27 Feb 2012

[WASPADA] Tragedi Menyamai Adik Nurin Jazlin Berlaku Lagi

Bapa dakwa anak cuba diculik

TIKAM BATU – Satu percubaan kes culik dilaporkan menggunakan taktik sama ala arwah Nurin Jazlin pada 2007 di Seksyen 1, Wangsa Maju yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dikatakan berlaku semula dua minggu lalu.

Bapa mangsa, yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, peristiwa yang berlaku kepada anaknya mengimbau kembali kisah tragis lima tahun lalu.

Menceritakan kejadian itu, Ahmad berkata, selepas pulang dari sekolah, anak lelaki sulungnya yang juga merupakan murid tahun dua sebuah sekolah terus tidur tanpa menceritakan kejadian kemungkinan masih trauma sehinggalah pada sebelah malam.

“Anak menceritakan kepada saya dia didatangi seorang wanita berusia 30-an mengumpan RM5 kepadanya ketika bersama kawan-kawan sedang menunggu kenderaan untuk pulang dari sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, pada mulanya anaknya sulung itu yang sukar menerima pelawaan mana-mana pihak enggan mengikut wanita itu yang memintanya ke van yang terletak di luar pagar sekolah bagi mengambil wang berjumlah RM5 yang dijanjikan.

“Anak saya bertegas tidak mahukan wang itu tetapi tangannya direntap dan ditarik menuju ke van yang sudah sedia menunggu bersama seorang pemandu.

“Bagaimanapun, tindakan wanita menarik anak saya sehingga hampir sampai ke van itu dilihat agak mencurigakan oleh seorang penduduk kampung yang secara kebetulan melalui laluan sama, “ katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian mengarahkan wanita berkenaan melepaskan genggaman tangan, tetapi dia mengakui mahu membawa ‘anaknya’ pulang.

“Dalam masa sama, anak saya pula meronta dan menjerit bahawa wanita itu bukanlah ibu kandung serta tidak mengenalinya,” katanya.

Menceritakan kejadian selanjut, anaknya yang berjaya melepaskan genggaman semasa pertengkaran itu terus berlari ke arah rakan sekolah yang masih berada di pekarangan sementara wanita bersama pemandu van terus melarikan diri.

Ahmad berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki ia mungkin percubaan menculik setelah diceritakan anaknya namun sifat keibuan isterinya mula mencurigai sesuatu.

Ahmad yang bimbang dengan kejadian itu terus menyiasat perkara berkenaan dengan menemui pihak sekolah serta membuat laporan polis di balai berdekatan.

Dia bimbang sekiranya kisah culik seperti Nurin Jazlin berulang kembali dan mahukan semua pihak lebih mengetatkan undang-undang demi keselamatan kanak-kanak.

Seperti dilaporkan media, Nurin Jazlin Jazimin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berdekatan rumahnya 20 Ogos 2007 selepas saksi terlihat mangsa ditarik menaiki sebuah van berwarna putih.

Bagaimanapun, kehilangannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tangga premis kedai, Taman Petaling Utama 27 hari kemudian. -SH

3 ulasan:

Basteng berkata...

Salam..

Saya pun sudah lama berdoa & menunggu agar si Iblis yang menyiksa & membunuh adik Nurin akan menerima pembalasan yang setimpal dengan dosa & kesalahan kejam yang di lakukan terhadap arwah adik Nurin!

Manusia bertopen Iblis laknatullah itu masih bebas & berkeliaran di dalam masyarakat !

Dia juga tidor, makan, minum, buang air besar/kecil!

Ada rezeki, nanti kita akan menangkapnya & melaksanakan hukuman HUDUD ! tq

teman berkata...

Teman minta orang awam kalu terjumpa dengan kes-kes yang nampaknya "memaksa", harap dapat angkat geng dan belasah dulu.... yang lain belakang celite laaa

tanda soal berkata...

sokong teman,
biasanya anak2 x akan meronta kalau ibu bapa sendiri yang genggam tangannya. so mcm 'teman' kata : belasah je dulu iblis2 tu.. nak tunggu polis memang la lambat... so polis2 jgn la marah..sbb polis pun ada anak2 jugak kan!