28 Feb 2012

Apakah Phahrolrazi Mahu Jadi Hassan Ali Klon?

Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama

Ulasan GB

Susah bila diri dah rasa "terlalu pandai" - dah ada PhD / Ir.

Perangai Hassan Ali nak diikutnya. Sifat sombong, takbur dan angkuh menebal di dalam diri.

Di dalam jemaah ini, izinkan saya beritahu: tiada perbezaan seseorang yang ada PhD dengan tiada PhD.

Selalu GB suarakan, kadangkala, si penampal poster yang hanya lulus PMR itu mungkin lebih mulia di sisi Allah jika kerjanya ikhlas membantu jemaah daripada seorang yang berpendidikan sarjana atau PhD tetapi berjuang untuk nafsu peribadi dan perut mereka.

Jangan terlalu angkuh dan sombong walau sebanyak manapun pendapat kita tidak diambil kira apabila berada di dalam sesebuah organisasi.

Itu adalah ujian bagi diri kita samada kita ini bersabar di dalam perjuangan atau hati masih tebal dengan penyakit mazmumah.

Sepatutnya anda perlu merendah diri dan merujuk kepada Allah dengan "bermuhasabah" - menilai diri sendiri mengapa pendapat-pendapat anda diketepikan, bukan untuk melihat kesalahan orang lain, apatah lagi membelakangkan ketua anda sendiri.

Tak sabar nak jadi MB. Sama perangainya dengan Hassan Ali. Itu jawapan sebenarnya

Umar Al-Khattab berbeza pandangan dan pendapat dengan Saidina Abu Bakar, malah di dalam isu paling kritikal waktu itu iaitu "riddah". Tetapi Umar bersabar dan terus menerus memberi sokongan kepada usaha-usaha Saidina Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar mendapati hikmah yang banyak pada pendapat ketuanya Abu Bakar. Dan apabila sampai masanya kerana berkat sikap sabar Umar, Umar telah menggantikan Abu Bakar sebagai khalifah!

Begitu juga turutan sahabat-sahabat yang lain seperti Usman Affan dan Ali Abi Thalib.

Sejarah khulafau Ar-Rasyidin itu sepatutnya menjadi renungan dimana walau macamana pun hebat perbezaan pendapat, jika kita berjuang kerana Allah, kita tidak mengutamakan pendapat sendiri, sebaliknya meletakkan tsiqah kepada "ketua" yang sepatutnya diyakini mendapat lebih bimbingan dari langit apabila organisasi itu bersandarkan kepada taqwa kepada Allah.

Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi.

Satu perkara saya ingin bertanya kepada YB Phahrolrazi: kenapa perlu bersuara dengan wartawan BERNAMA tetapi bukan dengan para wartawan dari jemaah sendiri? Apa muslihat kamu?

Pada bila-bila masa, saya boleh berhujjah dengan kamu yang bernama Phahrolrazi yang BERSALAH dari sudut tanzim, samada organisasi itu islamik ataupun tidak.

Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak!

GB telah suarakan sebelum ini: BERTAUBATLAH! Kembali ke dalam saf dengan merendahkan diri bersama-sama dengan mereka yang merendah diri, bukan dengan "syarat" bahawa pendapat kamu mesti diterima. Itu bukan tawadhu namanya. Di depan Allah, lucutkan dahulu PhD kamu seperti Nabi Musa disuruh menanggalkan kasutnya semasa berada di lembah thuwa!

Jika hendak bersyarat juga, usah terima jawatan exco, malah letak jawatan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu adanya klon dan saki baki Hassan Ali dalam jemaah.

Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan bijakpandai yang ada gelaran PhD dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang yang ada PhD. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Dengan sebab itulah Timbalan Presiden PAS dan Naib-naib Presiden PAS yang dipilih di dalam muktamar yang lalu tidak ada dari kalangan mereka yang memiliki kelulusan sarjana atau PhD. "Keikhlasan" mereka di dalam perjuangan tiada galang gantinya.

Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima.

Mungkin ini juga adalah sebahagian "pembersihan" yang kita telah minta kepada Allah s.w.t. sebelum ini.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Selamatkanlah parti kami
dari mereka yang sengaja merosakkan
perpaduan di antara kami

Ya Allah Ya Tuhan kami
bersihkanlah parti kami
dari mereka yang berpura-pura bersama kami
sedangkan hati mereka bersama dengan
musuh Engkau dan musuh kami
hantarkanlah pukulan keras Engkau
kepada mereka yang berpura-pura itu dan
pancunglah mereka untuk kami serta
hantarkanlah mereka ke lembah suuq (buruk)

Ya Allah Ya Tuhan kami
beradalah Engkau dipihak kami
bukan di pihak mereka yang menyebabkan
jemaah parti kami berada di dalam keadaan huru-hara
dan kacau-bilau

Ya Allah Ya Tuhan kami
tolonglah kami dan jangan Engkau beri pertolongan
kepada mana-mana pemimpin yang cuba
mengkhianati dan menyesatkan kami dan jemaah ini


p/s pada awalnya GB tak kisah dengan tindak-tanduk manusia bernama Phahrolrazi ini, tetapi, apabila beliau memilih platform BERNAMA dan media massa arus perdana dan bukan platform parti sendiri, maka itu sudah keterlaluan dan "tidak beradab". Sepatutnya beliau boleh meluahkan semuanya kepada Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub yang telah dilantik oleh parti untuk menyelesaikan kemelut Kedah.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




62 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berani letak jawatan exco jer... letak wakil rakyat mampuih x sanggup...

Cikli berkata...

orang test market ni tak payah layan. lantik je orang lain, ramai lagi yang lebih baik dan tahu berketua dan berjemaah.

Tanpa Nama berkata...

sayang ler dia ni, boleh jadi pengganti Ust Azizan, tetapi bak kata GB - tak sabar.

penyakit2 hati masih tebal di kalangan pemimpin PAS. berpendidikan tinggi tetapi hati masih tebal dengan duniawi. beginilah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada baiknya Beliau taak jadi exco, sebab masalah di bawah potfolio beliau pun tak dapat nak selesaikan. Malah pihak yang mencetuskan masalah pun tak hormat langsung pada Beliau...

Tanpa Nama berkata...

anda buka kelemahan orang lain terutama Ketua kamu MB Kedah) secara umum, kelemahan kamu lah nanti yang (bakal) terdedah, malah lebih teruk lagi, wahai Phahrolrazi!

1 Malaysia berkata...

Biarkanlah dia saja kalau dah dia fikir dia tak mampu bekerjasama dengan MB. Aku pun kadang kala tak berkenan dengan jawapan MB tapi dia pun manusia juga. Sudah tentu ada kelemahan juga. Kenapa tak berhujah dengan MB semasa dalam mesyuarat? Kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya kita dah cuba yang terbaik. TARIK DIRI bukan budaya PAS. Tarik diri dari menegakkan syiar dan keadialan Islam bukan caranya. Hanya Dayus saja yang akan berbuat sedemikian.
Sedarlah bahawa berjemaah lebih penting. Ingat, patah tumbuh, hilang berganti. Tak ada insan yang kekal tapi ISLAM akan kekal sehingga akhir zaman.

Tanpa Nama berkata...

tengok muka macam org sombong jer...

Tanpa Nama berkata...

Lupakah pesanan TGNA dan TGHH yang mahu ahli2nya mementingkan jemaah daripada kepentingan peribadi. Kenapa masih menggunakan media musuh kerana sememangnya musuh sentiasa menangguk di air keruh . Pangkat , kuasa dan ilmu mencakar langit, tak kira lah lulusan dalam negeri ke atau lulusan dari langit ke , yang penting UMNOBN dapat ditukarkan dalam PRU 13 nanti. Keluarlah dari jemaah ini , wahai klon2 Hassan Ali.........

