27 Feb 2012

Ustaz Badrulamin Tidak Ditangkap Berdua-duaan Di Hotel

Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan.


Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.

Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan.

Penjelasan Badrulamin

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin.

Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.

Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya.

Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

"Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi.

Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya. -HD

Ulasan GB

Berita dari akhbar TheStar sebelum ini pula menyatakan bahawa

Pahang Islamic Religious Department deputy director Datuk Ghazali Abdul Aziz confirmed that the raiding team arrived at the hotel at 3.10am yesterday.

“By the time we arrived, they were already outside the room,” he said.


Dari pengakuan Timbalan pengarah JAIP itu sendiri menjelaskan bahawa Dr.Badrulamin TIDAK DITANGKAP BERKHALWAT BERDUA-DUAN di dalam bilik.

Tuduhan kononnya "pasangan itu mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum membukan pintu dan Dr. Badrulamin hanya memakai tuala" sewaktu pintu dibuka seperti dilaporkan blog-blog UMNO dan media massa arus perdana sebenarnya adalah dusta dan fitnah melampau.

Kepada mereka yang memfitnah itu kita sampaikan pesanan Al-Quran:


إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang mu'min laki-laki dan mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. Al-Buruj:10




21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betol la GB kita xleh nak tuduh tanpa bukti,tp yg dia sengal sgt tu knapa?knapa nak check in pn dy nak kena anta sampai kat bilik?pmpuan tu bodoh sangat ke sampai xtau nak check in hotel..Pastu bg alasan org nak aibkan dy.dah mmg dy yg undang fitnah tu.bongok..

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

hanya ALLAH yg mengetahui

Tanpa Nama berkata...

Lain kali pangil la org teman.p/raya dah dekat ni hati2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

Tak apalah nak cakap apa2pun sesama manusia.

Tanpa Nama berkata...

pencacai2 umngok ni mungkin merasakan umngok ada kuasa membela mereka di akhirat kelak agaknya...tu dok buat kenyataan ikut sedap dia aje.

jgnlah disebabkan perbezaan politik kita keluarkan kenyataan yg kita sendiri tidak dapat kepastiannya lg.

tp kalau rasa diri tu kebal di akhirat kelak...tepuk dada tanya selera.

Tanpa Nama berkata...

Pihak munafikun memang menunggu benda-benda macam ni... salah tak salah yang penting kene ada cerita untuk mengaibkan orang. Kita berjaga macama manapun pihak munafikun ada caranya untuk menjatuhkan orang... Nasib baik lembu tak boleh cakap...

Tanpa Nama berkata...

kepada semua lelaki dan wanita terutama yang berstatus suami/isteri org;

a. yg berstatus suami orang usah menggatal dan menunjuk baik nak membantu isteri orang sedangkan isteri sendiri diabaikan tatkala mereka meminta pertolongan

b. yg berstatus isteri orang usah mengada-ngada/menyundal dengan suami orang sedangkan suami sendiri diherdik/dibentak

c. dalam hidup kita ini ada banyak garis panduan yang wajib diikuti

d. meluat dengan suami orang yang tergedik2 menolong isteri org tapi tak kisah isteri sendiri

e. menyampah tahap dewa dengan isteri orang yang menyundal dengan suami orang

sekian, terima kasih.

she

Tanpa Nama berkata...

cuba tanya pihak keluarga wanita itu dan suami kepada wanita itu apa sebenarnya punca. perkara ini sebenarnya telah berlaku lama cuma kali yang sangat kepoh. jangan dengar sebelah pihak saje. jangan silap. jangan ingat orang baik itu sentiasa baik dan orang jahat itu sentiasa jahat. tiada unsur politik dalam kes ini. percayalah.

Tanpa Nama berkata...

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan.

