20 Jan 2012

Isu Hassan Ali: Ayam Terlepas, Tangan Bau Tahi

Isu Exco: Hasan Ali dakwa Pas jadi ‘pak turut’

SHAH ALAM - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat Pas awal bulan ini, hari ini mendakwa masyarakat melihat parti Islam itu terpaksa menjadi "pak turut" kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain ekoran perubahan portfolio pentadbiran kerajaan negeri semalam.

Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan.

Hasan berkata, rombakan portfolio menurutnya agak ganjil dan pelik kerana Dr Ahmad Yunus hanya diberi portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

"Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak,” katanya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia ini berkata, bagi beliau rombakan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada imej dan kedudukan Pas dalam kerajaan PR Selangor.

"Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun Pas yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.

"Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan Pas sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain," katanya sambil menambah, "saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan

saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan."

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika penubuhan kerajaan negeri PR di Selangor pada Mac 2008 telah meminta beliau dan kepimpinan Pas Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama dipegang oleh parti itu dan mesti mempertahankannya. -SH

Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang

SHAH ALAM - Keputusan menukar portfolio di bawah rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri semalam bukan satu isu kerana ia dicapai menerusi perbincangan antara kepimpinan pentadbiran negeri dan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, perkara tersebut telah dibincangkan oleh PKR dan parti Islam itu.

Malah kata Dr Rani, pihaknya juga diberi jaminan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa jika ada isu-isu besar membabitkan Islam dan Muslim, beliau akan mengadakan perbincangan kepimpinan Pas.

"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul soal Pas telah tunduk kepada kepada tekanan komponen lain dalam Pakatan Rakyat ekoran perubahan portfolio berkaitan hal ehwal Islam.

"Tidak timbul soal Pas dibelakangkan. Kita memang sudah berbincang, sudah dibincangkan oleh kepimpinan Pas," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Ulasan GB

Hassan Ali masih terus meroyan dan menyerang
ajakan muhasabah diri dipandang sepi
semakin meroyan semakin terdedah siapa Hassan Ali
ayam terlepas tangan bau tahi




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

H.ali ni agak nya la. gila talak tak.dia cakap serperti dia saja yg layak.org lain tak faham.islam agak nya.

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali , kalau lu rasa UMNO tu lebih baik daripada PAS, Lu masuk saja UMNO.Lu boleh bina ISLAM di dalam UMNO yang lebih baik daripada PAS.Pas tu semua olang akan berduyun-duyun masuk UMNO dan PAS akan lingkup bersama-sama DAP dan PKR.Lu jangan cakap pasal PAS lagi sebab lu bukan ahli PAS.Lu jaga lah UMNO baik baik sampai semua orang ISLAM sukankan UMNO.Kalau lu boleh buat gua bangga sama lu Hasssan Ali.Takut nanti Lu jadi macam Anwar.Dihina dan dicerca oleh puak-puak UMNO bila dia tidak lagi bersama UMNO NGOK.

Telok Bakong berkata...

salam
TBO setuju dengan perkataan meroyan tu..orang meroyan ni cam gitulah...semuanya x kena...dia je yg pandai, bijak, hebat..

JAKA berkata...

hassan kata :

maruah pas dipijak2
potfolio agama dipegang oleh bukan ahli.

Soalan :

siapa yg menyebab 'maruah pas dipijak'? kalau bukan hassan sendiri yg telah mencemar pas selangor.

hassan perasan dia ahli dlm agama. disamping menganggap pemegang khalid ibrahim tidak pandai agama.

ini pandangan riak dan bongkak. memperkecilkan agama khalid.

potfolio agama bagi tidak semestinya seorg ulamak(hassan pun bukan ulamak). ia hanya mentadbir bidan agama, manakala bab hukum dan sebagai ada jabatan lain dibawahnya.

lainlah kalau khalid nak pegang jawatan mufti selangor.

masalahnya hassan taknak turun padang buat kerja2 yg tak glamor. dia sibuk pergi buat serbuan sana sini.

kerja serbuan tugas penguatkuasa, apa yg hassan sibuk? sebab masuk tv dan media, kerja glamor.