Tanpa Nama berkata...

Maka itu adakah tuan-tuan semua sudah menunaikan solat hajat berjemaah serta memohon Allah memberikan petunjuk dalam menyelesaikan isu ini.Tuan-tuan untuk menang sebegini cemerlang untuk Pakatan memang susah... tetapi untuk mengisi ruang kemenangan ini bertambah-tambahlah susahnya.. Sekali lagi ayuh bangun, berwuduk dan solatlah dua rakaat, moga-moga kita tidak menyesal nanti.

Tanpa Nama berkata...

jgnlah nak salahkan Phahrolrazi semata, saya percaya dia org baik2, takkan lah hanya kerana dia x mau jadi exco (tu hak dialah), nak umpat dia macam2. lainlah kalau dia tebiang nak jadi exco sampai buat naya kat org lain macam resam org2 amno.

ingat Ustaz Azizan tu betui dlm semua perkara... mungkinlah dia ikhlas dlm perjuangan pas, pemimpin lama sejak zaman susah hingga zaman senang, tapi dlm beberapa hal dia mungkin tak berapa betul, bab dia dok buat sahabat dan percaya dgn org amno (yg bersedia menikam bila2 masa) tu yg tak boleh tahan.

eloklah GB siasat betui2 sebelum mengambil pendirian. bukan apa supaya dpt berlaku adil pd semua org. dlm bab KUIN saya memang tak setuju 100% dgn Ustaz Azizan walaupun saya menghormati dan mendoakan kesejahteraannya spt pemimpin pas yg lain.

kalau dulu ustaz nasharudin dan hasan ali berkwn dgn amno pun kita marah, ini ustaz azizan tak marah pulak?

Unknown berkata...

sdra anon 11:11 PM

berkilas di air kita sudah tahu jantan betinanya!

menggunakan platform dan media yang memusuhi PAS sudah cukup menunjukkan tindakan beliau sudah tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

dia terasa dia terlebih pandai dari MB Kedah.

Itu sebabnya dia melawan tokeh.

orang tak belajar agama secara mendalam, itulah jadinya.

waktas berkata...

walaupun ustadz azizan tak semestinya betul semua, tetapi kaedah ir.phahrolrazi ini cuba memecahbelahkan PAS Kedah, apatah lagi musuh dgn mudah menangguk di air yang keruh. tak perasankah beliau tindakannya yg merugikan parti itu?

buta sangatkah matanya? tak sayangkah parti islam yang beliau adalah bukan sahaja ahlinya, malah pemimpinnya di peringkat negeri?

beliau sanggup meletakkan syarat2 plak untuk dilantik exco semula. dah gila ker?

Tanpa Nama berkata...

buang saja dari PAS...sb dia sendiri telah ckp...""Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu."

Tanpa Nama berkata...

anon 11:11 menulis

"kerana dia x mau jadi exco (tu hak dialah), nak umpat dia macam2. lainlah kalau dia tebiang nak jadi exco sampai buat naya kat org lain macam resam org2 amno."

kenyataan bodoh.

tak bacakah apa yg dia cakap kat BERNAMA tu?

memang hak dia tak nak jadi exco, tetapi janganlah letak syarat kalau nak dilantik semula.

kan nampak sgt dia sendiri yang nak menunjukkan dia lebih pandai dari ketuanya? Dia mengadu pendapatnya tak diterima?

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi biri2 yg kluar dari kawanan....sang serigala (UMNO) sedang meleleh air liur untuk menerkam kamu wahai Phahrolrazi dan kawanan kamu (PAS) juga mejadi lemah disebabkan kamu

berani kerana benar berkata...

Saya setuju...

dalam hatinya ada penyakit.

