9 Jan 2012

Permulaan Baik Keadilan Di Malaysia - Presiden PAS. Qazaf Hendaklah Diteruskan - Juham

PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembebasan beliau hari ini dan harap ia permulaan baik untuk proses keadilan di Malaysia.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap, keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat.

Gambar: Ustaz Hadi ketika tiba bersama pemimpin PAS di perkarangan mahkamah hari ini

Kenyataan itu disampaikannya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama dengan puluhan ribu rakyat nyang berhimpun bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar.

Anwar dibebaskan oleh mahkamah selepas pihak pendakwa gagal memberikan bukti tanpa keraguan dalam kes ini.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata, pihak mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel yang dikemukakan telah dikompromikan.

"Kita harapkan keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Abdul Hadi.

Beliau juga bagi pihak PAS melahirkan rasa shukur kepada Allah dan "kita ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar di atas pembebasan ini."

Beliau berharap, ini permulaan baik kepada proses keadilan di Malaysia melalui sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehaikaman yang di amal dalam negara demokrasi.

Bukan sahaja mahkamah ini, mahkamah rakyat juga perlu diberi keadilan dalam pilihan raya, katanya.

Ketika ditanya wartawan, adakah mahkamah sudah dilihat adil, Abdul Hadi berkata, "Masih terlalu awal, beribu-ribu kes lagi banyak lagi kes yang kita perlu tengok." -HD

Gambar: Kartun AMN yang membayangkan permerhatian beliau terhadap keputusan mahkamah hari ini



Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar).

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.

"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukjari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Menurut Ahmad Zamri, dengan keputusan tersebut, Saiful berhak didakwa di bawah kesalahan qazaf kerana memfitnah Anwar meliwat tanpa membawa saksi.

"Ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan saiful boleh dituduh di bawah akta kesalahan jenayah Wilayah Persekutuan," katanya.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar memfailkan tuntutan qazaf tersebut pada 8 Julai 2008 namun ditolak. -HD



7 ulasan:

kampong lad berkata...

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah"

depa boleh bagi alasan yg sama. "tunggu keputusan mahkamah rayuan" jgn dok syiok sangat sebab anwar ada banyak kes lagi.....bila semua dah mengaku sistem pengadilan telah pulih, dan anwar didapati bersalah dlm kes2 yg akan datang (mungkin telah pun diatur), camana?

Tanpa Nama berkata...

keputusan tk bersalah...ada maksud tersirat dari pihak kerajaan...PR jgn nk seronok sgt...

Tanpa Nama berkata...

Menteri agama UMNO itu jugak wajib didakwa salah guna wang zakat serta salah guna kuasa (khianat)...

Biar mahkamah juga tentukan tindakan dia betul atau salah.

mamak Penang berkata...

Harap2 si Menteri Jamil Khir & si Pengarah Che Mad Che Min tidak akan "MENDAJJALkan" lagi Hukum Qazaf Allah dgn menghalang dpd dilaksanakan.

JAKA berkata...

Siapa kata sistem kehakiman telah pulih???

Anwar lepas bukan sebab sistem pulih tetapi perkiraan politik najib dan yg paling penting ialah maruah negara di mata dunia dan pelabur asing.

malaysia akan dipulaukan jika anwar dipenjara kerana kes ini sangat lemah selemah najib bila berada depan rosmah.

itu saja sebabnya.

sistem kehakiman tidak akan bersih sebenar2nya selagi bn berkuasa.

ia tetap akan ada campurtangan penyangak umno dan bn.

anyway tahniah umno kerana telah membuat pilihan tepat dalam kes ini. if not maybe katak2 pun akan dilenyek ribuan pengunjung mahkamah.

Amuraria berkata...

QAZAF TERHADAP SAYFOOL PERLU DITERUSKAN WALAU APA SAJA HALANGAN ,DIA PI JUMPA PM TAPI PM KELENTONG KATA TIDAK ,JUMPA PEMBANTU PM PUN KATA TIDAK WALAU ADA BUKTI DAN GAMBAR ! APA DAA MAU KELENTONG MACAM MAMAK-MAMAK PENANG PECACAI UMNO-BN BUAT KACAU DENGAN TAIK KAT KOMTAR ! PEEERAAH MAMAK MENGAKU MELAYU ! DS ANWAR MESTI TERUSKAN BAWA MANGKUK SAYFOOL KEMAHKAMAH SYARIAH SEKALI DENGAN MENTERI SALAHGUNA WANG ZAKAT UNTUK PEGUAM !

Tanpa Nama berkata...

Bila PKR nak buat perhimpunan ratusan ribu mahasiswa menganggur dan hapus PTPTN?????