9 Jan 2012

Hassan Ali Perlu Letak Jawatan Secara Sukarela - MB Selangor

Hassan Ali perlu 'gentleman', lepas Exco sukarela

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melepaskan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri secara sukarela.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu perlu dilakukan Hasan memandangkan beliau kini jelas tidak lagi mewakili Pas.

“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gentleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menghormati keputusan Pas memecat Hasan beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Hasan sebagai Exco.

"Walaupun Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan saya mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco, saya menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Abdul Khalid berkata, pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Exco, perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Beliau akan menghadap Sultan Selangor Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaru dan berbincang mengenai calon-calon sesuai menggantikan Hasan. -SH

MB Selangor nasihat Hasan Ali letak jawatan secara sukarela

Kerajaan Negeri menghormati keputusan PAS memecat Hasan Ali dan Menteri Besar telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO).

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan (gambar kiri) sebagai ahli EXCO kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, Menteri Besar menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili PAS.

"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gengtleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan).

Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli EXCO, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan EXCO.

Menteri Besar akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Rabu ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan EXCO.

*Kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan hassan ali,tak kiralah persatuan yang anda masuk,pertubuhan mana yang akan anda pimpin,amar maaruf nahi mungkar jangan tinggal...

abu....

Jiwa Islam berkata...

Nampaknya baru dr.hasan tahu langit tinggi atau rendah....berjuanglah bersendirian....tengok setakat mana boleh...

Tanpa Nama berkata...

hasan ali ada penyakit macam muhamad ali juara tinju sindrom parkinson?

Tanpa Nama berkata...

muka hassan ni makin mirip dengan katak ibrahim.....

Tanpa Nama berkata...

dah lama angan nak jadi MB, tak jadi MB, jadi BN pun jadilah hasan ali ooiii

Tanpa Nama berkata...

Lumrah alam, cepat naik, cepat la turun. Hasan Ali naik menumpang tuah Anwar kena pecat dari UMNO 98, sekarang Hasan Ali kena pecat oleh sebab Anwar yang bertuah menang kes.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni dok perasan lagi dia tu hebat. Come on MB Selangor dah beri nasihat. Lepas ni berjuanglah sendiri dalam mana-mana NGO. Selama ini platform politik itulah yang terbaik. Apa? Ingat orang yang ada Phd tu tak buat silap ke?

Tanpa Nama berkata...

anon 10;31pm.....
tak payah kata macam tu..

abu....

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hassan Ali ada maruah dan nak jaga air muka, perlulah segera meletak jawatan. Jangan nak makan elaun EXCO secara haram.

Atau Hassan Ali perangainya suka dipecat.

Kalau Hassan Ali masuk UMNO, dia akan mengalami sebagaimana dilalui Ust Nakhaie. Habuk pun tak ada.

nana penang berkata...

Hassan memang cakap pandai dan juga pandai cakap. Ego memang cukup tinggi. Ular menyusur akar tak hilang bisa...........

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul nak jaga maruah, letak jawatan.
Kalau betul nak cakap pasal Islam, buat rayuan kepada parti.
Kalau betul nak berjuang, mana ada pentas lagi yang Hassan boleh berentak tari ? Ketepikan ego, macam yang anda selalu suruh orang buat dalam program motivasi.

Tanpa Nama berkata...

mulut dia becok sANGAT RIMAS AKU,MAK AKU PUN TAK BECOK MACAM DIA

Tanpa Nama berkata...

kalau hgpa semua nak tau...ni la "HASSAN AQIDAH" bukan hassan anak pak ali. pakar motivasi cukop kalut dlm malaysia. ringan mulot jenih tadak insuran...terkena ayaq kencing brahim ali and zul tokua. sikit ari lagi buleh tgk lar kamcen macibai sama PM.

hairan berkata...

mlm tadi 'ter'tengok abg hassan kita membebel ala2 memberi ceramah motivasi psl dia kena buang... nampak sangat dia kerja sbb nak dihargai dan disanjung. AKu rasa lega betul bila abg hasan kita nih kena buang, buat malu pas + islam aje. Macam lar islam nih hanya pasal melayu dan sultan!!

mengalahkan keturunan Nabi lak!

Memang patut ahli2 pas (sori aku bukan ahli pas hahaha...) kena berjuang secara IKHLAS dan JELAS!

Wa tabek dgn TNHH dan TGNA!!

Tanpa Nama berkata...

Pakar motivasi memang kerja dia berniaga air lior, pandai bagi nasihat tapi tak makan nasihat - biarkanlah si labu ni....

Tanpa Nama berkata...

hasan ali boleh tubuh parti melayu perkasa, guna lambang katak rindukan bulan