Tanpa Nama berkata...

saya anon 11:11 PM,

kpd kwn2 di atas, mungkinkah bernama yg manipulate kenyataan phahrolrazi?
saya pun tidak setuju bila dia keluar dgn meletakkan syarat, kita tau benar musuh akan guna habis2an utk memburukkan parti, tambah2 dekat p/raya umum.

cuba baca kat sini:
http://www.kedahlanie.info/2012/02/meruncing-sangatkah-pergolakan-di-kedah.html

saya akan cuba dptkan berita dr sumber sahih utk penilaian saya kerana kerana pendirian kita amat bergantung kpd sumber berita kita. saya hanya ingin adil dlm penilain terutama melibatkan pemimpin parti yg kita sayangi.

Tanpa Nama berkata...

http://www.kedahlanie.info/2012/02/meruncing-sangatkah-pergolakan-di-kedah.html

TarakNama berkata...

Sabaq bro... jangan melulu ambik keputsan.. kita org lama dalam dunia online takan tak faham dan masak akan agenda musuh...

skrg kita tgk pandangan kedua-dua pihak kenapa benda ini berlaku... tentu ada sesuatu yg kita orang bawahan nie tak tahu...

isu ini sudah diambil tahu oleh pimpinan pusat jadi kita serahkan kepada mereka macamana nak seattle...

Jika nak dikataan sbg hassan ali gua rasa tak sampai kesitu spt beliau katakan ini masalah pentadbiran... jadi masalah nie cuma mereka yg berada dalam organisasi itu sahaja yg tahu jadi kita tunggu dulu apa reaksi masing2...

mana tahu jika betul phakrolrozi ada benda yg betul2 mb buat tak kena dengan kehendak parti dan negeri yg mana beliau terpaksa dedahkan untuk nak selamatkan maruah parti... jadi kita kena selidik dahululah apa puncanya..

just my pandangan sahaja... ingat rambut sama hitam hati boleh lain-lain... siapa boleh jamin hasan ali jadi mcm skrg nie... jadi spt tema saya GUNA AKAL UNTUK BERFIKIR....

anak kedah berkata...

ulasan gb ni cukup bagus untuk diberi perhatian oleh semua pemimpin pas di pelabagi peringkat.

jagalah adab jemaah. konsep wala dan tsiqah nampaknya tak menjadi amalan sehingga ada yang menggunakan "jalan belakang" untuk menikam ketua. very-very unislamic.

apalah salahnya bersabar bak kata GB... bukan awak tu pandai dalam semua hal...

maaf cakaplah... gaya hidup MB Kedah tu jauh lebih baik dari kebanyakan pemimpin pas kedah sendiri... (saya tak mahu sebut nama)

ir kampung berkata...

Sepatutnya bila hendak diwawancara BERNAMA, beliau kena cakap "no komen" sebab takkan tak reti-reti sejak jadi exco negeri yang media arus perdana sentiasa emmusuhi pas?

ini tidak, panjang jela jawabnya. siap kutuk MB Kedah secara halus menggunakan BERNAMA.

opisboi berkata...

lanie puak pas ramai dah kena sydrom PERASAN salah penyakit hati.....kalau dah ada darah kerih..tu..kerih jugak

Tanpa Nama berkata...

Datuk Phahrolrazi Zawawi adalah seorang yang profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya....Kalau dah x boleh, letak jawatan...cayalah...i respect u Datuk Phahrolrazi Zawawi

ir kampung berkata...

anon 12:11,

guna media musuh tu hentam boss sendiri itu profesyenalkah?

Tanpa Nama berkata...

SETUJU... DIA TAK SABAR NAK JADI MB. DIA PANDANG ULAMAK MACAM UST AZIZAN SEBAGAI ORANG YANG SENGKEK, BUKAN ENGINEER MACAM DIA.

Tanpa Nama berkata...

mohon henti memfitnah Ir Phahrolrazi,

kami pendokong PAS lebih mengenali Ir. Phahrolrazi, beliau adalah seorang yang jujur, amanah dan komited dalam menjalankan amanah.

tindakan menyamakan hasan ali dan phahrolrazi adalah tindakan "yang langsung tidak masuk akal".

sebaliknya Ustaz Azizan lah sebenarnya Klon Hasan ali.
Ini dibuktikan dengan kes AUKU dan Kes KUIN,
Ustaz Azizan cuba merendah-rendahkan Tuan Guru Presiden.

