28 Feb 2012

[Video] Filem Iran, A Separation Kalahkan Filem Israel Untuk Anugerah Oscar 2012

Teheran - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.

DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.

Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.

Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka.

Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata.

Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.

"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.

"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi

Berikut adalah senarai penuh penerima Oscar 2012:

Filem Terbaik

The Artist

Pengarah Terbaik

The Artist, Michel Hazanavicius

Pelakon Lelaki Terbaik

Jean Dujardin, The Artist

Pelakon Wanita Terbaik

Meryl Streep, The Iron Lady

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Christopher Plummer, Beginners

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Octavia Spencer, The Help

Filem Cereka Animasi Terbaik

Rango, Gore Verbinski

Pengarahan Seni Terbaik

Hugo, Dante Ferretti (Rekaan Produksi) dan Francesca Lo Schiavo (Dekorasi Set)

Sinematografi Terbaik

Hugo, Robert Richardson

Rekaan Kostum Terbaik

The Artist, Mark Bridges

Suntingan Terbaik

The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter dan Angus Wall

Filem Bahasa Asing Terbaik

A Separation, pengarah Asghar Farhadi (Iran)

Solekan Terbaik

The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland

Suntingan Bunyi Terbaik

Hugo, Philip Stockton dan Eugene Gearty

Adunan Bunyi Terbaik

Hugo, Tom Fleischman dan John Midgley

Dokumentari - Cereka

Undefeated, TJ Martin, Dan Lindsay dan Rich Middlemas

Dokumentari - Pendek

Saving Face, Daniel Junge dan Sharmeen Obaid-Chinoy

Kesan Visual Terbaik

Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman dan Alex Henning

Muzik (Skor Asal Terbaik)

The Artist, Ludovic Bource

Muzik (Lagu Asal Terbaik)

Man or Muppet, muzik dan lirik Bret McKenzie, The Muppets

Filem Pendek (Animasi) Terbaik

The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, William Joyce dan Brandon Oldenburg

Filem Pendek (Aksi Langsung) Terbaik

The Shore, Terry George dan Oorlagh George

Penulisan (Lakon Layar Adaptasi) Terbaik

The Descendants, oleh Alexander Payne dan Nat Faxon & Jim Rash

Penulisan (Lakon Layar Asal) Terbaik

Midnight in Paris, oleh Woody Allen






Ulasan GB

Satu pengajaran terutama untuk pengusaha filem tempatan.

Filem dari negara Iran itu, A Separation, tidak perlukan adegan-adegan seks dan lucah, tidak perlukan unsur tahyul dan khurafat, tidak perlukan artis-artis memakai pakaian dedah sana dedah sini, tetapi masih mampu memenangi Anugerah Oscar Antarabangsa.

Filem Malaysia?

3 ulasan:

Muslim Super berkata...

Syabas Iran, Filem Muslim pertama menangi anugerah Oscar.

Iran = 1
Israel = 0

Nak harapkan filem kita, lebih hburan drp unsur mendidik jiwa. Harap je mengakui Ahlu Sunnah, tetapi mencerminkan sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak maju, lama sangat kena tipu oleh dr mahathir

Tanpa Nama berkata...

Nak buat filem mesti ada ilmu berkaitannya dan ada iman.. Di Malaysia tidak ramai yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dan iman yang mantap ... akibatnya filem yang dihasilkan tidak bermutu dan kurang mesej !