28 Feb 2012

[Video] Hampir Ditumbuk Oleh Pembantu ADUN UMNO, Nurul Izzah Buat Laporan Polis

Izzah, Nik Nazmi buat laporan polis insiden serangan di Felda di Lepah Hilir

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad semalam membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam kelmarin.

Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan.

“Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah.

“Mereka menjerit “Keluar Nurul Izzah”, “Keluar Nik Nazmi”, “Hidup Umno”, “Anwar Penyokong Israel”, dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno,” katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut.

Tambah beliau, atas nasihat dan saranan pihak polis yang membuat kawalan, mereka meninggalkan premis berkenaan, namun penyokong Umno itu mengepung kenderaan mereka, sebelum Polis Bantuan Felda datang mengiringi mereka keluar daripada lokasi berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis yang memberikan bantuan kepada kami, walaupun mereka turut menjadi mangsa serangan provokasi pada malam itu,” katanya dan menjelaskan terdapat kurang daripada 10 pegawai polis berpakaian seragam dan Polis Cawangan Khas yang bertindak menjaga keamanan ketika insiden itu.

Ketika kejadian, Nurul Izzah menjelaskan terdapat kira-kira 100penduduk tempatan yang hadir untuk mendengar ceramah mereka.

Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan, tindakan provokasi yang dibuat kumpulan berkenaan telah bermula sejak mereka sampai di kawasan premis gerai makanan itu.

Sehubungan itu, beliau turut menuntut Perkasa dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung insiden berkenaan.

“Saya menuntut Khairy dan Perkasa tampil menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan anak muda yang menjadi perkakas Umno ini.

Tambah Nik Nazmi, pihaknya kesal kerana tindakan malam itu tidak menggambarkan kematangan anak muda dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Ini negara berperlembagaan, rakyat boleh memilih parti yang mereka percaya, kalau benar Umno serius, saya minta Khairy rujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas secara ilmiah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan maklumat daripada pihak polis yang diterima Nurul Izzah, pemuda yang disyaki cuba menyerang Nurul Izzah dikenali sebagai Asrullah Affendi Abdullah, Ketua Majlis Belia Malaysia cawangan Felda Lepar Hilir.

Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Tropicana di sini. -TMI

Tragedi mata lebam nyaris berulang – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
-KD


Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi

ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap
atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

Bagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.
-mk





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar polis siasat dan tengok apa tindakan yang akan diambil terhadap suspek tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau berlaku kes mcm ni lg...panggil ketua mereka dan suruh dia berucap..tanya knp mereka marah sanggat mcm org gila....dengar hujah mereka...lepas tu kita jawab balik dgn fakta...lg mudah org ramai faham keadaan sebenar....

Tanpa Nama berkata...

puak-puak munafikun ni mana boleh duduk berhujah. pemimpin mereka sendiri pun pengecut (tak ada BUAH) untuk berdebat. yang dia orang tahu terjah... sebenarnya mereka tak mahu menerima kebenaran....

Tanpa Nama berkata...

PERGI KANDANG KAMBING MENGEMBIK PERGI KANDANG LEMBU MENGAUM KENAPA LAK GI KANDANG HARIMAU NAK KENA NGAUM JUGA KE?

hairan berkata...

harap polis amik tindakan??

alahaiiii.... apa yg polis boleh buat? takat amik statement aje la. Tapi kalo orang PR siap terus tahan ISA lagik hahahaha

lagik

takpe izzah, doa aje la bebanyak. Hanya Allah aje yg boleh membantu kita sekarang nih.

Tanpa Nama berkata...

dia adalah pengerusi tetap majlis belia felda malaysia sesi 2010-2010. sumber dari www.mbfm.org. hancur la anak muda felda kalau orang macam dia ni jadi pemimpin..