Saya dengan penuh rendah diri, menyeru seluruh pendokong PAS, menghentikan fitnah ke atas Ir. Phahrolrazi, sebaliknya mengkaji alasan-alasan yang dikemukakan oleh beliau. Siasat semua komen dan teguran beliau tentang Ustaz Azizan. Kesemuanya memang benar dan benar belaka.

-penyokong PAS Kedah-

ir kampung berkata...

AGAKNYA DARIPADA UST AZIZAN DENGAN PAHAHROLRAZI NI SIAPA LEBIH LAMA MENJADI AHLI PAS?

ITU SAJA SUDAH CUKUP UNTUK MENJAWAB SIAPA YANG BENAR.

Tanpa Nama berkata...

dgn harakah tak mahu cakap, dengan bernama komain hebat krtitik MB.

apa jenis pesuruh jaya pas 1 kedah macamni?

berani kerana benar berkata...

anon 12:27 am

kamu suruh org berhenti memfitnah phahrolrazi tapi kamu suruh orang memfitnah Ust Azizan pula.

nampak sgt otak kamu senget dan tulisan kamu tak boleh pakai.

anak kedah berkata...

saya setuju dengan pendapat opisboi di atas:

kalau dah ada darah keris..tu..keris jugaklah...

phahrolrazi tu baru berapa hari jadi ahli PAS berbanding Ustadz Azizan yang pernah menjawat:

Naib Presiden PAS Pusat (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989).

Phahrolrazi jadi Timbalan Psuruhjaya PAS 1 Kedah pun kerana dilantik oleh Ust Azizan!

Tanpa Nama berkata...

Saya suka ayat GB yang ini:

"Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi."

Ya itulah sikap kita di dalam jemaah. Utamakan maslahah jemaah bukan individu. Rengung2kanlah....

Tanpa Nama berkata...

Saya dah tonton video klip sidang media Phahrolrazi di http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CpOyBl07uyI

Yang jelas di sidang media itu bayak corong2 mikrofon media massa dari pihak yang selama ini menulis untuk memporak-perandakan PAS Kedah.

Sebijik macam sidang media Hassan Ali dulu.

Tanpa Nama berkata...

kaduk naik junjung. dulu x der jawatan, skg jadi exco. so nak tunjuk hero supaya pendapat diterima. macam Hassang jugak.

siap buat sidang media lagi utk memburukkan parti. masalah seperti ini dipecat.

Tanpa Nama berkata...

x tahu adab berjemaah. patut dihalau masuk umno jek

Tanpa Nama berkata...

GB, kali ni saya x setuju dgn komen sdra. Jgn salahkan TPJ2. Jgn cpt menuduh yg bkn2.
Bg saya apa yg dilakukan Ir itu adalah tepat utk jamaah. Bila kita x leh bekerja dlm satu pasukan maka lebih baik kita mengundur diri. bukan terus berada di dalam dan menjadi duri. Beliau juga membaawa suara ahli pas.
Apapun berbicara kpd bernama mgkn suatu kesilapan.
-wan-

Unknown berkata...

terpulang. GB tetap yakin beliau bersalah.. Kita sama-sama tunggu.

Tanpa Nama berkata...

"Apapun berbicara kpd bernama mgkn suatu kesilapan.
-wan-"

membuktikan bahawa GB dah betul.

kalau jeruh di hujung bererti sudah keruh dipangkal.

apa perlu buat sidang media untuk burukkan lagi keadaan? kenapa tak bersua dahulu dengan j/k yg dilantik pas pusat? apatah lagi dlm sidang media itu lebih kpd cubaan untukmemburukkan mb kedah.

tindakan beliau adalah umpama menjaringkan bola ke gawang sendiri.

satu lagi, kalau nak letak jawatan atau x mahu sambung jawatan exco, buatlah secara perseorangan, apa pasal mahu hasut exco lain? lepas tu bekerjsama dgn media massa musuh untuk cetuskan konflik dan polemik dalam parti. bukankah itu ciri-ciri munafik ala Hassan Ali?

bertimpa2 kesalahannya.

satu lagi wan, saya nak kamu betulkan, bahawa beliau ialah TPJ 1 bukan TPJ 2 sepertimana yang kamu tulis.