Hassan,

bukan PKR atau DAP yg pijak maruah PAS tapi engkauuu!

bukan PAS tunduk pada DAP dan PKR, tapi engkau yg menjual maruah pada umno dgn masuk media umno.

kalau PKR dan PAS dianggap membiarkan 'nahi mungkar' di selangor, apakah umno sangat nahi mungkar sehingga kau masuk kelambu umno?

lebih baik kau jgn masuk politik dan buat saja kerja Summer Camp semula fulltime.

AHA berkata...

Kenyataan Hasan Ali dengan mengambil hadis Nabi SAW.- "saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan."

Tapi Hasan Ali tau ke maksud hadis tersebut? Hadis tu ditujukan kepada orang seperti Hasan Ali nih...

Selama ni Hasan Ali seorang ahli ke dalam jawatannya? Banyak kerja2nya dibuat oleh orang lain. Dia hanya menyebok cari pengaruh, kerja tak buat..."SAYA ADA PHD LAH..DAH LAMA SAYA BUAT KAJIAN..orang lain mana ada PHD dan tahu buat kajian..."

Tanpa Nama berkata...

Kata HA;
"saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan
saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan."
----
Datuk, janganlah rasa diri terlalu hebat dan arif dalam segala hal. Renunglah diri, Datuk pegang exco pun bukan atas kapasiti ilmu dan kearifan Datuk dalam hal agama. Datuk renunglah diri, ramai lagi kalangan ADUN PAS Selangor yang seperti Datuk kelulusan mereka, tetapi ilmu dan kewarakan mereka lebih daripada Datuk. Mereka faham tentang taat kepada organisasi dan pemimpin. Datuk renunglah diri, motivasilah diri datuk untuk menerima kenyataan. Tentulah Datuk dapat rasakan mulut Datuk lancar memotivasikan orang lain tetapi sampai saatnya Datuk pun tidak dapat memotivasikan diri Datuk dalam hal sebegini. Adakah mulut Datuk lancar memberi, tetapi hati Datuk menggamit duit...

PAS tercalar pun disebabkan terlalu percaya dan sayang kepada Datuk. Maka diberilah jawatan exco kepada Datuk yang bukan ahlinya. Jadi Datuk terlupa dan lalai, lalu mengejar glamor di sebalik agama dan mahu menonjol diri Datuklah pejuang agama (Datuk yang angkat diri)...Datuk serbu sana-serbi sini, buat itu ini macam Datuklah yang berkuasa. MB pun Datuk tak hormati...Kalau orang yang arif dan tahu, tindakannya tentulah berfikir panjang bukan sebarangan dan gila glamor semata-mata.

Bersyukurlah Datuk, kerana Allah memberi peringatan kepada Datuk untuk sedar daripada menjadi anai-anai (parasit) dan merosakkan Islam dan perjuangan PAS.

1 Malaysia berkata...

Ahsan Anak Ali,
Manusia yang cemerlang ialah manusia yang sentiasa muhasabah diri iaitu dia sentiasa menilai dirinya terlebih dahulu sebelum menilai orang lain.
Manusia yang cemerlang ialah manusia yang sentiasa letakkan Allah swt di dalam hatinya dan bukan di mulutnya. Tindakannya tidak pernah lari dari kehendak dan hukum hakam Allah swt.
Manusia yang cemerlang ialah manusia yang sentiasa rendah diri kerana hanya Allah swt saja yang hebat, hebat dalam segala-gala hal.
You, Ahsan Anak Ali, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur. Takut-takut yang hancur dulu ialah diri kau dan bukan PAS. Allah swt amat menyayangi insan yang berpaksikanNya dalam perlaksanaan semua perkara di dunia fana ini.

