27 Feb 2012

[Bergambar & Video] Samseng UMNO Ganggu HH 2.0 Di Pulau Pinang

Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.

Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.

Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.

Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.

Gunting rambut

"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.

Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.

Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.

Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.

Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.

Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.

Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne. -mk




GELAGAT BERUK!!! (Video)Samseng Taik Minyak UMNO memalukan bangsa




Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.



Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.



Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.





Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.



Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut seorang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.





Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.#KALAU MAKLUM KAT POLIS PUN, BERANI KA POLIS DENGAN SAMSENG TAIK MINYAK UMNO. KO.. BOLEH TENGOK JA MACAM KAT SEMBRONG....ADMIN

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.





>





kredit: pasbb2


Ulasan GB

Nampaknya langkah UMNO BN menggunakan samseng-samseng (atau tidak menyekat aktiviti samseng) di mana-mana perhimpunan rakyat sudah kian menjadi-jadi.

Tetapi apa yang berlaku adalah luahan kekecewaan UMNO BN sendiri yang sudah tidak karuan apabila rakyat semakin menolak mereka.

Yang nyata ialah tindakan bebal mereka menggunakan kaedah samseng dan keganasan akan membunuh parti mereka sendiri di dalam PRU yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa rakyat menolak segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh UMNO BN.

Najib dan UMNO BN pasti merasakan akibatnya akibatnya kerana merestukan tindakan samseng-samseng tersebut.

8 ulasan:

hairan berkata...

cakap banyak tak nak lahhh...

Inilah hasil akhlak dan mentaliti orang2 islam yang telah ditanamkan oleh BN/UMNO selama ini!

Buat malu nama 'islam' aje!

chitttt!

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila perjuangan bangsa diutamakan.. Bila aku tengok muka-muka org umno ni, aku percaya sekor pun tak penah pi sembahyang..kalau pi masjid hari jumaat pun takat duk isap rokok kat bawah garaj khutbah tak dengaq.. ni bukan isu org pahang, ni isu rakyat malaysia.. apa punya bodoh puak umno ni aku pun tak tau.. tu sebab depa boleh jadi mcm tu sebab senang nak dipebodoh pemimpin umno..jgn salahkan rakyat kalau rakyat tak sokong umno.. tengok lah sendiri sikap hangpa tu dulu..BODOH PIANG buat malu najib..

Tanpa Nama berkata...

Kalau bagini lah sikap UMNO. Aku haramkan anak buah aku mengundi UMNO. Bikin malu orang melayu yang mengaku berAgama Islam. Kalau pemimpin UMNO perangai tak senonoh inilah jadinya. Hina/malu perangai macam binatang

Tanpa Nama berkata...

tengok muka mereka ni suma yg jenis tercicir sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju yang datang menganggu tu semua muka macam tak lulus darjah enam jer, yng terjerit2 tu pulak ada macam mamak jer cuba check I/C dia betul ke Malaysian , atau United Mamak No Organised and the descendent....

Tanpa Nama berkata...

Samseng taik kucing..samsing tak salah tempat ...

Tanpa Nama berkata...

Ini UMNO zionis la ni. Yahudi mabuk minum brandi. Sapa ketuanya klu perkasa katak ngan najib zionis

Tanpa Nama berkata...

Himpunan Hijau @ LYNAS tu adalah protes tentang loji nuklier.Yang halang protes Himpunan Hijau tu faham ke apa sebab orang protes? Depa tahu dan faham ke akibat dan kerosakan yang boleh berlaku akibat sisa toxit tu? Inilah akibatnya jika jadi "binatang ternakan" UMNO.