Tanpa Nama berkata...

HIDUP UNTUK ISLAM atau ISLAM UNTUK HIDUP????? bukan kah Islam itu ad-din... ada PhD kerana atas kehendaknya jua maka bersyukurlah tp harus di ingat bahawa yg tiada PhD itu bukan rendah ilmunya malah ada yg lebih tinggi dr kamu tp munkin bukan kehendaknya utk mendapat pengiktirafkan diatas kertas... pemain tennis no 1 dunia sekarang adalah yg terhebat diantara yg mengambil bahagian tetapi harus diingat, munkin ada yg lebih hebat tp tidak mendapat peluang untuk mengambil bahagian... Hanya ALLAH yg MAHA HEBAT!

non baling berkata...

Anonymous said...
Datuk Phahrolrazi Zawawi adalah seorang yang profesional dalam menjalankantanggungjawabnya.... Kalau dah x boleh, letak jawatan... cayalah. ..i respect u Datuk Phahrolrazi Zawawi February 29, 2012 12:11 AM : WOI DIA LETAK JAWATAN EXCO JER, KALAU BERANI SILA TURUN DARIPADA KERUSI ADUN BARU TAU LANGIT TU TINGGI KA RENDAH !

Tanpa Nama berkata...

langsung tak hormat keputusan PAS Pusat yang telah mengamanahkan Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut ini, tiba-tiba dah buat sidang media.

memang natang, memang parasit.

Anak Perelih berkata...

selama ni UMporNO selalu menyarang kerajaan Kedah dalam beberapa isu terutamanya isu banyak pusat pusat hiburan dan maksiat yang baru dibuka dan juga jalan yang tidak di baiki - berlubang lubang.. siapa yang pegang potfolio kerja raya dan kerajaan tempatan dan perumahan kalau bukan dia ni.. cuba baca komen Monier Mat Din tentang komen orang bawahan PAS di kedah... selama ni dia dah sabotaj Ustaz Azizan/kerajaan negeri dah... atau dia tak reti buat kerja ???

Anak Perelih berkata...

-penyokong PAS Kedah-...

isu AUKU dan KUIN tu Ustaz Azizan tak mau jadi macam UMporNO ayng campurtangan politik dalam pentadbiran universiti.. contoh : macam mana Aziz bari boleh terpelanting sampai berenti adalah kerana adanya campurtangan politik UMporNO keatas UIA... tapi professor mangkok ni tak fikir.. dia suruh pulak Ustaz Azizan campurtangan politik dalam urusan KUIN... macam UMporNO buat dengan UIA...

Tanpa Nama berkata...

buat sidang media bersama dgn meadi arus perdana jelas menunjukkan sifat Hassan Alinya.

kedua: menghasut exco-exco lain supaya memboikot majlis angkat sumpah exco juga jelas sifat busuk hatinya.

Tanpa Nama berkata...

Betul tindakan Pakrulrazi tu letak jawatan. Kalau dah tak bekerjasama dgn MB itulah jalan paling baik.

Yang tak betulnya bila di offer balik ke jawatan exco, meletakkan sayarat2 pulak pada MB. Yang ni memang aku tak sokong.

Kedua, kalau dah tak puas hati guna media musuh. Ini satu yang aku sangant pantang.

Ketiga, Nak suruh ikut akai kepala dia saja dan tak mahu hormat kata putus ketua. Ini satu lagi penyakit. Dah terkena KUMAT PARASIT Hassan Aqidah la ni.


