27 Feb 2012

Gambar Terbaru Dr Badrulamin Bersama Isteri Tiba Di JAIP Beri Keterangan

Badrulamin disiasat Jaip hampir 3 jam

KUANTAN - Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, beliau akan "berehat" dari menjalankan semua tugas dan tanggungjawab parti dan kerajaan supaya perkembangan semasa tidak memudaratkan jamaah, lapor Sinar Harian. Gambar dari Bernama/mstar.

"Saya akan berehat dulu daripada semua jawatan parti dan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di pekarangan pejabat Jaip di sini petang.

Beliau yang sekali lagi menafikan laporan media bahawa ditahan Jaip berhubung isu berkhalwat tiba di pejabat agensi agama itu kira-kira 2.40 petang dan meninggalkan premis tiga jam kemudian.

Dengan ditemani isteri dan tiga peguamnya, Badrolamin tiba di pekarangan Jaip kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam pada itu, pasangannya pula tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.

"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur.

"Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini.

Badrolamin, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, petang ini hadir di pejabat Jaip untuk membantu siasatan.

Kerajaan Selangor pula tidak akan terlibat dalam isu khalwat yang mempunyai kaitan dengan ketua penerangannya, Datuk Dr Badrulamin Bahron.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama di Kuantan untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kami tidak akan terlibat dalam perkara ini dan tidak mahu sebarang penjelasan daripada Dr Badrulamin,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Monfort Boys Town di sini, Isnin.

Semalam Dr Badrulamin Bahron telah dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

Khalwat: Badrulamin Dakwa Didalangi Umno

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,"
katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
-mstar


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Baguslah tu...PAS tak mahu campur hal dalaman PKR. Tapi yang tak bagus PAS bila kena tercalit "member" dalam satu kapal tongkang cepat-cepat kata itu urusan sendiri-sendiri.

Cuba kalau kena orang kuat UMNO bab ni tentu dah berjela-jela komen entah...entah kiamat sebiji dunia dihebohkan.....amacam greenboc ????

Awanama berkata...

Salam Pakcu Rantau Panjang,
....takkan tuan tak bleh pikir, sejak zaman berzaman, orang tertentu sanggup guna apa saja cara utk kepentingan tertentu termasuk fitnah memfitnah utk mengaibkan seseorang. PAS dah lali dgn cerita dan modus operandi begini sebab tu 'malas nak layan', Mat Sabu sendiri pun pernah kena benda yg sama suatu ketika dulu....apa nak heran....budak budak yg tak mumayis 'pukul' orang dewasa maka biarlah orang dewasa tu urus sendiri, kalau orang dewasa lain nak masuk campur uruskan budak tak mumayis tu bagi perabis nasi ja, tak da faedahnya layan orang gila.