9 Jan 2012

[Video] TGNA Berpuasa Sunat, Harap Politik Fitnah Akan Berkubur

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap politik fitnah yang tumbuh di negara ini akan berakhir susulan pembebasan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata akan menunaikan solat sunat syukur dan bepuasa esok sebagai tanda kesyukuran Anwar dibebas dan dilepaskan.

“Alhamdulillah fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab berakhir dengan ALLAH SWT membuka pintu hati peguam dan hakim untuk memberitahu perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya berkata, kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral lisan tidak boleh sabit kesalahan.

Nik Abdul Aziz berkata, mereka yang membuat fitnah selama 10 tahun itu perlu ingat bahawa apa yang dilakukan itu dosa besar dan perlu memohon maaf daripada Anwar.

“Anwar secara fizikalnya kita tahu, dia nak duduk pun sakit, nak berdiri lagi sakit kesan kecederaan ketika berada dalam tahanan, macam mana dia nak guna untuk seks terhadap orang muda.

“Soal siapa bersalah dalam kes ini soal kedua, saya tidak mahu sebut dan apa yang pentingnya ialah bersyukur kepada Allah SWT,” katanya. -SH

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya. -HD





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

doakan juga BN dan UMNO ditumbangkan dan diganti pemimpin yang benar-benar beriman

Tanpa Nama berkata...

Salam,DSAI dah bebas.Sekarang ni kita kena pikirkan rakyat bawahan masih tidak bebas di belenggu kesusahan hidup yang menghimpit.Bebaskan rakyat dari cengkaman pemimpin yang rakus membolot harta.menindas tanpa disedari terutama penyokong BN.Kita harapkan PR dapat mengatasi segala kepayahan.Memahami peritnya kehidupan rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

Jika hakim berpendapat bahwa Saiful adalah saksi kredibel, atas dasar itu saja tidak salah disisi undang-undang utk hakim menyabitkan OKT.

Persoalan seterusnyanya, apakah ianya selamat untuk OKT disabitkan. Undng-undang keterangan jelas dalam perkara ini, jika Hakim telah mengambil kira bahaya menggunakan keterangan seorang accomplice (orang yang bersubahat - Saiful orang tersebut), sabitan itu bukan sahaja tidak salah disisi undang-undang, tetapi dikira selamat juga.

Adalah penting utk kita faham bahawa OKT berdiam diri bila dipanggil membela diri.

Keterangan-keterangan saksi-saksi yang lain juga menyokong keterangan saiful termasuk keterangan DNA juga.

Pun begitu, pandangan hakim betul atau tidak, ianya mengikat pihak-pihak tertakluk kepada rayuan.

Pada saya, OKT tidak boleh terlalu bergembira.

ini adalah pandangan kasar sahaja kerana perlu teliti nota keterangan dan alasan penghakiman terlebih dahulu.

hairan berkata...

just nak beritau apa yg kawan cina aku cakap masa dia nampak TGNA beri komnen pasal pecat hasan ali kat tv3 last nite...

dia kata "soooo cool this old man, not like umno ppl talking like shit!"

nak gelak gila dengo komen dia kan??

fikir2kanlah...