Kesimpulannya: LEBIH BAIK TAK JADI EXCO LAAAAAA.....BUAT MENYUSAHKAN MB DAN JAMAAH EXCO SAJA UTK JALANKAN TUGAS.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.

Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion (Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan. ulasan MSO

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kenyatan anon 12:00 diatas, phahrolrazi and the gang perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan jika PAS tumbang di Kedah kerana tidak berhati-hati dan tidak bersabar.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dilakukan oleh Ust Azizan adalah betul. Beliau adalah ahli Majlis Syura PAS. Jadi tindakan beliau mungkin tidak dapat difahami dan diikuti oleh pemimpin2 muda PAS yang kerap gopoh di dalam membuat keputusan.

Sama seperti zaman rasulullah dimana beberapa tindakan Rasulullah dilihat tidak menguntungkan Islam pada jangka pendek. Tetapi di situ ada hikmah yang banyak dimana selepas Perjanjian hudaibiyah yang dikatakan menguntung orang kafir Mekah sebaliknya telah memberi kemenangan besar kepada Islam selepasnya.

Tanpa Nama berkata...

cuba hampa kerja ngan MB tengok macam mana?....Orang Umno duk jaga sampai Orang2 PAS terpinga2...Nak tanya kamu semua ni pernah bekerja ngan MB ka? Kalau setakat kerja dalam Parti x yah sembang lahhhhh... MB x percaya orang2 Pas yang kerja ngan dia yang mana percaya pada kroni2nya sendiri (Orang Umno yang x mau tunjuk dia Umno)..last2 orang2 pas yang terbuang ni dah tak mau undi PAS dah...

Tanpa Nama berkata...

Klu dah tak leh berkerjasama dgn MB tu sendiri punya hal le. Tapi tak yah le canang lebih2 esp pada media Bongok. Setan ketawa terbahak2, niat yg kununnya utk kebaikan, ditenggelami oleh ketawa terbahak2 setan.

Ko tak setuju, ko sabar, & munajat, mengadu pada Allah. Dia lah sebaik2 tempat mengadu. Lupa ke?

Ko & MB manusia biasa yg sama2 ade kelemahan, tapi MB ada kelebihan Allah bagi skrg ni sbb dia Menteri Besar.

Tanpa Nama berkata...

wahai pemimpin2 PAS tolonglah jgn contohi dan mengikuti perangai pemimpin2 umgok...tinggalkan lah kebendaan dunia carilah keredhaan ALLAH....aku sokong PAS selama nie sb aku tgk Pas parti yg berusaha mencari keredhaan ALLAH sebelum nie...klu pasni semua dh berperangai cam pemimpin umgok..aku tak tau la aku nak sokong parti ape lg.....

Tanpa Nama berkata...

Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak!

Saya amat setuju dengan ayat tegas GB di atas. Jelas usaha untuk menggulingkan MB Kedah oleh Phahrolrazi digagalkan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

allahu akbar.

ulasan gb ade kebenaranya.. saya bersetuju dengan pendapat saudara. kita sebgai ahli patuh kepada ketua selagimana tidak membelakangkan prinsip islam tidak kira pangkat kita besar mana. jgn pandang kami ahli yng tiada phd ni tidak boleh menilai dan menimbang tara kan mana satu ketua yang betul3 memperjuangkan islam atau pun ketua yg musuh dalam selimut.. perjuangan pas ibarat parti(hizbullah)

Tanpa Nama berkata...

1) masalah / isu 2) dalang 3) pelaku 4) pengikut / penyokong

Tanpa Nama berkata...

penyokong pharolrazi dan dr.ismail x nampak ker bagaimana mereka diperkudakan oleh media umno untuk menjatuhkan kerajaan pas kedah?

Tanpa Nama berkata...

penyokong pharolrazi dan dr.ismail x nampak ker bagaimana mereka diperkudakan oleh media umno untuk menjatuhkan kerajaan pas kedah?

