9 Jan 2012

Video Wawancara Al-Jazeera Dengan Anwar

Anwar 'terkejut' tapi dakwa masih ada kepincangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka dan disambut baik tetapi tetap menekankan bahawa sistem kehakiman di negara ini masih mempunyai kepincangan.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Anwar berkata sebelum ini hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pernah berkata tertuduh Mohamad Saiful Bukhari Azlan sebagai“saksi yang benar dan berwibawa”.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan itu, pasukan pembelaan kemudian membawa pakar-pakar antarabangsa untuk menangkis hujah pendakwaan dan berjaya memaparkan kelemahan dalam keterangan oleh beberapa doktor dan saksi pakar pihak pendakwaan.

"Tidak ada cara mereka boleh teruskan (dalam membuktikan rasa bersalah saya). Itu yang dikatakan (oleh hakim) dalam penghakiman yang ringkas hari ini, "kata Anwar.

Ditanya sama ada pembebasannya itu membuktikan bahawa badan kehakiman adalah bebas, Anwar tidak memberikan jawapan secara langsung.

"Saya mesti akui hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan ada kecacatan," katanya.

Menurut laporan oleh stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera, Anwar dipetik berkata bahawa terdapat "keberanian" yang ditunjukkan oleh hakim itu.

Sebelum ini, Anwar agak kritikal dengan tingkah laku Hakim Mohamad Zabidin yang memutuskan terdapat kes prima facie dan telah berulangkali memohon supaya beliau melucutkan dirinya.

Sementara itu, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya masih belum bebas daripada pendakwaan lanjut kerana beliau juga cuba diheretkan dengan skandal video seks.

Skandal seks itu didedahkan oleh gandingan 'Datuk T' - Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim- ia memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar melakukan hubungan seks dengan seoarng pelacur. -mk



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hakim pun dah tak sokong BN, tak kan kami JKKKP nak sokong UMNO lagi?

Tanpa Nama berkata...

hakim pun yakin PAKATAN RAKYAT insyaallah akan ke Putrajaya...

Tanpa Nama berkata...

bila nak buat perhimpunana besar-besaran kejayaan bebaskan anwar?

Tanpa Nama berkata...

di bebaskan atas nasihat penasihat Yahudi

Tanpa Nama berkata...

najib terdesak terpaksa bebas anwar sebab rakyat dah tak percaya BN

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah...Takbirr!!!!...

Tanpa Nama berkata...

gua harap.
selepas bebas ni
anwar berehatlah dulu.
pergilah ke luar negara
menenangkan fikiran.
lepas tu rancanglah
sebaik2 rancangan dengan
rakan2 pas & dap untuk
merampas putrajaya dari bn.
allah sudah memberi tunjuk
terpulang pada pr bagaimana
cara terbaik menarik rambut dari dalam tepung.
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
allahuakar.

Tanpa Nama berkata...

najib trpaksa bebaskn DSAIsbb nk tnjuk kt rakyat yg krjaan pmpinannya xzalim.so dia nk rakyat pcaya mahkamah bkn bwh pngaruh krjaan.smua ni dh d rncang sbb klu DSAI ke penjara btambah huru hara negara.so pmbebasan DSAI adalah ssuatu yg telah drancang untk membersihkn nama kerajaan&badan kehakiman.

Tanpa Nama berkata...

Hakim yang bebaskan DSAI sebenarnya sudah menyelamatkan Malaysia dimata dunia.Kes DSAI ni sewajarnya dah lama "buang kes",tidak perlu diperpanjangkan hingga 9hb Januari 2012.Fikirkan berpuluh ajensi berita taraf dunia menunggu keputusan hari ni dan sekiranya DSAI didapati bersalah,Malaysia akan menerima keaiban yang besar.