Tanpa Nama berkata...

Dari seorang yg saya minati dan hormati, terus menjadi seorang yang penuh dengan hati yg sakit dan sedey...mendiamkan diri lebih baik dari memperkatakan sesuatu yang bukan hak lagi dan juga merendahkan kredibiliti beliau dahulu yg disanjungi hanya kerana politik. Berbaktilah kepada masyarakat di podium lain yg lebih mulia. Berbaliklah kepada jati diri sebelum ini. Dari dia menasihatkan negeri pakatan adalah lebih baik dia nasihatkan jamil khir yg menjaga negara dalam hal ehwal islam. Lebih besar masalah dlm negara dari memberi tumpuan 1 negeri. Dakwah dan amal maaruf nahi mungkar itu seluas muka bumi allah. Berubahlah DDHMA.

Tanpa Nama berkata...

boleh belah la lu Ahsan anak ali..lu bukan lagi ahli PAS.gila meroyan betul

Tanpa Nama berkata...

umno pun tak akan terima dia...sebab kecut nanti mca/gerakan/mic mengamuk.. hasan ali boleh di 'gana' kan saja dari jauh seperti perkasa dan pekida dan ngo....

Tanpa Nama berkata...

Latok Ahsang baru empat tahun PAS pegang potfolio agama di Selangoritu pun bukan nya orang yang arif dalam bidang agama tapi bangga diri/perasan ada lah.UMNO perintah lebih dari 50 tahun, agama apa jadi, masyarakat jadi apa pun ada dia kisah.Masa dalam PAS tak sedar diri,tak tau nak jaga mulut dah kena pecat baru rasa sedeyyy. tolong ingat bukan awak sorang yang sempurna dan beragama islam. Ingat ilmu Allah ni amat luas.
Dah kena pecat baru meroyan macam orang gila talak, Sekarang ibarat macam orang kata buang tangga berayun kaki,tiap-tiap malam jual mulut busuk kat TV mungkin nak minta simpati.Silap sendiri lah.

Tanpa Nama berkata...

Kpd dt hassan ali...dato terdidik dgn research dan tahu bgaimana kajian dilaksanakan dan dato terdedah dengan fakor yang boleh dan yg tak boleh dlm kajian..dato telah telah menerima pakai metod2 dlm perlaksanaan kajian dan dato tahu menggunakan kajian tu secara terperinci krn dato memperolehi PHd yang selayaknyer untuk di guna pakai.... wahai dato ini adalah riak dan banggakan diri. pejuang islam kene istiqomah dan setia kpd parti serta pandai menyusun strategi dlm berjuang...setakat ader phd tp membelakangi perjuangan islam dan parti ibarat tin kosong bising diluar isinyer tiada maaf dato ikhlas berkata dr hamba yang takder phd tp setia pd parti...islam

Tanpa Nama berkata...

AKU MASIH INGAT KATA2 HA INI DLM MOTIVASINYA DAN DLM SUATU FORUM ISLAM DI TV1 PADA TAGUN 1994 DULU...ANTARA KATA2NYA..APABILA KITA DI TURUN SEDIKIT UJIAN TANPA KITA SEDARI HENDAKLAH KITA BERSABAR DAN RENUNG2KAN PADA DIRI SENDIRI...JGN KITA CEPAT MELATAH DGN CEPAT SEBALIKNYA ANGGAPLAH INI SATU CABARAN DAN DUGAAN DAN JANGAN MENUNDING DAN MNYALAHKAN ORNG LAIN...NAH SKRNG HA NI JENIS CKP X SERUPA BIKIN.

NAZRI berkata...

HASSAN ALI DAH MEROYAN MCM LAKI KENA CERAI DEK BINI...HOI HA SAPTUTNYA KAMU SEBAGAI AJK PAS TAHU UNDANG2 DAN PLEMBANGAAN...NI TAK BILA KENA PECAT...SALAHKAN ORANG LAIN..