Tanpa Nama berkata...

dah tiba masanya Ustaz Azizan meletakkan jawatan,
beliau telah gagal dalam memimpin PAS Kedah dan negeri Kedah.

Banyak isu yang tidak mampu diselesaikan beliau dgn baik.
Beliau dilihat terlalu ego dalam menguruskan organisasi.
Seringkali beliau menempelak dan memperleceh Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Beliau harus undur!

man k'dio berkata...

Pada penilaian aku sebagai Orang Kedah di Kedah, Ustaz Azizan adalah pemimpin yang boleh dipercayai dan memegang amanah dan tanggungjawab dengan baik.Setiap tindakannya adalah alasan yang tersendiri. Dia dah lama berkecimpung dalam bidang ni.Bagi kepercayaan dan sokongan kepada dia. Semoga Negeri Kedah terus ditadbir oleh Kerajaan Islam.
ALLAHU AKBAR.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
"dah tiba masanya Ustaz Azizan meletakkan jawatan,
beliau telah gagal dalam memimpin PAS Kedah dan negeri Kedah.

Banyak isu yang tidak mampu diselesaikan beliau dgn baik.
Beliau dilihat terlalu ego dalam menguruskan organisasi.
Seringkali beliau menempelak dan memperleceh Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Beliau harus undur!

February 29, 2012 9:44 PM"

tolonglah sikit woi mamat
Haji hadi pon bukan baguih sgt
la nie dah tak mahu bertanding
nak duk kat laut jadi nelayan
bukti besar bahawa Hj Hadi bukan pejuang Islam sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
"dah tiba masanya Ustaz Azizan meletakkan jawatan,
beliau telah gagal dalam memimpin PAS Kedah dan negeri Kedah.

Banyak isu yang tidak mampu diselesaikan beliau dgn baik.
Beliau dilihat terlalu ego dalam menguruskan organisasi.
Seringkali beliau menempelak dan memperleceh Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Beliau harus undur!"

apa plak kaitkan Ust Azizan dgn Haji Hadi ni?

Kamu ingat Hj Hadi maksum ker lansung tak boleh dikritik?

iswara berkata...

menyampah sangat22222 bila ada yang guna media musuh utk meluahkan isi hatinya.kalau tak mahu jadi exko diam sajalah.tak puas hati bila hajat tak kesampaian,ADAKAH kamu puas hati bila Kerajaan PR tumbang dan tika itu kamu akan kata padan muka @ mohon maaf atas sebabnya terjadi begitu.Tika ini kamu guna media BN utk luah ketidakpuasan & hajat tak sampai TAPI adakah media ini juga akan siarkan kata2 kamu jika ditarik balik @ minta maaf pada Pimpinan.Media HAPRAK itu TIDAK AKAN mendengar kata kamu ketika itu andaikata kamu menyesal.Kelakuan beginilah menyusahkan pimpinan samada di Pusat @ Negeri.Memburu Kemenangan amat senang gerakkerjanya,Mengekalkan Kemenangan inilah yag payahnya apa lagi jika ada orang berperangai begini.Media Perdana akan mainkan isu ini hinggalah PRU nanti ADAKAH kamu berpuas hati lihat pimpinan susah hati.Hati Jemaah mestilah didahulukan bukanya HATI sendiri diutamakan.Bila kita menang dan jadi kerajaan Pusat ketika itu bolehlah nak undur ke atau kamu keluar parti pun tak apa SEBAB ketika itu Media massa dibawah kawalan PR.Pimpinan boleh jawab melalui saluran ini tanpa sekatan.Janganlah dengan kecapan Kemenangan Kecil Ini sudah rasa dihati besar diri yang akhirnya gigit jari sendiri.Kemenangan yang lebih besar kita PAKATAN idamkan jadi bersabarlah kerana manisnya ada bila tiba masanya.
Cukup menyampah bila Media HAPRAK digunakan utk luahkan isi hati yang tak reti bahasa ini. Ingat pesan TGNA .. Adakah kamu lupa.

tanda soal berkata...

sokong GB