya turr makhluk yg buat report tu.

Tanpa Nama berkata...

ala saje nak tonjol diri. cari makan ler katakan. kalu x jd macai, camna nak dpt habuan. lg pon PRU nak dekat. mane ler tau kot2 terpilih utk jadi calon. kah kah kah

XUMNO berkata...

Minta semua ahli dan penyokong PAS menambahkan lagi doa kehancuran UMNO BN setiap masa supaya ahli2 UMNO Melayu yang jahil2 ni menjadi bertambah2 gila.Sekarang pun dah nampak doa di Kota Bharu dimakbulkan oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bab perpecahan orang melayu, ameno kena buat laporan polis terhadap madey. Madeylah punca melayu ameno berpecah kerana memecat Anwar. Sebelum itu melayu ameno amat utuh. Oleh sebab melayu ameno tak sedar pilih madey bukan melayu, maka melayu ameno di kucar kacirkan oleh Madey. Jadi melayu ameno berpecah takde kena mengena dgn Pas. Janganlah nak salahkan orang lain.
Apakah melayu ameno yakin yg Allah akan makbulkan doa orang Pas yang dikatakan sesat oleh melayu ameno tu. Sayang melayu ameno terlampau takut atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Patutlah mereka terlampau takut kalau kerajaan Malaysia dipimpin oleh parti selain BN. Dah jelas kenapa.....Allahuakbar ........Ya Allah, ya tuhanku, kau lenyapkanlah parti bernama UMNO dari bumi malaysia ini......aminnnn........

Tanpa Nama berkata...

Teruskan berdoa tumbangkan BN diganti pemerintah beriman yang menjaga agama dan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Adakah UMNO mahu nak berdoa perlu permit

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya tuhan ku...kau musnahkanlah umno....amin ya rabbal alamin


UMNO taknak report ke ..aku doa minta UMNO hancus nih.....

Repot le...repot....repot.....

Tanpa Nama berkata...

Kesian Pak Polisi..., pening kepala macammana nak siasat laporan polis yang di buat oleh pihak pencacai...salinemail@gmail.com

Roza berkata...

Salahkah orang yg kena zalim berdoa mengadu kpd Allah?Islam dipersendakan, rakyat tak dpt royalti,ada sekolah agama tak dpt 1 sen pun, peruntukan w/rakyat PR di nafikan, k/tangan kjaan yg ditukarkan berpisah anak isteri & serba mak nenek lagi. Lagi pun doa tu tak menyebut individu tertentu.

Tanpa Nama berkata...

KAH..KAH..KAH..LAWAK LA MALAYSIA NIE..PASAL DOA PUN NAK JADI ISU..BIARLAH NAK DOA APA PUN ..YG KORANG (BN ) NAK SIBUK2 KENAPA..XPUAS HATI..AAA..KORANG AJAK NAK USTAZ2 UMNO BERDOA JGAK..ADIL DAN SAKSAMA..XKAN NAK BERDOA PUN X BOLEH..XKAN NAK REPORT KAT POLIS KOT..ADUHAI LAWAK2..KALU ORANG DARI LUAR NEGERA BACA PASAL CITE NIE..MAU DI KUTUKNYA MALAYSIA...HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah, kita orang islam wajib mengadu pada Allah bila dalam kesusahan atau di zalimi. Umno mengadu kat sapa-Kat polis.Polis tu kan manusia. Apa punya sombong menjauhkan diri dari Allah. Umno Kalau terasa lada, belajar2 mengadu kat Allah, kalau diri rasa di pihak yg benar la. Kesian kat polis buat pening kepala otak depa saja. Ini satu penyakit, Umno dah pening dok bagi orang lain pening pulak. Apa punya BAGHAL....

Tanpa Nama berkata...

Kalau TGNA & Adiknya kena tgkap...tgkaplah juga saya, sbb sy pun meng"Amin"kn doa ini.

Amin

acop Melaka/Phg berkata...

hi hi hi hi...aku gelak2 puas2 dulu sebelum nak ditangkapkan polis bila ahli umno merepotkan kerana aku dan kwn2 selalu doakan umno akan mampus lps PRU13 ni. Aku sanggup berdoakan mcm tu sbb umno ni memang jelas mendorongkan belia2 kita kpd maksiat dan umno suka memfitnahkan org lain dan juga suka putarbelit ambikkan harta benda Malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

salam saudara sekalian korang x rasa ralat ke mengaminkan kemusnahan dan kehancuran terhadap saudara seislam bukankah lebih baik mengaminkan doa kesejahteraan dan memberi hidayah supaya islam menjadi lebih kuat dan bersatu

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang nak kena sebab doa kemusnahan UMNO yang zalim???

Tanpa Nama berkata...

Zaman najib nak berdoa kena minta restu UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Mana hero pemuda umno kelantan yang bernama Anuar. Tak buat repot polis juga ke?

Tanpa Nama berkata...

Dengar semula doa tersebut .Doa tu untuk mohon Allah hancurkan parti UMNO dan BN supaya kalah dalam PRU13 nti ,bukannya minta Allah musnahkan ahli2nya.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3:07pm. UMNO nak sebelum berdoa:
1. Mohon permit dulu daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
2. Teks doa dihantar terlebih dulu untuk ditapis.
Rupa2nya takut juga UMNO ni dengan doa PAS.

Tanpa Nama berkata...

Doakan kejatuhan dan kemusnahan UMNO, untuk tinggi syiar islam di Malaysia