Semalam, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok, Pahang.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Tanpa Nama berkata...

perangkap iblis & syaitan dh mengena. Harap ustaz kena tabahkn hati & mendalami ilmu lebih lagi. walaupun tk brsalah tp mrk yg merancng tlh brjaya membelasah & memalukan ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya sebagai seorang ustaz dia sepatut tahu batas2 pergaulan. Saya tak nafi ustaz pun seorang manusia dan mempunyai nafsu juga. Saya tak nafi mereka mungkin bukan berzina tetapi besar kemungkinan berkhalwat...SOALAN: Kenapa tak di bawa isteri bersama semasa beliau ke sana..kenapa hendak pergi seorang diri? Yelah memang JAIP datang orang dah pun ramai tetapi Kemungkinan mereka yang dahulu mencekup ustaz sebelum JAIP dipanggil. Saya tak hendak bersangka buruk terhadap sesama islam tetapi kita harap ia akan pedoman dan pengajaran kepada ustaz..Anggaplah is sebagai ujian dan sesunguhnya Allah bersama orang yang bersabar..

Tanpa Nama berkata...

mengapa ustaz badrulamin membuat suatu perkara yang boleh mengundang fitnah adalah hal yang lain. apatah lagi tiada bukti ustadz itu berdua-duaan di dalam bilik.

tetapi persoalan jelas ialah kenapa ada tulisan fitnah sehingga menyatakan ustadz itu menunggu masa 20 minit dan hanya memakai tuala sewaktu ditahan? itu jelas fitnah yang nyata. dan itu yang ditimbulkan oleh GB.

saya sokong tulisan GB.

matABU berkata...

Nak dekat PRU ke13 ni,semua pemimpin Pakatan Rakyat wajar berwaspada kerana UMNO sedang dalam keadaan tenat. Orang yang hampir lemas,pada sehelai rambut pun dia akan tarik.Berwaspada pada gerak-geri agar jangan mendatangkan fitnah dan buka mulut hanya jika perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan komen yang boleh digunakan oleh musuh menembak balik.

Tanpa Nama berkata...

mahkamah ada..dalam mahkamah ada hakim pulak...maka biarlah hakim memutuskan samaada dia bersalah arau tidak......


norliza.

Tanpa Nama berkata...

Blogger dan Paper , suka hati ko ranglah buat berita yang ditambah2 supaya orang syok membaca.Di akhirat nanti kamu akan ditanya dari apa yang telah kamu tulis.Kalau betul pun tak ok...tapi...kalau salah lagi...lagilah tak ok.

Mattamam berkata...

cerita ustaz badrul ni betul2 satu fitnah yg nyata yg dirancang dibuat2 oleh para munafik yg menempah tiket ke neraka..
biarkan mereka terus dengan fitnah mereka krn yg pastinya mereka akan tersungkur selepas ini..
kpd ustaz badrul hya sabar yg menjadi senjata..Allah lbih mengetahui sglnya..DSAI lbih dahsyat lagi menghadapi fitnah..ini secebis dr ujian perjuangan..

Unknown berkata...

betul atau pun tidak,fitnah atau pun perancangan...hanya dr.Badrul amin,wanita tersebut.dah ALLAH sahaja yg tahu...sifat manusia biasanya akan menafikan perbuatan mereka....biarlah ALLAH yg membalas segala perbuatan mereka2 yg memfitnah jika ianya fitnah dan biarlah ALLAH juga yg membalas nya jika benar pekara itu di lakukan oleh Dr. Badrul amin.....jgn lah kita sebagai manusia cuba hendak memperbetulkan keadaan yg telah x berapa nak betu.......

Tanpa Nama berkata...

Dr Badrul dah larang perempuan tersebut supaya jangan datang ke hotelnya tapi dia degil pula tu tiba jam 2.00 pagi. Memang dia yang menyusahkan Dr. Badrul. Tak kan tak ada saudara mara lain untuk dijadikan tempat melarikan diri daripada suami.

Betapa singkat fikiran perempuan ini tanpa memikirkan fitnah yang mendatang seperti kes ini.

Tanpa Nama berkata...

takkan nak tolong sampai dalam bilik kut....nafsu la apa lagi......percayalah ustaz tak salah cuma ustaz ada sifat baharu sahaja

Tanpa Nama berkata...

Salam

Ssh brother kalau bwk isteri ke tmpt kje. Ssh nk fokus kot.

Tanpa Nama berkata...

Betol ke ni??? Cam Xley percaye jek?? Oo.. Patutlah.. Utusan..